Lagu Cinta Kita (Musim 1)
Lagu Cinta Kita ialah sebuah rancangan televisyen realiti Malaysia yang berdasarkan daripada rancangan televisyen realiti Korea Selatan, Love At First Song terbitan CJ ENM.
Lagu Cinta Kita | |
---|---|
Berdasarkan daripada | Love At First Song oleh CJ ENM |
Format | Muzik Hiburan Realiti |
Pencipta | Kim Ji-hee Helena Chang Daniel Sun |
Ditulis oleh | Tengku Sahilawati Tengku Jehori |
Pengarah | Saif Saharuddin |
Pengacara | Nana Mahazan |
Juri | Hael Husaini Scha Al-Yahya |
Negara asal | Korea Selatan Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 5 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Tengku Sahilawati Tengku Jehori |
Penerbit | Aeizul Reeza Ismail |
Pemasangan kamera | Tetapan kamera utama |
Tempoh siaran | 90-110 minit |
Syarikat penerbitan | Media Prima Berhad |
Penyiaran | |
Saluran asal | Youtube TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 April – 5 Mei 2019 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Lagu Cinta Kita (Musim 2) |
Rancangan berkaitan | Lagu Cinta Kita |
Format
suntingKonsep
suntingLagu Cinta Kita menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan "#LaguCintaKita". Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.
Pusingan
suntingDi pusingan awal, 36 peserta akan dipadankan mengikut giliran iaitu 6 pasangan (episod 1), 6 pasangan (episod 2) dan 6 pasangan (episod 3). Para peserta memilih lagu mengikut urutan yang ditetapkan oleh juri tetap berdasarkan vokal mereka. Kemudian, peserta dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian penonton rumah untuk mengalihkan dinding pemisah di antara pentas mereka. Ketika itu barulah para peserta dapat melihat siapakah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya.
Hanya 10 pasangan duet akan meneruskan perjalanan ke episod ke-4, ‘Love Camp Song’. Mereka akan diberikan peluang untuk mengenali sesama sendiri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Setiap pasangan duet juga akan diberikan tajuk lagu yang akan dipertandingkan di pentas Lagu Cinta Kita Ke-2. Bermula peringkat ini, penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Satu pasangan duet akan disingkirkan dalam episod ini.
Memasuki episod ke-5 & ke-6, sembilan pasangan yang masih bertahan akan berhadapan dengan ujian yang lebih getir dimana mereka akan membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan. ‘Cinta Sepanjang Zaman’ yang fokus kepada seleksi lagu cinta popular di era tahun 60an hingga 90an dan ‘Cinta Antara Benua’ yang akan membawa penonton mengimbau lagu-lagu romantis dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain.
Di peringkat ini, sudah tentu peserta yang masih bertanding mahu kekal dengan pasangan duet masing-masing kerana keserasian yang sudah tercipta. Tujuh pasangan duet yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir. Selepas itu, hanya lima pasangan yang akan berentap di pusingan akhir yang dijangka berlangsung pada 3 Januari 2020. Juara Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000.
Pasangan
suntingMengikut kedudukan susunan penyingkiran.
Pasangan | Tarikh penyingkiran | Kedudukan |
---|---|---|
Naqi & Ayuni | 5 Mei 2019 | Juara |
Adam & Nadia | 5 Mei 2019 | Naib Juara |
Hafeez & Naufa | 5 Mei 2019 | Tempat Ketiga |
Erul & Sarah | 5 Mei 2019 | Tempat Keempat |
Rio & Eliana | 27 April 2019 | Tersingkir Konsert Separuh Akhir |
Ringkasan konsert
suntingKonsert 1
sunting- Tarikh disiarkan: 20 April 2019
- Tema: Tirai
Pasangan | Lagu |
---|---|
Hafeez & Bella | "Haram" nyanyian asal Hael Husaini & Dayang Nurfaizah |
Asyraf & Atira | "You Are The Reason" nyanyian asal Calum Scott & Leona Lewis |
Iwan & Aleeya | "Sembunyi" nyanyian asal Misha Omar & Andy Flop Poppy |
Saibie & Eliana | "Seluruh Cinta" nyanyian asal Cakra Khan & Dato' Sri Siti Nurhaliza |
Naqi & Ayuni | "Selamanya Cinta" nyanyian Shila Amzah & Alif Satar |
Adam & Nadia | "Ceritera Cinta" nyanyian asal Jaclyn Victor & Rio Febrian |
Erul & Naufa | "Keliru" nyanyian asal Ajai & Nurul |
Rio & Sarah | "More Than Words" nyanyian asal Extreme |
- Juri jemputan: Alvin Chong
- Tersingkir: Bella, Asyraf, Atira, Iwan, Aleeya & Saibie
Konsert 2
sunting- Tarikh disiarkan: 26 April 2019
- Tema: Love Camp Song
Pasangan | Lagu | |
---|---|---|
Naqi & Ayuni | "Aku Cinta Aku Rindu" nyanyian asal Ajai & Nurul | |
Rio & Sarah | "Seiring Sejalan" nyanyian asal Dato' Sharifah Aini & Broery Marantika | |
Erul & Naufa | "Terimaku Seadanya" nyanyian asal Hafiz Suip & Misha Omar | |
Adam & Nadia | "Hanya Memuji" nyanyian asal Shanty & Marcell | |
Hafeez & Eliana | "Senja Nan Merah" nyanyian asal Dato' Awie & Ziana Zain |
- Juri jemputan: Wany Hasrita
- Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Konsert Separuh Akhir
suntingTarikh disiarkan: 27 April 2019
- Tema: OST Drama & Filem
Pasangan | Lagu | OST |
---|---|---|
Adam & Nadia | "Sampai Bila" nyanyian asal Misha Omar | Jangan Benci Cintaku |
Erul & Naufa | "A Whole New World" nyanyian asal Zayn & Zhavia Ward | Aladdin |
Hafeez & Eliana | "Ada Apa Dengan Cinta" nyanyian asal Melly Goeslaw & Eric | Ada Apa Dengan Cinta? |
Rio & Sarah | "Sandarkan Pada Kenangan" nyanyian asal Jamal Abdillah & Fauziah Ahmad Daud | Azura |
Naqi & Ayuni | "Tak Pernah Hilang" nyanyian asal Kaer Azami & Amylea Azizan | Nur |
- Juri jemputan: Dayang Nurfaizah
- Tersingkir: Rio & Eliana.
Konsert Akhir
sunting- Tarikh disiarkan: 5 Mei 2019
- Tema: Finalé
- Pusingan 1
Pasangan | Lagu |
---|---|
Erul & Sarah | "Jika" nyanyian asal Melly Goeslaw & Ari Lasso |
Hafeez & Naufa | "Kisah Ku Inginkan" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza & Judika |
Adam & Nadia | "Ku Pinjam Satu Bintang" nyanyian asal Datin Alyah & Riz Zaizizi |
Naqi & Ayuni | "Saat Bahagia" nyanyian asal Ippo Hafiz & Sheryl Shazwanie |
- Pusingan 2
Pasangan | Lagu |
---|---|
Erul & Sarah | "Dirgahayu" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir |
Hafeez & Naufa | "Roadblock Hatiku" nyanyian asal Floor 88 & Baby Shima |
Adam & Nadia | "Jika Kau Tiada" nyanyian asal Yusry Abdul Halim & Erra Fazira |
Naqi & Ayuni | "Kisah Cinta Kita" nyanyian asal Hafiz Suip |
- Juri jemputan: Syafiq Kyle
- Pasangan Pilihan Rexona: Adam & Nadia
- Tempat Keempat: Erul & Sarah
- Tempat Ketiga: Hafeez & Naufa
- Naib Juara: Adam & Nadia
- Juara: Naqi & Ayuni
Hadiah
sunting- Juara
- Wang tunai RM50,000
- Trofi
- Telefon bimbit Huawei Nova 4
- Bekalan produk Rexona selama setahun
- Bekalan minuman McCafe selama setahun
- Barangan eksklusif McCafe
- Kontrak bersama Media Prima Berhad (MBP)
- Naib Juara
- Trofi
- Tempat Ketiga
- Trofi
- Tempat Keempat
- Trofi
- Pasangan Pilihan Rexona
- Wang tunai RM5,000
- Bekalan produk Rexona selama setahun