LAPAN LSU-02 (LAPAN Surveillance UAV-02) ialah sebuah pesawat terbang tanpa awak yang dikembangkan oleh Lembaga Penelitian dan Penerbangan Nasional (LAPAN). Pesawat yang berjaya dibangun tahun 2012 ini dimaksudkan untuk kepentingan tentera/ketenteraan dan awam. Pihak ketenteraan Indonesia mengkategorikannya sebagai pesawat tanpa awak taktikal kerana boleh terbang jarak jauh (300 km, secara teoretis 450 km) untuk ukurannya. Pesawat ini memecahkan rekod Indonesia sebagai pesawat tanpa awak yang dibangun di Indonesia. LSU-02 yang dibangun oleh Pusat Teknologi Penerbangan telah melakukan pelbagai misi pemantauan baik awam mahupun ketenteraan, kemampuan terbang pesawat yang diklasifikasikan sebagai Tactical UAV ini, telah mampu terbang secara autonomi dan menempuh jangkauan terbang cukup jauh sekitar 200 km. Semasa diujikan pesawat tanpa awak (UAV) ini pergi dan pulang ke padang udara Pameungpeuk, Garut, Jawa Barat.[1] UAV dengan bahan bakar Pertamax Plus (RON 95) ini terbang secara autonomi dan berjaya kembali mendarat dengan mulus di padang udara Pameungpek, Garut.

LSU-02
[[|300px|center]]
LSU-02 di geladak helikopter KRI Diponegoro
Peranan Pesawat tanpa awak
Pengeluar Pustekbang LAPAN
Penerbangan sulung 2012

Sejarah operasi sunting

Pesawat LSU-02 dipakai pada semasa latihan bersama Tentera Darat Indonesia pada tahun 2013 di Laut Jawa, ketika itu pesawat ini diluncurkan dari dek helikopter KRI Diponegoro 365. Misi ini untuk memberikan pengawasan sasaran dari sebuah peluru kendali Exocet MM40.

Spesifikasi dan penerangan sunting

Pesawat LSU-02 mempunyai bobot 15 kg, dilengkapi 2 kamera foto dan kamera video. Pesawat ini mampu terbang dengan ketinggian 3000 meter. Lapan kini sedang menyiapkan generasi baru UAV yang mampu terbang sehingga ketinggian 7200 meter, dengan payload dan endurance yang lebih besar. Dalam artian, Lapan terus meningkatkan jangkauan terbang (long distance), kemampuan terbang (long endurance), kemampuan terbang secara automatis (autonomous flying), dan kemampuan take off dan landing.[2]

LSU-02 buatan LAPAN ini mampu membawa beban dengan berat maksimum hingga 3 kg dengan kelajuan terbang sehingga 100 km/jam. Pesawat nirawak seperti LSU-02 ini sangat bermanfaat untuk memantau wilayah yang sukar dijangkau manusia atau wilayah yang berbahaya, misal memotret kawah gunung berapi atau memantau kawasan bencana. Pesawat nirawak LSU-02 besutan LAPAN ini mempunyai panjang sayap sehingga 2400 mm dan panjang badan pesawat 1700 mm. Seperti layaknya pesawat UAV lainnya, pesawat LSU 02 ini mempunyai kemampuan untuk terbang secara automatik yang dikendalikan dari jauh atau diprogram untuk menuju sasaran tertentu.

Data dari Manufacturer[3]

Ciri-ciri umum

  • Krew: Tidak ada
  • Kapasiti: 3 kg
  • Panjang: 17 m (55 ka 9 in)
  • Rentang sayap: 24 m (78 ka 9 in)
  • Berat kosong: 15 kg (33 lb)
  • Berat berlepas maks: 18 kg (40 lb)
  • Kapasiti bahan api: 5 l (1.3 US gal; 1.1 imp gal)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 100 km/j (62 mph, 54 kn)
  • Jarak: 450 km (280 bt, 240 nmi)
  • Endurance: 5 jam
  • Had khidmat: 3.000 m (9.843 ka)
  • Crew: Tidak ada
  • Capacity: 3 kg
  • Length: 1,7 m (5 ft 7 in)
  • Wingspan: 2,4 m (7 ft 10 in)
  • Empty weight: 15 kg (33 lb)
  • Max takeoff weight: 18 kg (40 lb)
  • Fuel capacity: 5 l (1,3 US gal; 1,1 imp gal)

Performance

  • Maximum speed: 100 km/h (62 mph; 54 kn)
  • Range: 450 km (280 mi; 243 nmi)
  • Endurance: 5 jam
  • Service ceiling: 3,000 m (10 ft)

Rujukan sunting

  1. ^ "Lapan Surveillance UAV 02 (LSU 02)". 16 Juli 2014. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Pesawat UAV Lapan Ikut Latgab TNI". 16 Juli 2014. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "LSU-02 rancangan LAPAN". LAPAN official website.

Pranala luar sunting