La donna è mobile

La donna è mobile (Wanita tidak berpendirian tetap) adalah antara aria terkenal gubahan Giuseppe Verdi . Aria ini adalah nyanyian peranan “Duke dari Mantua” dari opera Rigoletto yang pertama kali dipersembahkan di Itali pada tahun 1851.

Aria ini amat terkenal dan menjadi pilihan utama ramai tenor-tenor opera terkemuka. Antara yang pernah melakonkan watak ini dan merakamkan aria ini ialah Enrico Caruso, Mario Lanza, Plácido Domingo, Luciano Pavarotti dan ratusan lagi.

Aria ini dinyanyikan di dalam bahasa Itali. Untuk keterangan lanjut mengenai opera ini, sila rujuk ke Rigoletto.

Muzik sunting

 

Libreto sunting

Bahasa Itali
Bahasa Melayu

La donna è mobile
Qual piuma al vento,
Muta d'accento
— e di pensiero.

Sempre un amabile,
Leggiadro viso,
In pianto o in riso,
— è menzognero.

Baris ulang

La donna è mobil
qual piuma al vento,
Muta d'accento e di pensier!
e di pensier!
e di pensier!

È sempre misero
Chi a lei s'affida,
Chi le confida
— mal cauto il core!

Pur mai non sentesi
Felice appieno
Chi su quel seno
— non biba amore!

Baris ulang

La donna è mobil
qual piuma al vento,
Muta d'accento e di pensier!
e di pensier!
e di pensier!

Wanita tak tetap hati
Umpama bulu dalam angin
Dia berubah suaranya
— dan fikirannya

Sentiasa manis
Wajah yang ayu
Dalam airmata atau tertawa,
— dia selalu berbohong.

Baris ulang

Wanita mudah berubah hati
Umpama bulu dalam bayu,
Dia berubah kata dan fikiran,
Dan fikiran!
Dan fikiran!

Selalu menderita
Lelaki yang mempercayai si dia
Si lelaki yang memembuka hati kepada wanita
— perasaan yang tidak berhati-hati!

Seorang yang tidak pernah merasa
Kegembiraan sepenuhnya
Sesiapa yang di dada itu
— tidak minum cinta!

Baris ulang

Wanita mudah berubah hati
Umpama bulu dalam bayu,
Dia berubah nada dan fikiran,
Dan fikiran!
Dan fikiran!

Media sunting