Kyoto (Jepun: , Hepburn: Kyōto) (Sebutan bahasa Jepun: [kjoːto]  ( dengar)) ialah sebuah bandaraya di wilayah Kyoto yang berada di tengah-tengah pulau Honshū, Jepun, diduduki oleh hampir 1.5 juta orang. Bekas ibu kota diraja Jepun ini kini merupakan pusat pentadbiran Wilayah Kyoto, dan juga sebahagian utama kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto (Keihanshin).

Kyoto
京都
京都市 · Kyoto City
Bendera Kyoto
Lokasi Kyoto di Wilayah Kyoto
Lokasi Kyoto di Wilayah Kyoto
NegaraJepun
KawasanKansai
WilayahWilayah Kyoto
Kerajaan
 • Datuk BandarDaisaku Kadokawa (門川大作)
Keluasan
 • Jumlah827.90 km2 (319.65 batu persegi)
Penduduk
 (April 2008)
 • Jumlah1,465,917
 • Kepadatan1,779/km2 (4,610/batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
- PokokDedalu Menjulai, Mapel Jepun dan Katsura
- BungaCamellia, Azalea dan Ceri Gula
Nombor telefon075-222-3111
Alamat488 Teramachi-Oike, Nakagyō-ku, Kyōto-shi, Kyōto-fu
604-8571
Laman sesawangCity of Kyoto

Sejarah sunting

 
Kyoto, 1891
 

Walaupun bukti arkeologi menentukan penempatan manusia terawal di kepulauan Jepun wujud kira-kira 10,000 tahun SM, namun tidak banyak yang diketahui mengenai kegiatan manusia di sini sebelum abad ke-6 M. Pada abad ke-8, apabila para pendeta agama Buddha yang berpengaruh melibatkan diri dalam hal-ehwal kerajaan Diraja, maka Maharaja memutuskan agar ibu kota dipindahkan ke kawasan yang jauh dari pengaruh agama Buddha. Maharaja Kammu memilih Kampung Uda, ketika itu di daerah Kadono, Wilayah Yamashiro, sebagai tempatnya.[1]

Kota baru yang dinamakan Heian-kyō (Jepun: 平安京, "tranquility and peace capital") menjadi tempat terletaknya istana diraja Jepun pada tahun 794, maka bermulanya zaman Heian dalam sejarah Jepun. Dalam bahasa Jepun, kota ini dinamakan Kyo (), Miyako () atau Kyo no Miyako (京の都). Pada abad ke-11, kota ini dinamakan semula sebagai Kyoto ("ibu kota").[2] Kyoto kekal sebagai ibu negara Jepun sehingga kerajaan berpindah ke Edo pada tahun 1868 ketika zaman Pemulihan Diraja. Setelah Edo dinamakan semula Tokyo ("Ibu Kota Timur"), Kyoto pula dikenali dengan jolokan Saikyo (西京, "Ibu Kota Barat") untuk masa yang singkat. Kyoto pada zaman pramoden juga dikenali dengan nama Keishi (京師), yang bererti "metropolis" atau "ibu negara".

Kota ini mengalami kemusnahan dahsyat semasa Perang Ōnin (1467-1477), sehingga tidak dapat bangkit sehingga pertengahan abad ke-16. Pertempuran sesama puak-puak samurai melimpah ke jalanan, sehingga melibatkan bangsawan istana (kuge) dan golongan-golongan keagamaan. Rumah agam bangsawan dijadikan kubu, parti digali dalam-dalam di seluruh kota untuk pertahanan dan penghalang api, dan puluhan bangunan dibakar sampai ranap. Semenjak itu, kota ini tidak lagi mengalami kebinasaan meluas sebegini.

Menjelang penghujung Perang Dunia Kedua, pihak Amerika Syarikat pernah mempertimbangkan agar Kyoto juga dibedil bom atom kerana para penduduk Kyoto selaku pusat intelek Jepun dikatakan lebih mampu menghargai kepentingan senjata tersebut.[3] Akhirnya, kota ini dipadam dari senarai sasarannya atas desakan Henry L. Stimson, Setiausaha Perang untuk pentadbiran Roosevelt dan Truman. Kyoto juga terlepas dari bedilan biasa, namun pengalami serangan udara kecilan yang meragut nyawa penduduk.

Natijahnya, Kyoto menjadi salah sebuah daripada sebilangan kecil bandaraya Jepun yang masih mengekalkan banyak binaan zaman praperang, seperti rumah bandar tradisional yang dikenali sebgai machiya. Namun begitu, pemodenan terus merobohkan Kyoto lama secara beransur-ansur untuk memberi laluan kepada seni bina baru seperti kompleks Stesen Kyoto.

Kyoto menjadi sebuah bandaraya terancang pada 1 September 1956. Pada tahun 1997, Kyoto menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa yang melahirkan protokol pengeluaran gas rumah kaca yang dinamakan sempena bandaraya ini.

Geografi sunting

 
Pada musim luruh, bandaraya Kyoto menarik ribuan pelancong untuk mengunjungi kuil-kuil seperti ini.
Monumen Bersejarah Kyoto Kuno (Bandaraya Kyoto, Uji dan Otsu)
  Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asli京都市
Nama rasmi京都市  
Sebahagian dari
Santo, Q11480008, Q11422603, six greatest cities in Japan (1922), three major cities in Japan, Kyoto metropolitan area, Keihanshin  
Inskripsi1994 (sesi ke-18)
Keluasan827.83 km2 (8.9107×109 ka2)
Laman sesawang
https://www.city.kyoto.lg.jp/  
Maklumat lokasi
LokasiKyoto Basin, Wilayah Kyoto, Jepun  
Koordinat35°00′42″N 135°46′05″E / 35.01161°N 135.76811°E / 35.01161; 135.76811
 
 
Kyoto (Bumi)
 
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Kyoto terletak di sebuah lembah di Lembangan Yamashiro (atau Kyoto), di bahagian timur kawasan pergunungan yang dikenali sebagai tanah tinggi Tamba. Lembangan Yamashiro dikelilingi di tiga sisi oleh gunung-gunung Higashiyama, Kitayama dan Nishiyama, pada ketinggian 1,000 meter (3,281 kaki) atas paras laut min. Kedudukan pedalaman ini mengalami musim panas yang panas dan musim sejuk yang sejuk. Dalam lembangan ini ada tiga batang sungai, iaitu Sungai Uji di selatan, Sungai Katsura di barat, dan Sungai Kamo di timur. Bandaraya Kyoto meliputi 1.9% tanah wilayahnya dengan keluasan 827.9 kilometer persegi (319.7 bt2).

Kota asalnya disusun mengikut ilmu geomansi Cina tradisional yang mencontohi ibu kota lama negara China, Chang'an (kini Xi'an). Istana Diraja menghadap ke arah selatan, maka Ukyō (sektor kanan ibu kota) berada di barar manakala Sakyō (sektor kiri) terletak di timur. Jalan-jalan di wad-wad Nakagyō, Shimogyō, dan Kamigyō masa kini masih mengikut pola grid.

Kini, daerah pusat perdagangannya terletak di selatan Istana Diraja lama, dengan kawasan utara yang kurang penduduknya mengekalkan suasana yang serba kehijauan. Kawasan-kawasan sekelilingnya tidak mengikuti pola grid yang sama seperti pusat bandaraya, namun semua jalan-jalan di Kyoto diberikan nama.

Kyoto terletak di atas sebidang muka air tanah semula jadi yang membekalkan air tawar kepada seluruh kota melalui perigi. Kesan pembandaran besar-besaran, jumlah hujan yang menyalir ke dalam muka air tanah ini semakin berkurangan dan perigi-perigi di seluruh kawasan semakin cepat mengering.

Politik dan Kerajaan sunting

 
Kinkaku-ji ialah kuil paling terkenal di Kyoto.

Perhimpunan Bandaraya Kyoto sunting

Parti Politik Bilangan Kerusi
Parti Demokratik Liberal 22
Parti Komunis Jepun 20
Parti Demokratik Jepun 14
Parti Komeito Baru 12
kosong 1

Wad sunting

 
Wad-wad Kyoto

Kyoto terdiri daripada sebelas wad, iaitu

Seperti bandaraya lain di Jepun, Kyoto dipimpin oleh seorang datuk bandar dan sebuah dewan bandaraya.

Budaya sunting

Biarpun pernah dirobohkan oleh peperangan, kebakaran, dan gempa bumi selama 11 abad sebagai ibu kota diraja, Kyoto terselamat dari bedilan api Perang Dunia Kedua. Dengan kekalnya dua ribu buah kuil Buddha dan Shinto, dan juga istana-istana, taman-taman dan seluruh seni binanya, Kyoto merupakan salah sebuah kota lama yang paling terpelihara di Jepun. Antara kuil-kuil paling terkemuka di Jepun ialah Kiyomizu-dera, sebuah kuil agam binaan kayu yang disokong oleh tiang-tiang pada cerun bukit; Kinkaku-ji, Tokong Astaka Emas; Ginkaku-ji, Tokong Astaka Perak; dan Ryōan-ji yang terkenal dengan kebun batuannya. Heian Jingū ialah sebuah kuil Shinto yang dibina pada tahun 1895 untuk menyanjung kerabat Diraja serta memperingati maharaja pertama dan terakhir yang bersinggahsana di Kyoto. Terdapat tiga tapak istimewa yang ada hubungan dengan kerabat diraja, iaitu: kawasan Kyoto Gyoen termasuk Istanah Diraja Kyoto dan Istanah Diraja Sento, iaitu kediaman Maharaja Jepun untuk ratusan tahun lamanya; Vila Diraja Katsura, salah sebuah khazanah negara yang terulung; dan Vila Diraja Shugaku-in, salah sebuah taman Jepun yang terkemuka.

Tapak-tapak lain di Kyoto termasuk Arashiyama dan tasiknya yang indah, kawasan geisha di Gion dan Pontochō, Laluan Ahli Falsafah, dan terusan-terusan yang menggarisi jalan-jalan lama.

 
Baju maiko, hiasan rambut, dan solekan tengkuk
 
Seorang sami bertakafur di titi Sungai Katsura di Arashiyama

"Monumen Bersejarah Kyoto Kuno" disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, antara lainnya termasuk Kuil Kamo (Kami dan Shimo), Kyō-ō-Gokokuji (Tō-ji), Kiyomizu-dera, Daigo-ji, Ninna-ji, Saihō-ji (Kokedera), Tenryū-ji, Rokuon-ji (Kinkaku-ji), Jishō-ji (Ginkaku-ji), Ryōan-ji, Hongan-ji, Kōzan-ji dan Istana Nijo, dibina terutamanya oleh para shogun Tokugawa.

Kyoto terkenal kerana kepelbagaian makanan dan masakan Jepun. Keadaan istimewa Kyoto sebagai bandaraya yang berjauhan dari laut dan juga penempatan berbilang kuil Buddha, mencetuskan perkembangan beraneka jenis sayuran yang khusus di kawasan Kyoto (京野菜 kyōyasai).

Industri perfileman dan televisyen Jepun berpusat di Kyoto. Banyak judul jidaigeki, iaitu filem aksi yang menampilkan samurai, dirakam di Toei Uzumasa Eigamura.[4] Eigamura yang menggabungkan kawasan perfileman dan taman tema menampilkan replika binaan tradisional Jepun yang digunakan untuk menggambarkan filem jidaigeki. Antara set-setnya termasuk replika Nihonbashi lama (jambatan pintu masuk Edo), sebuah bangunan istana lama, sebuah balai polis zaman Meiji dan sebahagian bekas daerah pelacuran Yoshiwara. Penggambaran filem sebenar diadakan sekali-sekala, dan para pengunjung dialu-alukan untuk menyaksikan aksinya.

Muzium Manga Antarabangsa Kyoto juga terletak di Kyoto, di mana para pengunjung berpeluang melihat pameran serta membaca sebanyak mana karya manga (komik Jepun) yang diingini. The museum is making an attempt to acquire every manga ever published and so far houses approximately 200,000 titles.

Ekonomi sunting

 
Ibu pejabat utama Nintendo di Kyoto
 
Pemandangan Kyoto

Industri utama Kyoto ialah IT dan elektronik. Di bandaraya ini terletaknya ibu pejabat syarikat-syarikat Nintendo, Intelligent Systems, TOSE, OMRON, Kyocera, Shimadzu Corp., Rohm, Horiba, Nidec Corporation, Nichicon, GS Yuasa dan Murata Machinery. Ibu pejabat Murata Manufacturing pula terletak di Nagaokakyō, di pinggiran Kyoto.

Pelancongan juga memainkan peranan penting dalam ekonomi Kyoto. Pusaka warisan kebudayaan Kyoto sentiasa dikunjungi oleh rombongan sekolah dari seluruh Jepun, dan juga pelancong asing. Pada tahun 2007, kerajaan bandaraya mengumumkan bahawa bilangan pelancong ke Kyoto telah memecah rekod untuk kali keenam berturut-turut.[5] Kyoto juga dipilih sebagai bandaraya kedua paling menarik di Jepun, mengikut kaji selidik jenama serantau.[6]

Kraftangan Jepun tradisional juga merupakan sebuah industri utama di Kyoto, kebanyakannya diusahakan oleh tukang-tukang kraf di kedai atau kilang kecil. Di Kyoto juga berdiamnya para penenun kimono yang terkenal, maka kota ini kekal sebagai pusat pengeluaran kimono utama. Perniagaan sebegini yang meriah pada abad-abad terdahulu, semakin berkurangan kerana jualan hasil tradisional tidak berkembang lagi.

Sebuah lagi industri tradisional di Kyoto ialah pembuatan arak sake, yang diterajui oleh syarikat Gekkeikan dan Takara Holdings yang bertapak di Kyoto. Perniagaan lain yang beribu pejabat di Kyoto termasuk syarikat pakaian Wacoal, syarikat pengangkutan penghantara Sagawa Express dan pengilang peralatan bengkel Volks.

Pendidikan sunting

 
Campus Plaza Kyoto
 
Universiti Kyoto

Kyoto merupakan salah sebuah pusat akademik negara dengan diduduki 37 institusi pengajian tinggi. Universiti Kyoto, salah sebuah universiti kebangsaan di Jepun, dianggap sebagai salah sebuah universiti terunggul di negara ini. Mengikut senarai pemeringkatan universiti oleh The Times Higher Education Supplement, Universiti Kyoto adalah di tempat kedua di Jepun dan tempat ke-25 di dunia.[7] Institut Teknologi Kyoto juga tidak kurang hebatnya sebagai salah sebuah institusi terbaik untuk bidang seni bina dan reka bentuk di Jepun. Universiti Doshisha dan Universiti Ritsumeikan adalah universiti swasta yang paling terkenal di kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto.

Kyoto juga memiliki rangkaian pendidikan tinggi tersendiri yang dipanggil Konsortium Universiti di Kyoto, yang terdiri daripada tiga universiti kebangsaan, lima universiti awam (wilayah/perbandaran), dan 41 universiti swasta, serta pihak bandaraya dan empat pertubuhan lain. Konsortium ini tidak menawarkan ijazah, tetapi menawarkan kursus sebagai sebahagian ijazah dari universiti anggotanya.[8]

Selain lebih 30 universiti dan maktab di Jepun, pihak universiti Amerika Syarikat turut menghargai kepentingan Kyoto dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Konsortium Kyoto untuk Pengajian Jepun (Kyoto Consortium for Japanese Studies, KCJS) ialah sebuah konsortium 14 universiti AS yang menaja program akademik dua penggal yang rapi untuk para mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian bahasa dan kebudayaan Jepun. Selain itu, Universiti Stanford juga memiliki Japan Center sendiri di Kyoto.[9]

Pengangkutan sunting

Pengangkutan rel sunting

Pelancongan sunting

Tapak Warisan Dunia UNESCO sunting

Kira-kira 20% Khazanah Negara Jepun dan 14% Harta Kebudayaan Pentingnya wujud dalam lingkungan bandaraya Kyoto yang sebenar. Tapak Warisan Dunia UNESCO Historic Monuments of Ancient Kyoto (Kyoto, Uji and Otsu Cities) merangkumi 17 lokasi di Kyoto, Uji di Wilayah Kyoto dan Ōtsu di Wilayah Shiga. Tapak ini diisytiharkan sebagai Warisan Dunia pada tahun 1994.

Taman Monyet Iwatayama sunting

Taman Monyet Arashiyama, Iwatayama (Jepun: 嵐山モンキーパークいわたやま) di Nishikyō-ku ialah sebuah taman di mana monyet bebas merayau-rayau. Kawasan lingkungan taman ini sahaja diduduki oleh lebih 170 ekor beruk Jepun. Selepas membayar yuran kemasukan, pelancong berjalan menaiki bukit yang curam, untuk memasuki kurungan di atas bukit di mana mereka boleh masuk dan menyuap monyet dengan selamat. Kerana tiadanya pagar, monyet-monyet tersebut boleh berlalu-lalang sesuka hati, tetapi mudah dipikat oleh makanan seperti epal atau kacang tanah. Sungguhpun buas, namun monyet ini biasa dengan kehadiran manusia, sehingga tidak takut untuk mendekati pengunjung untuk mendapatkan makanan.

Muzium dan taman sunting

 
Muzium Lokomotif Wap Umekoji
 
Muzium Manga Antarabangsa Kyoto
 
Muzium Negara Kyoto
 
Taman Botani Kyoto

Perayaan sunting

 
Makanan dan kraftangan menghiasi setiap jalan pada perayaan Gion matsuri. (Gambar 2007)

Kyoto meraikan pelbagai perayaan utama sepanjang tahun, bermula dengan Aoi Matsuri pada 15 Mei. Dua bulan kemudian (1 hingga 31 Julai) ialah Gion Matsuri yang dikenali sebagai satu daripada tiga perayaan terbesar di Jepun, mengetengahkan perarakan besar-besaran pada 17 Julai. Kyoto menyambut Perayaan Bon dengan Gozan Okuribi, iaitu menyala api di gunung untuk membimbing roh-roh kembali ke tempat asalnya (16 Ogos). Jidai Matsuri, Perayaan Zaman (22 Oktober), menyanjungi zaman silam Kyoto yang terbilang.

Hubungan antarabangsa sunting

Bandar bersaudara sunting

The city of Kyoto has a sister city relationship with:[10]

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

Catatan sunting

  1. ^ Kyoto Exhibitors' Association (1910) Kyoto Kyoto Exhibitors' Association of the Japan-British exhibition, Kyoto, p. 3 OCLC 1244391
  2. ^ Lowe, John. (2000). Old Kyoto: A short Social History, p. x.
  3. ^ Wyden, Peter. (1984). Day One: Before Hiroshima and After, page 196.
  4. ^ "Welcome to Kyoto — Toei Uzumasa Eigamura Movie Museum". Pref.kyoto.jp. Dicapai pada 2010-03-07.
  5. ^ "Kyoto tourism setting new record for 6th year in a row". Japan News Review. 2007-07-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-08. Dicapai pada 2010-03-07.
  6. ^ "Sapporo picked as "most attractive town" for 2nd consecutive year — J-Cast". En.j-cast.com. 2007-07-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-10. Dicapai pada 2010-03-07.
  7. ^ "The Times Higher Education Supplement World University Rankings". Dicapai pada 2010-02-10.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-17. Dicapai pada 2010-03-29.
  9. ^ "Stanford Japan Center". Stanford-jc.or.jp. 1999-02-22. Dicapai pada 2010-03-07.
  10. ^ "Kyoto City Web / Data Box / Sister Cities". www.city.kyoto.jp. Dicapai pada 2010-01-14.

Pautan luar sunting