Ladang Udang Kerpan

Ladang Udang di Kerpan ialah sebuah projek ternakan udang yang dijalankan di Kerpan, Air Hitam, daerah Kubang Pasu, Kedah. Ladang udang ini sekarang diuruskan oleh syarikat Blue Archipelago Berhad.[1]

Sejarah sunting

Permulaan - Samak Aquaculture Sdn Bhd sunting

Pada tahun 1993, kerajaan negeri Kedah telah memperolehi lot-lot tanah bersamaan dengan 1,000 ekar di Kerpan untuk membangunkan sebuah projek akuakultur udang bersama dengan Kumpulan Bin Laden dari Arab Saudi.[2]

Ladang udang itu telah dibangunkan dengan suntikan modal sebanyak RM65juta.

Syarikat yang membangunkan projek ladang tersebut ialah Samak Aquaculture Sdn Bhd. Pemegang saham Samak Aquaculture ialah Asmak Aquaculture Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Bin Laden, dengan 60% saham manakala kerajaan negeri Kedah mempunyai sebanyak 29% saham. Ia juga dilapurkan bahawa baki saham Samak Aquaculture sebanyak 11% ialah milik bekas pemilik lot tanah yang bersetuju untuk menyertai syarikat sebagai pemegang saham. Kerajaan negeri Kedah dilapurkan sebagai memantau saham bekas pemilik tanah untuk menjaga kepentingan mereka.[3]

Pendapatan yang dianggarkan oleh Samak Aquaculture adalah RM40,000 setiap kolam dengan dua kali tuaian setahun. [4]

Pada awalnya Samak dan kerajaan negeri cuba memikat pemilik tanah untuk menjual, menyewa atau menyertai projek tersebut sebagai pemegang saham. Ada yang di antara pemilik tanah lot besar yang setuju tetapi, pemilik tanah lot kecil sejumlah 800 enggan. Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff (1985-1996), kemudiannya menggunakan Akta Pengambilan Tanah bagi memperolehi tanah sawah padi tersebut.

Kerajaan negeri Kedah telah menawarkan wang pampasan sebanyak RM18,000 dan RM24,000 untuk setiap ekar tetapi pemilik tanah enggan menerima bayaran yang dianggap tidak memandai.

Pemilik tanah kemudiannya menunjuk perasaan apabila jentera berat memasuki tanah mereka pada musim menuai, mengakibatkan 33 penunjuk perasaan, terdiri dari 10 wanita dan 23 lelaki ditahan polis. Wanita dibebaskan selepas ditahan selama 3 hari sementara lelaki ditahan selama tujuh hari. [5][6]

Dilapurkan bahawa operasi dihentikan pada penghujung 1997 apabila pihak polis tidak dapat menjamin keselamatan pekerja ladang. Ini ekoran tentangan orang kampung terhadap projek tersebut yang dikatakan telah menyerang 3 pegawai syarikat.[7][8][9][10][11]

Pada 10hb Julai 2000, Tun Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan mengumumkan bahawa pihak Asmak Aquaculture tidak berminat lagi untuk meneruskan lagi projek tersebut dan Kementerian Kewangan akan membeli dan mengambil-alih saham milik kumpulan Saudi itu.[12]

Kemudian, pada 8hb Ogos Parlimen Malaysia merakamkan bahawa kerajaan persekutuan telah membeli saham dari kumpulan Saudi itu sebanyak RM19.5juta dan memperuntukkan RM30juta untuk mengendalikan and memulihkan ladang udang Kerpan. Masalah dengan 736 bekas pemilik tanah juga dilapurkan selesai dengan tawaran kerajaan untuk membeli tanah mereka dengan nilai RM40,780 seekar.[13]

Suntikan modal Khazanah Nasional sunting

Kemudian diambil alih oleh Blue Archipelago Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mulai 1 Jun 2009 dengan suntikan modal RM50 juta [14]. Kerpan menjadi menjadi zon pengeluar udang terbesar terutama di Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

Ladang Udang Kerpan mempunyai 226 kolam sepanjang tiga km , lebar 1.5 km .Ia menggunakan sistem pengambilan air sepanjang 2.8 km ke dan dari Selat Melaka. Air masin laut dipam ke dalam kolam. Pengeluaran optimum ialah 1,500 hingga 2,000 tan udang harimau setahun, manakala sebanyak 4,000 hingga 6,000 tan udang putih setahun. Setiap satu berkeluasan 0.8 hektar melibatkan kawasan keseluruhan kira-kira 400 hektar. 99 % dari 216 pekerja adalah dari penduduk setempat.[15]

Ladang penetasan dan kilang memproses udang mentah bernilai RM20 juta akan dibina di Kerpan.Blue Archipelago Berhad mengeksport udang tersebut ke pasaran Eropah,Amerika Syarikat dan Jepun . Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago, Dr Shahridan Faiez Mohideen Abdul Kader menyatakan kilang itu memproses 20 tan udang mentah sehari.

Perjanjian Program Pembangunan Kemahiran Akuakultur diadakan antara Blue Archipelago dengan Universiti Putera Malaysia (UPM) di Jerlun, Kedah . UPM diwakili oleh Prof. Abu Bakar Salleh. Turut hadir semasa MOU itu ialah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Mukhriz Mahathir . 200 pekerja dapat menikmati program tersebut. [16] [17]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Blue Archipelago Berhad "iKerpan", Blue Archipelago website, 2009, accessed Jan 4, 2011.
  2. ^ Salleh Buang "Questions over Malay reserve land", New Straits Times, Oct 20, 2004, accessed Jan 4, 2011.
  3. ^ Singh, Sharanjit "Ops at tiger prawn project to resume", New Straits Times, Feb 08, 2000, accessed Jan 5, 2011.
  4. ^ INFOFISH international INFOFISH, 2002 - Nature
  5. ^ Meenakshi Raman, WRM Bulletin Nº 51, October 2001
  6. ^ Malaysia: Each prawn produced represents a teardrop "Mangroves: Local livelihoods vs. corporate profits" Diarkibkan 2010-09-13 di Wayback Machine, World Rainforest Movement Publication, Feb 08, 2000, accessed Jan 5, 2011.
  7. ^ Article "Looking forward to happy ending for Kerpan tiger prawn farm saga", New Straits Times, May 19, 2000, accessed Jan 5, 2011.
  8. ^ Artikel "Samak berhenti operasi", Berita Harian, Dec 19, 1997, accessed Jan 5, 2011.
  9. ^ Article "Businessman claims that he was attacked by 3 Samak Aquaculture staff", Bernama, Jun 21, 2000, accessed Jan 5, 2011.
  10. ^ Article "Four arrested over assault of tiger prawn farm oficials" Diarkibkan 2014-09-21 di Wayback Machine, New Straits Times, May 19, 2000, accessed Jan 5, 2011.
  11. ^ Article "Officers at tiger prawn project attacked by villagers" Diarkibkan 2014-09-21 di Wayback Machine, New Straits Times, Dec 17, 1997, accessed Jan 5, 2011.
  12. ^ Article "Federal Government buys Saudi stake in tiger prawn project", New Straits Times, Jul 10, 200, accessed Jan 5, 2011.
  13. ^ Article "Tiger prawn project in Kedah to begin production", Bernama, Aug 9, 2001, accessed Jan 5, 2011.
  14. ^ Blue Archipelago Berhad Makes IT investments a Priority in its International Expansion plans.[pautan mati kekal]
  15. ^ Zon pengeluar udang terbesar
  16. ^ Udang Kerpan masuki pasaran Eropah
  17. ^ Udang Kerpan Akan Dieksport Ke Eropah