Buka menu utama
200px‎

Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.

Isi kandungan

Sejarah Pembukaan Ladang teh SabahSunting

Pada tahun 1976, Kerajaan Negeri Sabah telah mewartakan 6,200 ekar tanah, kg Nalapak kepada Koperasi Pembangunan Desa (KPD) [1]. Kemudian, pada 26 april 1978, ladang teh ini telah diperbadankan kepada Syarikat Sabah Tea Sdn Bhd dengan subsidi KPD bagi mengurus dan operasi peladangan teh ini.Perasmian Ladang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada bulan 19 februari 1984.
Manakala pada tahun 1987, pengurusan Sabah Tea telah bersatu bersama dengan syarikat Tate & Lyle's [2] dan Commonwealth Development Corporation yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan Kerajaan. Penyatuan Syarikat Tate & Lyle's ini dapat menyumbangkan kepada kerajaan dalam industri peladangan teh sebagai langkah daya saing dengan peladangan teh yang lain.
Namun begitu, pada tahun 1997, Yee Lee Corporation Bhd [3] telah mengambil keseluruhan syer daripada Sabah Tea Sdn Bhd dan Desa Tea Sdn Bhd iaitu merupakan syarikat yang mempunyai besar merangkumi pengilangan, pengeksportan serta penjualan produk diperingkat tempatan dan antarabangsa.

Teh SabahSunting

Pengredan tehSunting

  • Broken Orange Pekoe (BOP):

- Gred teh yang rendah dengan kecirian likuor yang baik.

  • Broken Orange Pekoe Fannings (BOPF):

- Gred teh yang lebih halus dengan kecirian likuor yang tinggi.

  • Fannings (Fangs):

- Mengandungi serbuk halus dengan likour yang tinggi, kebiasaannya dalam bentuk uncang.

  • Dust (D)

- Merupakan gred yang terendah dengan kelikourannya, agak kasar serta kuat jika dibandingkan dengan BOPF. Dibahagi kepada 'Dust 1' ,'Dust 2', dan seterusnya mengikut kehalusan saiz teh.

Produk tehSunting

 
1. SABAH TEA

  • Merupakan sejenis teh yang segar, semula jadi serta harum hasil daripada tanah yang subur gunung Kinabalu dan bebas dari penggunaan pestisid dan pewarna tiruan.
  • Teh ini mendapat pengiktirafan oleh SIRIM.[4]
  • Menjadi pilihan rakyat tempatan.

 
2. SASSI-BRIX ORGANIC TEA

  • Teh yang unik dengan berperisa organik teh hitam yang segar, tulen dan semula jadi.
  • Disahkan oleh SKAL International, Netherland.[5]

 
3. BORNEO ORGANIC RAINFOREST TEA