Untuk Negeri Kita

lagu negeri Pulau Pinang
(Dilencongkan dari Lagu Negeri Pulau Pinang)

Untuk Negeri Kita (Jawi: اونتوق نڬري كيت) merupakan lagu negeri Pulau Pinang, Malaysia.[1] Ia dikarang sepenuhnya oleh Mantan Leftenan Kedua Allahyarham Awaluddin Zainal Alam, anak kepada Dato’ Zainal Alam SM Zainul Abidin, bekas pengarah penyiaran RTM Pulau Pinang dan pengacara upacara popular.[2][3]

Untuk Negeri Kita
Jata Negeri Pulau Pinang.

Lagu Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
LirikAwaluddin Zainal Alam
MuzikAwaluddin Zainal Alam
Diguna pakai1972
Sampel audio
Rakaman instrumental lagu

Perihal sunting

Sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Pulau Pinang selalu menggunakan versi ringkas lagu kebangsaan, Negaraku, di majlis dan upacara rasmi negeri. Pada 2 Mac 1972, Speaker Dewan Undangan Negeri waktu itu Dato’ Harun Sirat mengumumkan sebuah pertandingan dengan menjemput pengarang dan pemuzik dalam negara untuk mengarang sebuah lagu untuk digunakan sebagai Lagu Negeri Pulau Pinang. Terdapat lebih 40 sertaan memasuki pertandingan itu, tetapi jawatankuasa pertandingan itu hanya menyenarai pendek 10 buah lagu. Panel pengadil kemudiannya mencadangkan tiga buah lagu kepada kerajaan Negeri untuk pemilihan terakhir pada pada 15 November 1972. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memilih lagu Untuk Negeri Kita daripada tiga sertaan terakhir sebagai Lagu Negeri Pulau Pinang. Lagu ini diperkenalkan dan dimainkan buat kali pertama pada 22 Disember 1972, semasa sambutan hari jadi Gabenor Pulau Pinang, Tun Syed Sheh Hassan Barakbah di Stadium Bandaraya.

Pada asalnya lagu ini dimainkan pada tempo yang lebih perlahan, rentak gubahannya diubah suai pada tahun 1993 untuk menjadi lebih pantas.[4] Tindakan khusus ini yang diumumkan oleh Ketua Menteri ketika itu, Koh Tsu Koon, dikatakan mencerminkan semangat dan dinamisme rakyat Pulau Pinang terhadap kemajuan negeri ini.

Lirik sunting

Tulisan Rumi [5][6] Tulisan Jawi

Selamat Tuhan kurniakan, [5][6]

Selamat Pulau Pinang, [5][6]

Negeriku yang mulia, [5][6]

Kutaat dan setia, [5][6]

Aman dan bahagia. [5][6]

Majulah, jayalah, [5][6]

Negeriku yang ku-cinta, [5][6]

Bersatu dan bersama, [5][6]

Untuk negeri kita. [5][6]

،سلامت توهن كورنياكن
،سلامت ڤولاو ڤينڠ
،نڬريكو يڠ موليا
،كوتاعت دان ستيا
،امن دان بهاڬيا
،ماجوله، جايله
،نڬريكو يڠ كوچينتا
،برساتو دان برسام
،اونتوق نڬري كيت

Penggunaan sunting

Pada permulaan semua majlis rasmi yang diadakan di dalam negeri Pulau Pinang, lagu negeri Pulau Pinang mesti dimainkan selepas lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Lagu negeri mesti dinyanyikan mengikut lirik Melayu rasmi. Bendera Pulau Pinang turut dinaikkan serentak dengan nyanyian lagu negeri. Setiap orang yang hadir mesti berdiri memberi perhatian semasa menyanyikan lagu negeri.

Selain itu, lagu negeri dinyanyikan seminggu sekali di semua sekolah kebangsaan di seluruh Pulau Pinang.

Lihat Juga sunting

Nota sunting


Rujukan sunting

  1. ^ Wong Chun Wai (4 January 2014). "Penang's Kelawi Road where the Eurasians set words to music". The Star. Dicapai pada 4 January 2017.
  2. ^ The story behind the Penang state anthem
  3. ^ Anthem reflects multi-racial element
  4. ^ Goh, Beng-Lan (2002). Modern Dreams: An Inquiry Into Power, Cultural Production, and the Cityscape in Contemporary Urban Penang, Malaysia. SEAP Publications. ISBN 9780877277309.
  5. ^ a b c d e f g h i j Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ a b c d e f g h i j My Penang. "Lagu Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita". mypenang.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar sunting