Lagomorpha merupakan sebuah order mamalia yang terdiri daripada dua famili yang masih wujud, iaitu Leporidae (arnab), dan Ochotonidae (pika). Nama order ini berasal daripada bahasa Yunani, iaitu lagos (λαγός, "arnab") dan morphē (μορφή, "bentuk").

Lagomorpha
Pika, Ochotona princeps, di Taman Negara Sequoia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Magnorder:
Superorder:
Order:
Lagomorpha

Brandt, 1855
Famili

Leporidae
Ochotonidae
Prolagidae (pupus)

Walaupun mamalia ini menyerupai rodensia (order Rodentia) dan pernah dikelaskan sebagai satu superfamili dalam order itu sehingga awal abad ke-20, tetapi sekarang, Lagomorpha dikira sebagai order yang berasingan. Lagomorpha pernah sekali dianggap ramai sebagai bau-bau bacang dengan rodensia yang hanya serupa di luarannya.

Spesies-spesies Lagomorpha purba terawal seperti Eurymylus, berasal dari Asia Timur pada zaman akhir Paleosen atau awal Eosen.[1] Arnab purba mula-mula wujud pada akhir Eosen, kemudian cepat bertabur ke seluruh hemisfera utara, dan semakin panjang kaki belakangnya dan boleh meloncat. Pika pula mulai wujud lebih lewat, iaitu pada zaman Oligosen di Asia Timur.[2]

Sifat sunting

Lagomorpha berbeza daripada rodensia kerana yang berikut:

  • mempunyai empat batang gigi acip di rahang atas (berbanding dua untuk Rodentia);
  • hampir kesemuanya adalah maun (berbeza dengan rodensia yang kebanyakannya memakan daging dan tumbuhan sekali; sedikit pengecualian bagi sebilangan kecil ahli famili Lepus dan Ochotona yang sekali-sekala memburu bangkai sebagai sumber makanan tambahan pada musim sejuk);[3][4][5]
  • kerandut jantan terletak di hadapan zakar (rodensia pula di belakang); dan
  • zakarnya tidak bertulang (bakulum).

Walaupun demikian, Lagomorpha menyerupai rodensia kerana giginya tumbuh sepanjang hayat, oleh itu ia perlu kerap mengunyah supaya gigi itu tidak tumbuh terlalu panjang.

Pengelasan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Palmer, D., penyunting (1999). The Marshall Illustrated Encyclopedia of Dinosaurs and Prehistoric Animals. London: Marshall Editions. m/s. 285. ISBN 1-84028-152-9.
  2. ^ Savage, RJG, & Long, MR (1986). Mammal Evolution: an illustrated guide. New York: Facts on File. m/s. 128–129. ISBN 0-8160-1194-X.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ "Snowshoe Hare". eNature: FieldGuides. eNature.com. 2007. Dicapai pada 2008-03-23.
  4. ^ Best TL, Henry TH (1994-06-02). "Lepus arcticus". Mammalian Species. 457: 1–9. doi:10.2307/3504088. ISSN 0076-3519. OCLC 46381503.
  5. ^ "Column 105: Pikas are not picky eaters". yourYukon. Environment Canada: Pacific and Yukon Region. 1998. Dicapai pada 2008-03-23.
  6. ^ The Paleobiology Database Lagomorpha entry Dicapai pada 13 Mei 2010