Kylian Mbappé

Pemain bola sepak Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Perancis

Kylian Mbappé Lottin (lahir 20 Disember 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain sebagai posisi penyerang untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain dan mengetuai pasukan kebangsaan Perancis. Beliau dianggap sebagai salah satu pemain terbaik di dunia dan terkenal dengan kemasan klinikal, menggelecek, kekuatan, dan kepantasan.[4][5]

Kylian Mbappé
Kylian Mbappé
Maklumat peribadi
Nama penuh Kylian Mbappé Lottin[1]
Tarikh lahir (1998-12-20) 20 Disember 1998 (umur 25)[2]
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)[3]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Real Madrid
Nombor 9
Kerjaya remaja
2004–2013 AS Bondy
2013–2015 Monaco
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Monaco B 12 (4)
2015–2018 Monaco 41 (16)
2017–2018Paris Saint-Germain (Pinjaman) 27 (13)
2018–2023 Paris Saint-Germain 153 (142)
2024 Real Madrid
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B17 2 (0)
2016 Perancis B19 11 (7)
2017– Perancis 71 (40)
Pengalaman
Mewakili  Perancis
Pingat kebangsaan
Pingat emas – tempat pertama Piala Dunia FIFA 2018 Perancis
Pingat emas – tempat pertama Kejohanan Piala Eropah B-19 UEFA Perancis
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2023 (UTC)

Pada tahun 2015, Mbappé memulakan karier seniornya bersama kelab Ligue 1 iaitu Monaco, di mana beliau membuat penampilan profesionalnya ketika berusia 16 tahun. Beliau juga memenangi gelaran Ligue 1 sebagai Pemain Muda Terbaik Ligue 1 dan dinobatkan anugerah Golden Boy. Pada tahun 2017, beliau menandatangani kontrak bersama kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dengan status sebagai pemain pinjaman. Pada tahun berikutnya, Mbappé dijadikan pemain kekal dengan pindahan bernilai €180 juta dan sekaligus menjadikannya pemain kedua termahal di dunia, serta pemain remaja termahal yang pernah ada.

Di peringkat antarabangsa, Mbappé membuat penampilan seniornya untuk Perancis ketika berusia 18 tahun. Mbappé menjadi pemain Perancis termuda yang menjaringkan gol di Piala Dunia, serta menjadi remaja kedua, selepas Pelé, yang menjaringkan gol di perlawanan akhir Piala Dunia. Beliau juga berjaya menjadi pencetak gol kedua tertinggi ketika Perancis memenangi kejohanan Piala Dunia FIFA 2018. Dalam kejohanan tersebut, beliua dinobatkan anugerah Pemain Muda Terbaik dan Pemain Terbaik Perancis untuk persembahannya.

Kehidupan awal sunting

Pada mulanya, Kylian Mbappé dilahirkan di Paris, Perancis. Ayahnya, Wilfried Mbappé berasal dari Cameroon yang merupakan ejen bola sepak kepada Mbappé dan seorang jurulatih bola sepak. Ibunya pula bernama Fayza Lamari yang berasal dari Algeria (Kabyle) dan merupakan bekas pemain bola baling. Mbappé mempunyai seorang adik lelaki bernama Ethan Mbappé yang bermain untuk kelab Paris Saint-Germain B12 pada tahun 2018. Abang angkatnya, Jirès Kembo Ekoko yang juga merupakan pemain bola sepak profesional. Ketika usianya semakin dewasa, idolanya adalah Ronaldo, Zidane Cristiano Ronaldo iaitu pemain yang ingin dicontohinya.[6]

Kerjaya kelab sunting

AS Bondy sunting

2004–2013: Awal kerjaya sunting

"Dia mempunyai teknik dan visi dalam permainan yang tidak dimiliki oleh kebanyakan anak. Dia seperti mempunyai mata di belakang kepalanya. Dia tahu bagaimana menjangka ke mana bola akan pergi. Di sini, dia tidak pernah bermain untuk kumpulan usia yang sesuai, dia selalu bermain dengan anak-anak yang lebih tua dari dia."

—Atmane Airouche, presiden AS Bondy, mengenai Mbappé semasa kecil.[7]

Mbappé memulakan kerjayanya di kelab AS Bondy yang dilatih oleh ayahnya, Wilfrid. Seorang lagi pelatih mudanya di AS Bondy, Antonio Riccardi, menyatakan,

Kali pertama saya melatihnya adalah ketika dia berusia enam tahun. Anda boleh tahu dia berbeza. Kylian boleh melakukan lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Menggeleceknya sangat hebat dan dia jauh lebih pantas daripada yang lain. Dia adalah pemain terbaik yang pernah saya lihat dalam tempoh 15 tahun latihannya di sini. Di Paris, ada banyak bakat tetapi saya tidak pernah melihat bakat seperti dia. Dia adalah apa yang kita sebut sebagai 'Terbaik' (yang terbaik).[8]

Mbappé pindah ke akademi Clairefontaine, dengan membuat penampilan hebat yang menarik minat banyak kelab Perancis, Real Madrid, Chelsea, Liverpool, Manchester City dan Bayern Munich untuk berusaha menandatanganinya. Mbappé juga pernah pergi ke London untuk membuat percubaan bermain bersama Chelsea ketika berusia 11 tahun. Beliau bermain untuk pasukan muda Chelsea menentang Charlton Athletic. Namun, beliau akhirnya menetap di Monaco.

Monaco sunting

2015–16: Pembangunan kerjaya sunting

Pada 2 Disember 2015, Mbappé telah membuat penampilan pertamanya bersama skuad senior menentang SM Caen dengan keputusan seri 1-1 dalam kempen Ligue 1. Penampilan pertamanya ketika menggantikan Fábio Coentrão selepas 88 minit. Oleh itu, beliau menjadi pemain termuda dalam pasukan utama di kelab Monaco ketika berusia 16 tahun dan 347 hari dan sekaligus memecahkan rekod Thierry Henry yang ketika itu berusia 21 tahun.

Pada 20 Februari 2016, Mbappe menjaringkan gol pertamanya buat skuad utama Monaco dengan kemenangan 3-1 ke atas Troyes ketika berusia 17 tahun dan 62 hari, serta menjadi pencetak gol pasukan termuda pertama di Ligue 1. Beliau juga menjadi pencetak gol pertama pasukan termuda dalam sejarah Monaco dan sekali lagi melepasi rekod Thierry Henry sebagai pencetak gol termuda. Pada 6 Mac 2016, Mbappé menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Monaco dengan perjanjian kontrak selama tiga tahun. Dalam wawancara dengan CNN, Vadim Vasilyev, naib presiden AS Monaco, yang memainkan peranan penting semasa Mbappé menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan kelab Ligue 1. Beliau menyatakan bahawa dia tahu sejak awal bahawa Mbappé adalah "fenomena."

2016–17: Kejayaan dan kejuaraan liga bersama Monaco sunting

 
Mbappé melakukan pemanasan untuk Monaco pada tahun 2017

Pada 14 Disember 2016, dalam peringkat pusingan 16 kejohanan Coupe de la Ligue menyaksikan Mbappé telah menghasilkan hatrik pertamanya bersama pasukan senior Monaco dengan kemenangan besar 7-0 ke atas Stade Rennais. Mbappé menjaringkan hatrik tersebut sejak terakhir dilihat telah dilakukan oleh Sonny Anderson pada tahun 1997. Pada 11 Februari 2017, Mbappé juga menjaringkan hatrik pertama dalam kempen Ligue 1 dengan kemenangan 5-0 ke atas Metz; pada usia 18 tahun dua bulan, beliau menjadi pemain termuda yang menjaringkan hatrik Ligue 1 sejak Jérémy Ménez melakukannya untuk FC Sochaux-Montbéliard pada tahun 2005.

Pada 21 Februari, Mbappé menjaringkan gol kedua Monaco pada minit ke-40 dengan sepakan voli setelah menerima bola panjang daripada Fabinho (Gol pertamanya di Liga Juara-Juara UEFA dan Mbappé menjadi pemain termuda Perancis yang kedua sebagai penjaring dalam sejarah Liga Juara-Juara UEFA sejak Karim Benzema menjadi pemain termuda melakukannya) dalam pusingan 16 pusingan pertama Liga Juara-Juara UEFA menentang Manchester City, yang mana Monaco tewas 5–3. Pada 5 Mac, Mbappé menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dengan kemenangan 4-0 menentang FC Nantes. Pada 11 Mac, jaringkan gol yang dihasilkan Mbappé memberi kemenangan tipis 2-1 ke atas FC Girondins de Bordeaux untuk mencatatkan gol ketujuhnya di Ligue 1 dalam empat permulaan terakhirnya.

Dalam peringkat pusingan 16 kalah mati di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, beliau menghasilkan jaraingan 1-0 buat Monaco pada minit ke-8 (gol ke-11 dalam 11 perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan) untuk membantu Monaco mengalahkan Manchester City 3-1 (keputusan agregat 6-6) dan mara ke suku akhir berdasarkan peraturan gol tandang. Pada suku akhir menentang Borussia Dortmund, Mbappé menjaringkan sepakan penalti dan menjaringkan dua gol ketika Monaco memenangi perlawanan tandang dengan keputusan 3-2. Pada perlawanan kedua, Mbappé membuka jaringan ketika Monaco menang 3-1 dan mara ke separuh akhir. Namun, perlawanan di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan Monaco disingkirkan oleh Juventus dengan keputusan agregat 4-1, dengan Mbappé menjaringkan gol tunggal Monaco di perlawanan kedua. Mbappé mengakhiri musim 2016-17 dengan menjaringkan 26 gol daripada 44 perlawanan di semua pertandingan ketika Monaco memenangi gelaran Ligue 1.

Paris Saint-Germain sunting

2017–19: Musim pertama bersama Paris Saint-Germain sunting

Pada 31 Ogos 2017, Paris Saint-Germain mengumumkan bahawa Mbappé dari Monaco telah ditandatangani secara pinjaman. Bayaran yang diperlukan untuk perpindahan penuh seterusnya ditetapkan pada €145 juta yang dikhabarkan ditambah €35 juta sebagai tambahan dan sekaligus menjadikannya remaja paling mahal yang pernah ada. Pemindahan Mbappé juga merupakan salah satu pemain paling mahal yang pernah ada dalam liga domestik, dan menjadi pemain kedua termahal sejak rakan sepasukan Neymar yang berpindah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain.

Pada 8 September, Mbappé menjaringkan gol pertamanya buat Paris Saint-Germain dengan kemenangan 5-1 menentang Metz, di mana Benoît Assou-Ekotto dilayangkan kad merah kerana mengasari beliau. Empat hari kemudian, Mbappé juga mencatatkan gol pertamanya buat Paris Saint-Germain di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dengan keputusan 5-0 mengalahkan Celtic. Beliau juga membantu Paris Saint-Germain mengatasi Bayern Munich dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan kumpulan kedua Liga Juara-Juara Eropah, di mana beliau memberi bantuan kepada Edinson Cavani dan Neymar untuk menjaringkan gol. Pada 6 Disember, Mbappé menjaringkan gol ke-10 di Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan kekalahan 3-1 kepada Bayern Munich dan beliau menjadi pemain termuda yang mencapai tahap tersebut pada usia 18 tahun dan 11 bulan. Setelah memenangi kejuaraan liga pertamanya bersama Paris Saint-Germain, Mbappé sekali lagi membantu Paris Saint-Germain dengan kemenangan 2-0 menentang Les Herbiers VF untuk memenangi Coupe de France 2017-18.

Pada bulan Julai 2018, Mbappé diberi jersi nombor 7 untuk musim yang akan datang bersama PSG dengan mengambil nombor jersi skuad yang dikosongkan oleh Lucas Moura. Dengan menggunakan hashtag #K7LIAN, Mbappé menyatakan, "Saya terus berusaha untuk maju di atas padang dan saya fikir ini adalah masa yang tepat untuk menukar nombor. Baju No.7 juga adalah jersi legenda dan banyak orang hebat yang telah memakainya. Saya harap akan dapat melakukan lebih baik."

 
Mbappé semasa perlawanan pra-musim menentang Dynamo Dresden pada tahun 2019

Pada penampilan pertamanya dalam kempen baru Ligue 1, Mbappé menjaringkan dua gol dalam 10 minit terakhir ketika PSG menang 3-1 menentang Guingamp. Dalam perlawanan liga berikutnya, tiga pemain depan Mbappé, Cavani dan Neymar semuanya menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Angers di tempat sendiri, dengan Mbappé menjaringkan gol tendangan voli dan membantu Neymar untuk menjaringkan gol. Pada 1 September, beliau menjaringkan gol dan membantu dalam kemenangan 4-2 ke atas Nîmes, namun dikeluarkan untuk pertama kali dalam kariernya dengan dilayangkan kad merah ketika masa kecederaan. Mengenai layangan kad merah yang diberi, Mbappé mengatakan kepada wartawan setelah pertandingan, "Jika saya berkesempatan melakukannya sekali lagi, saya akan melakukan hal yang sama. Saya akan meminta maaf kepada penyokong dan semua orang, tetapi saya tidak dapat bertoleransi dengan hal seperti ini." Pada 8 Oktober, Mbappé menjaringkan empat gol dalam masa 13 minit dengan kemenangan 5-0 sendiri ke atas Lyon dan menjadi pemain termuda (19 tahun dan 9 bulan) untuk menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan kempen Ligue 1 sepanjang 45 musim lalu. Dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, Mbappé menjaringkan satu gol ketika Paris Saint-Germain tewas kepada Liverpool F.C. dengan keputusan berakhir 3-2 di stadium Anfield pada 19 September 2018. Pada 3 Disember 2018, Mbappé adalah pemenang sulung Piala Kopa, yang dianugerahkan oleh bola sepak Perancis. Anugerah tersebut khas kepada pemain terbaik dunia di bawah usia 21 tahun.

Pada 19 Januari 2019, Mbappé adalah salah satu daripada dua pemain (yang lain adalah Cavani) menjaringkan hatrik dalam kemenangan besar 9-0 ke atas Guingamp dan sekaligus memecahkan rekod yang ditetapkan oleh Paris Saint-Germain pada musim sebelumnya. Pada 2 Mac 2019, beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Caen; gol keduanya dalam pertandingan adalah hasil daripada sepakan penalti dan merupakan gol ke-50 untuk kelab. Pada 12 Mac 2019, beliau menjaringkan gol ke-2 dalam kemenangan 0-4 menentang Dijon FCO di perlawanan tandang. Paris Saint-Germain menamatkan musim sebagai juara Ligue 1 dengan Mbappé memenangi anugerah Pemain Terbaik, serta mengakhiri musim sebagai penjaring terbanyak dengan 33 gol.

2019–20: Kejayaan berterusan sunting

Pada 3 Ogos, Mbappé mencatat kemenangan 2-1 ke atas Rennes untuk merebut gelaran pertamanya musim 2019-20 iaitu Trophée des Champions 2019. Beliau sekali lagi menjadi mencetak gol dalam pertandingan pembukaan musim ini dengan kemenangan 3-0 ke atas Nîmes pada 11 Ogos. Pada 22 Oktober 2019, beliau keluar dari bangku simpanan dan mencetak hatrik yang sempurna dalam kemenangan 5-0 ke atas pasukan Belgium, Club Brugge di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Pada usia 20 tahun dan 306 hari, beliau menjadi pemain termuda yang pernah menjaringkan sekurang-kurangnya 15 gol dalam pertandingan tersebut menentang Club Brugge.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Mbappé bermain menentang Rusia di Saint Petersburg pada Mac 2018

Kerjaya muda dan kerjaya senior awal sunting

Mbappé mengakhiri musim sulung dengan baik di Monaco dengan menjaringkan lima gol buat Perancis ketika mereka menjuarai Kejuaraan U-19 Eropah UEFA 2016. Beliau juga membawa pasukan muda Perancis ke perlawanan akhir dengan prestasi yang cemerlang dalam kemenangan 3-1 menentang Portugal di separuh akhir.

Mbappé dipanggil untuk skuad senior Perancis buat pertama kalinya untuk menentang Luxembourg dan Sepanyol pada bulan Mac 2017. Pada 25 Mac, Beliau membuat penampilan sulungnya dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2018. Dengan berbuat demikian, beliau menjadi pemain termuda kedua yang pernah (sejak Maryan Wisnieski) tampil buat Perancis pada usia 18 tahun, tiga bulan dan lima hari. Pada 31 Ogos 2017, Mbappé menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Belanda. Beliau juga menjaringkan dua gol menentang Rusia dalam perlawanan persahabatan pada Mac 2018.

 
Mbappé memegang trofi Piala Dunia

Piala Dunia FIFA 2018 sunting

Pada 17 Mei 2018, Mbappé dipanggil ke skuad Perancis untuk Piala Dunia 2018 di Rusia. Pada 21 Jun 2018, beliau menjaringkan gol pertamanya di Piala Dunia dengan kemenangan 1-0 Kumpulan C Perancis ke atas Peru. Ini menjadikannya penjaring gol termuda Perancis dalam sejarah Piala Dunia pada usia 19 tahun. Pada 30 Jun 2018, beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kemenangan 4–3 ke atas Argentina, menjaringkan dua gol dan bersama jaringan yang dihasilakan oleh Antoine Griezmann melalui sepakan penalti. Mbappé adalah remaja kedua yang menjaringkan dua gol dalam pertandingan Piala Dunia sejek Pelé melakukannya pada tahun 1958.

Pada 15 Julai 2018, Mbappé menjaringkan gol dengan jarak 25 ela ketika menentang Croatia pada perlawanan akhir Piala Dunia 2018, di mana Perancis menang dengan keputusan 4-2. Beliau menjadi remaja kedua, setelah Pelé, yang menjaringkan gol di perlawanan akhir Piala Dunia. Dengan empat gol dalam kejohanan tersebut, Mbappé menerima Anugerah Pemain Muda Terbaik Piala Dunia FIFA. Pelé kemudiannya mengucapkan tahniah kepadanya di media sosial, dan menyatakan "selamat datang ke kelab".

Kelayakan Euro 2020 sunting

Pada 11 Jun 2019, Mbappé menjaringkan gol ke-100 kariernya dengan kemenangan 4-0 ke atas Andorra dalam kelayakan UEFA Euro 2020.

Profil pemain sunting

Gaya Permainan sunting

 
Pergerakan Mbappé dibandingkan dengan bekas penyerang Thierry Henry dan Ronaldo

Mbappé telah digambarkan oleh Arsène Wenger sebagai "bakat bola sepak besar" yang "mempunyai persamaan dengan Thierry Henry". Persembahan bakat dan kematangannya ketika bermain buat pasukan Perancis di Piala Dunia 2018 mendorong beliau dibandingkan dengan Pelé dalam media. Penyerang yang serba boleh, Mbappé sering bermain sebagai pemain sayap, dan mampu bermain di bahagian posisi kedua-dua sayap, kerana kemampuannya dengan kedua kaki. Beliau mampu mencipta banyak peluang dan memberi pertolongan kepada rakan sepasukan dari arah kanan kerana penglihatannya. Beliau juga dapat bermain di pusat sebagai penyerang utama kerana ketenangan, penamat klinikal, dan mengejar gol. Pemain yang sangat mahir, Mbappé juga terkenal dengan kemampuan menggelecek yang sangat baik, serta kreativiti ketika membawa bola dengan menunjukkan pelbagai helah untuk memperdayakan pihak lawan. Mbappé juga dapat menggunakan kemahiran ketangkasan berlari dengan membawa bola untuk menghadapi lawan dalam situasi satu lawan satu.

Mengenai kemampuan Mbappé untuk bertahan di pertahanan, mantan pemain antarabangsa Perancis Nicolas Anelka menyatakan, "Dia mengingatkan saya pada Ronaldo pada Olimpik 1996. Dia mempunyai ciri-ciri pemain kelas dunia dan dia mesti menguruskannya dengan betul. Sekiranya dia mengikuti karier Ronaldo," Wahai Fenomena, dia akan menjadi salah satu legenda yang telah melakar sejarah dalam sukan ini. " Ketika Stefan de Vrij, pertahanan tengah Inter Milan dan Belanda, ditanya mengenai lawan sukarnya, dia menempatkan Mbappé di depan orang lain termasuk idola masa kecil Mbappé, Cristiano Ronaldo. Pada tahun 2018, Mbappé dianggap sebagai pemain termahal di dunia dari perspektif nilai perpindahan oleh CIES.

Perayaan gol sunting

Kebiasaanya, perayaan gol Mbappé menunjukkan tangan disilangkan dan tangannya tersepit di bawah ketiaknya, yang dilakukannya setelah menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018. Perayaan gol yang dilakukan oleh Mbappé diilhamkan oleh adiknya Ethan, yang merayakan gol dengan cara tersebut ketika menewaskan Mbappé di dalam permainan video FIFA.

Diluar bola sepak sunting

Kehidupan peribadi sunting

Dalam wawancara 2018 bersama Time, Mbappé berbicara mengenai pengorbanan yang dilakukannya sebagai remaja untuk menumpukan perhatian pada perkembangan bola sepaknya: "Saya tidak mempunyai saat-saat yang disebut sebagai orang biasa semasa remaja, seperti pergi bersama rakan dan menikmati masa yang baik. Mbappé juga merasa kehilangan menjalani kehidupan sebagai orang biasa di waktu remaja. Namun, beliau juga menyatakan niat untuk menjalani kehidupan yang selalu diimpikan. Hanya lebih dua tahun setelah membuat penampilan profesionalnya, beliau sudah pun mempunyai lebih dari 20 juta pengikut Instagram. Walaupun beliau mengakui "hidupnya benar-benar terbalik dan tetap merasa bahagia" sejak pertama kali menonjol di dalam sukan bola sepak.

Media dan tajaan sunting

Mbappé mempunyai perjanjian penajaan dengan pembekal pakaian sukan dan peralatan Nike. Pada tahun 2017, bakatnya yang luar biasa menyaksikan Nike melancarkan kasut bola sepaknya sendiri pada usia 18 tahun iaitu Kylian Mbappé Nike Hypervenom 3. Pada tahun 2018, beliau juga melancarkan kasut Nike Mercurial Superfly VI yang diilhamkannya daripada kasut dimiliki oleh bekas penyerang Brazil, Ronaldo iaitu kasut R9 Mercurial. Pada tahun 2018, pembuat jam tangan Switzerland Hublot menandatangani Mbappé sebagai duta besar global.

Keistimewaan Mbappé dalam siri permainan video FIFA EA Sports: pada FIFA 18, beliau mempunyai potensi penarafan tertinggi sebanyak 94. Perayaan gol tanda dagangnya - mengambarkan tangannya dilipat dan tangan terselip di bawah ketiaknya yang diilhamkan oleh adiknya Ethan. Perayaan gol yang dilakukan oleh itu Mbappé muncul dalam FIFA 19.

Filantropi sunting

Pada 22 Februari 2018, Mbappé disertai oleh dua bekas penyerang terhebat di Afrika, bekas penyerang AC Milan dan Presiden Liberia sekarang George Weah, dan bekas penyerang Chelsea dan Didier Drogba dari Ivory Coast dalam pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan presiden FIFA Gianni Infantino di Istana Élysée, Paris yang memfokuskan pada projek pembangunan sukan di Afrika. Mbappé menyatakan bahawa perkembangan sukan Afrika penting baginya kerana asal-usul orang tuanya berasal dari Afrika.

Pada 28 Januari 2019, Mbappé menyumbangkan sebanyak $34,000 (sekitar £26,000) untuk kempen pendanaan orang ramai untuk membiayai misi pencarian pesawat ringan yang hilang di Selat Inggeris iaitu pemain bola sepak, Emiliano Sala. Kemudian, pada 10 Februari 2019, Mbappé menyumbangkan £ 27,000 lagi untuk kempen GoFundMe yang dibuat untuk membiayai pencarian juruterbang pesawat yang masih hilang, David Ibbotson.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 11 Mac 2020[9]
Penampilan dan jaringan mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala negara[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Monaco B 2015–16 CFA 10 2 10 2
2016–17 CFA 2 2 2 2
Jumlah 12 4 12 4
Monaco 2015–16 Ligue 1 11 1 1 0 1 0 1[c] 0 14 1
2016–17 Ligue 1 29 15 3 2 3 3 9[d] 6 44 26
2017–18 Ligue 1 1 0 1[e] 0 2 0
Jumlah 41 16 4 2 4 3 10 6 1 0 60 27
Paris Saint-Germain (Pinjaman) 2017–18 Ligue 1 27 13 5 4 4 0 8[d] 4 44 21
Paris Saint-Germain 2018–19 Ligue 1 29 33 4 2 2 0 8[d] 4 0 0 43 39
2019–20 Ligue 1 20 18 2 4 3 2 7[d] 5 1[e] 1 33 30
Jumlah 76 64 11 10 9 2 23 13 1 1 120 90
Jumlah kerjaya 128 84 15 12 13 5 33 19 2 1 191 121
  1. ^ Termasuk Piala Perancis
  2. ^ Termasuk Piala Liga Perancis
  3. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA
  4. ^ a b c d Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  5. ^ a b Penampilan di Piala Super Perancis

Antarabangsa sunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 14 November 2019[10]
Penampilan dan jaringan pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Perancis 2017 10 1
2018 18 9
2019 6 3
Jumlah 34 13

Gol antarabangsa sunting

Pada perlawanan yang dimainkan 14 November 2019. Jaringan gol Perancis disenaraikan pertama, lajur jaringan gol menunjukkan jaringan gol selepas setiap gol Mbappé.[10]
Gol antarabangsa mengikut tarikh, tempat, penampilan, lawan, mata, keputusan dan pertandingan
No. Tarikh Tempat Penampilan Lawan Mata Keputusan Pertandingan
1 31 Ogos 2017 Stade de France, Saint-Denis, France 5   Belanda 4–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018
2 27 Mac 2018 Krestovsky Stadium, Saint Petersburg, Russia 12   Rusia 1–0 3–1 Perlawanan Persahabatan
3 3–1
4 9 Jun 2018 Groupama Stadium, Décines-Charpieu, France 15   Amerika Syarikat 1–1 1–1
5 21 Jun 2018 Ekaterinburg Arena, Yekaterinburg, Russia 17   Peru 1–0 1–0 Piala Dunia FIFA 2018
6 30 Jun 2018 Kazan Arena, Kazan, Russia 19   Argentina 3–2 4–3
7 4–2
8 15 Julai 2018 Luzhniki Stadium, Moscow, Russia 22   Croatia 4–1 4–2 Pentas Akhir Piala Dunia FIFA 2018
9 9 September 2018 Stade de France, Saint-Denis, France 24   Belanda 1–0 2–1 Liga A Negara-Negara UEFA 2018–19
10 11 Oktober 2018 Stade de Roudourou, Guingamp, France 25   Iceland 2–2 2–2 Perlawanan Persahabatan
11 22 Mac 2019 Zimbru Stadium, Chișinău, Moldova 29   Moldova 4–0 4–1 Liga A Negara-Negara UEFA 2018–19
12 25 Mac 2019 Stade de France, Saint-Denis, France 30   Iceland 3–0 4–0
13 11 Jun 2019 Estadi Nacional, Andorra la Vella, Andorra 33   Andorra 1–0 4–0

Anugerah dan pencapaian sunting

 
Mbappé memegang anugerahnya untuk Pemain Muda Terbaik Piala Dunia FIFA 2018

Monaco

  • Ligue 1: 2016–17[9]
  • Piala Liga Perancis (Tempat kedua): 2016–17[11]
  • Piala Super Perancis (Tempat kedua): 2017[12]

Paris Saint-Germain

  • Ligue 1: 2017–18,[13] 2018–19,[14] 2019–20[15]
  • Piala Perancis: 2017–18;[16] Tempat kedua: 2018–19[17]
  • Piala Liga Perancis: 2017–18[18]
  • Piala Super Perancis: 2019[19]

Perancis B19

  • Kejohanan Eropah B19 UEFA: 2016[9]

Perancis

Individu

Penghormatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française. 2019 (0001). 1 Januari 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 2020-05-29.
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 Julai 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-29. Dicapai pada 2020-05-29.
  3. ^ "Kylian Mbappé". Paris Saint-Germain F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-30.
  4. ^ "Kylian Mbappe Bio Information – SOCCER". FOX Sports (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2022. Dicapai pada 20 Disember 2022.
  5. ^ "World Cup Rank: The 50 best footballers of Qatar 2022". ESPN. 16 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2022. Dicapai pada 26 November 2022. Unknown parameter |languange= ignored (bantuan)
  6. ^ https://www.goal.com/en/news/mbappe-reveals-that-zidane-was-his-first-idol/1lc6kly7pm20b1v7trqowscvby
  7. ^ "Kylian Mbappe: How France World Cup star rose to prominence". BBC Sport. 1 Julai 2018.
  8. ^ "Les Bleus au berceau : "J'étais persuadé que Kylian Mbappé passerait à la télé !"". Le Parisien. 3 Januari 2018.
  9. ^ a b c "K. Mbappé: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 2020-06-02.
  10. ^ a b (Inggeris) Profil Mbappé, Kylian di National-Football-Teams.com
  11. ^ "PSG Win 4th-Straight Coupe De La Ligue Title, Beat AS Monaco 4-1 in Final". Bleacher Report. 1 April 2017. Dicapai pada 2020-06-11.
  12. ^ "Dani Alves leads PSG to French Super Cup win vs. Monaco". ESPN. 29 Julai 2017. Dicapai pada 2020-06-11.
  13. ^ "PSG clinch Ligue 1 title by thrashing Monaco". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2020-06-11.
  14. ^ "PSG Champions as Lille held at Toulouse". www.ligue1.com. 21 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-11. Dicapai pada 21 April 2019.
  15. ^ "Ligue 1: Paris St-Germain awarded French title as season finished early". BBC Sport. 30 April 2020. Dicapai pada 2020-06-11.
  16. ^ "Paris Saint-Germain set record with fourth straight Coupe De France crown". Dicapai pada 2020-06-11.
  17. ^ "Stade Rennes 2–2 Paris Saint-Germain: Summary". ESPN. Dicapai pada 2020-06-11.
  18. ^ "MBAPPÉ STARS AS PSG BEAT MONACO TO LIFT CUP". Ligue 1. Dicapai pada 2020-06-11.
  19. ^ "Mbappé and Di Maria Earn PSG First 2019-20 Trophy". 3 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-11. Dicapai pada 2020-06-11.
  20. ^ McNulty, Phil (15 Julai 2018). "France 4–2 Croatia". BBC Sport. Dicapai pada 2020-06-11.
  21. ^ "Technical Reportfinals" (PDF). UEFA. Dicapai pada 2020-06-11.
  22. ^ a b c "TROPHÉES UNFP 2019 : LE PALMARÈS COMPLET". LFP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-29. Dicapai pada 2020-06-11.
  23. ^ "Trophées UNFP : Cavani, Jardim, Mbappé... Le palmarès complet". RTL. Dicapai pada 2020-06-11.
  24. ^ "Trophées UNFP : Neymar, Mbappé... Découvrez le palmarès 2018". RTL. Dicapai pada 2020-06-11.
  25. ^ "Trophées UNFP : Le Palmarès Complet de l'Édition 2017". Dicapai pada 2020-06-10.
  26. ^ "Trophées UNFP : Neymar élu joueur de Ligue 1, Le PSG rafle tout ou presque". Dicapai pada 2020-06-11.
  27. ^ "Kylian Mbappé et Khalid Boutaïb, joueurs du mois d'Avril !". UNFP. 9 Mei 2017. Dicapai pada 2020-06-11.
  28. ^ "Mbappé et Bozok, joueurs du mois de Mars !". 17 April 2018. Dicapai pada 2020-06-11.
  29. ^ "Mbappé receives Trophée UNFP". UNFP. Dicapai pada 2020-06-11.
  30. ^ "Kylian Mbappé Player of the Month for February". UNFP. 11 Mac 2019. Dicapai pada 2020-06-11.
  31. ^ "UEFA Champions League Squad of the Season". UEFA. 5 Jun 2017.
  32. ^ "De Gea, Kante and Mbappe in World 11". FIFPro. 24 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-11. Dicapai pada 2020-06-11.
  33. ^ "VAN DIJK AMONG FOUR DEBUTANTS IN MEN'S WORLD 11". 23 September 2019.
  34. ^ "2016–2017 World 11: the Reserve Teams – FIFPro World Players' Union". FIFPro. 23 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-11. Dicapai pada 2020-06-11.
  35. ^ "Kylian Mbappe wins Golden Boy but Marcus Rashford and Gabriel Jesus cause confusion". The Independent. Dicapai pada 2020-06-11.
  36. ^ "Le classement complet du Ballon d'Or 2017". France Football. 7 Disember 2017. Dicapai pada 2020-06-12.
  37. ^ "Le classement final du Ballon d'Or France Football 2018". France Football. 3 Disember 2018. Dicapai pada 2020-06-12.
  38. ^ "Final Ranking: The Best FIFA Men's Player 2019" (PDF). Fédération Internationale de Football Association. 23 September 2019. Dicapai pada 2020-06-12.
  39. ^ "Ronaldo named 2016/17 Men's Player of the Year". UEFA. 24 Ogos 2017. Dicapai pada 2020-06-12.
  40. ^ "Luka Modrić wins UEFA Men's Player of the Year award". UEFA. 30 Ogos 2018. Dicapai pada 2020-06-12.
  41. ^ "Modric wins Golden Ball as Mbappé named best young player". Goal. 15 Julai 2018. Dicapai pada 2020-06-12.
  42. ^ FIFA.com (18 Julai 2018). "FIFA World Cup Fan Dream Team". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-12. Dicapai pada 2020-06-12.
  43. ^ "Kylian Mbappé est le vainqueur du premier Trophée Kopa". France Football. 3 Disember 2018. Dicapai pada 2020-06-12.
  44. ^ "IFFHS AWARDS – THE MEN WORLD TEAM 2018". IFFHS.de. 1 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-06. Dicapai pada 2020-06-12.
  45. ^ "Mbappe elected French Player of the Year". 26 Disember 2018. Dicapai pada 2020-06-12.
  46. ^ "Mbappé, élu joueur français de l'année, en exclusivité dans FF : «Les gens pensent que Kylian a changé»". France Football. 23 Disember 2019. Dicapai pada 2020-06-12.
  47. ^ "UEFA.com fans' Team of the Year 2018 revealed". UEFA.com. 11 Januari 2019. Dicapai pada 2020-06-12.
  48. ^ "Mbappe ensures PSG make Ligue 1 history despite defeat". Fox Sports Asia. 24 Mei 2019. Dicapai pada 2020-06-12.
  49. ^ "Kylian Mbappé and Angel Di Maria: top scorer and top assist provider". Paris Saint-Germain F.C. 1 Mei 2020. Dicapai pada 2020-06-12.
  50. ^ "ONZE D'OR 2019 : SADIO MANÉ SACRÉ MEILLEUR JOUEUR DE LA SAISON !". OnzeMondial.com. 6 Jun 2019. Dicapai pada 2020-06-12.