Lagu kebangsaan Rusia

Lagu Negara Persekutuan Rusia (Bahasa Rusia: Госуда́рственный гимн Росси́йской Федера́ции, tr. Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii,IPA: [ɡəsʊˈdarstvʲɪnɨj ˈɡʲimn rɐˈsʲijskəj fʲɪdʲɪˈratsɨj], bahasa Inggeris: State Anthem of the Russian Federation) adalah nama rasmi lagu kebangsaan Rusia. [3][4][5]

Lagu Negara Persekutuan Rusia
Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii
Госудáрственный гимн Росси́йской Федерáции
A musical score that has Russian text
Susunan rasmi Lagu kebangsaan Rusia, disiapkan pada tahun 2001.

Kebangsaan anthem  Rusia
LirikSergey Mikhalkov, 2000
MuzikAlexander Alexandrov, 1939
Diguna pakai25 Disember 2000 (musik)[1]
30 Disember 2000 (lirik)[2]
Didahului oleh"Patrioticheskaya Pesnya"
Sampel audio
"Lagu kebangsaan Persekutuan Rusia" (instrumental)

Muziknya digubah oleh Alexander Alexandrov, sedangkan liriknya diperbaharui oleh Sergey Mikhalkov, melodinya sama dengan lagu kebangsaan Kesatuan Soviet.[6] Pada tahun 1944, versi terawal lagu ini menggantikan "The Internationale" sebagai lagu kebangsaan baharu, lebih mengetengahkan Soviet, dan mengetengahkan Rusia-Soviet (turut dikenali sebagai "Versi Stalinist" oleh Kumpulan Ensembel Alexandrov, Tentera Persekutuan Rusia kerana versi ini banyak menyebut nama pemimpin kedua Kesatuan Soviet, Joseph Stalin). Melodi yang sama tetapi tanpa lirik digunakan selepas 1956 (selepas kematian Joseph Stalin). Versi kedua bagi lirik lagu ini ditulis oleh Mikhalkov pada 1970 dan mula digunakan pada 1977, mengurangkan penekanan terhadap Perang Dunia Kedua dan memperbanyakkan penekanan terhadap kejayaan ideology komunisme dan juga membuang nama Joseph Stalin dan menggantikannya dengan nama Vladimir Lenin (versi ini secara umum dikenali sebagai "Versi Standard Lagu Kesatuan Soviet").

Rusia RSPR (Republik Soviet Persekutuan Rusia) merupakan satu-satunya republik di dalam Kesatuan Soviet yang tidak mempunyai lagu rasmi republik. Lagu "Patrioticheskaya Pesnya" gubahan Mikhail Glinka dengan dibuang lirik, diambil pada 1990 oleh Soviet Tertinggi Rusia, dan disahkan pada 1993 selepas pembubaran Kesatuan Soviet, oleh presiden pertama Persekutuan Rusia, Presiden Boris Yeltsin. Lagu ini dibuktikan tidak terkenal dikalangan orang awam dan juga dikalangan ahli politik, dan tokoh awam kerana nada muzik dan ketiadaan lirik. Kerajaan Persekutuan Rusia menganjurkan pertandingan mencipta lirik bagi lagu tersebut tetapi tiada satu entri yang diterima dipilih untuk diadaptasi sebagai lirik lagu tersebut.

Lagu gubahan Glinka digantikan sejurus selepas pengganti Yeltsin, Vladimir Putin, mula memegang jawatan pada 7 Mei 2000. Perbadanan perundangan persekutuan telah meluluskan Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet, dengan lirik yang digubah baharu, pada Disember 2000, dan menjadi lagu kebangsaan kedua Persekutuan Rusia selepas pembubaran Kesatuan Soviet. Kerajaan mengadakan pertandingan untuk menggubah lirik lagu tersebut dan akhirnya mendapat gubahan baharu daripada Mikhalkov; menurut kerajaan, lirik tersebut terpilih kerana ia memberi penekankan tentang tradisi dan budaya di Rusia.Yeltsin dan penduduk Rusia yang Pro-Demokratik mengkritik tindakan Putin menyokong untuk memilih untuk memperkenal semula lagu kebangsaan Era-Soviet sebagai lagu kebangsaan walaupun undian pendapat menunjukkan yang kebanyakkan penduduk Rusia bersetuju dan menyokong tindakan ini.

Persepsi awam terhadap lagu kebangsaan ini agak pelbagai. Undian pada 2009 menunjukkan 56% responden berasa bangga dengan lagu ini dan 25% menyukai lagu ini.

Sejarah sunting

Lagu Parti Bolshevik (1938-1943) sunting

Versi terawal bagi melody lagu kebangsaan ini adalah merupakan lagu tidak rasmi bagi Parti Bolshevik yang dipimpin oleh Vladimir Lenin dan Joseph Stalin. Lagu ini digubah muzik dan liriknya oleh Alexander Alexandrov dan Vasily Lebedev-Kumach pada 1938 namun begitu lagu ini tidak digunakan sebagai lagu rasmi Kesatuan Soviet. Pada ketika itu Kesatuan Soviet menggunakan lagu rasmi komunisme antarabangsa "Internationale" sebagai lagu rasmi Kesatuan Soviet.

Lagu Tidak Rasmi Bagi Parti Bolshevik 1938

Lagu Rasmi Kesatuan Soviet Versi Pertama atau "Versi Stalinist" (1944-1956) sunting

Pada tahun 1944 muzik lagu rasmi bagi Parti Bolshevik diadaptasikan sebagai Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet sewaktu pemerintahan Joseph Stalin. Lagu ini banyak menekankan tentang Perang Dunia Kedua dan memuja Stalin sebagai "Penunjuk Jalan Kejayaan" atau "Penyelamat Umat". Lagu ini kemudian dimansuh liriknya pada 1956 selepas kematian Joseph Stalin bagi menyah-Stalinisme Kesatuan Soviet (versi ini dikenali sebagai "Versi Stalin" oleh Kumpulan Ensembel Alexandrov, Tentera Persekutuan Rusia).

Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet Versi Stalinist 1944

Lagu Rasmi Kesatuan Soviet Tanpa Lirik (1956-1977) sunting

Selepas kematian Joseph Stalin, Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet sewaktu pemerintahan beliau masih lagi digunakan tanpa menggunakan lirik. Orang awam dilarang menyanyikan lagu ini dengan lirik kerana dikira menyokong ideologi "Stalinisme" dan memuja pemerintah diktator tersebut.

Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet Tanpa Lirik 1956-1977

Lagu Rasmi Kesatuan Soviet Versi Kedua atau "Versi Standard" atau "Versi Lenin" (1977-1991) sunting

Pada tahun 1970, Sergey Mikhalkov mula menggubah versi baharu bagi Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet dan mula digunakan pada tahun 1977. Dalam versi ini penekanan terhadap Perang Dunia Kedua dikurangkan dan memperbanyakkan penekanan terhadap kejayaan ideology komunisme serta membuang nama dan pemujaan terhadap Joseph Stalin dan menggantikannya dengan nama Vladimir Lenin (versi ini secara umum dikenali sebagai "Versi Standard Lagu Kesatuan Soviet" atau "Versi Lenin" oleh Kumpulan Ensembel Alexandrov, Tentera Persekutuan Rusia).

Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet Versi Kedua 1977-1991

Lagu Kebangsaan Baharu Persekutuan Rusia Menggantikan Lagu Lama "Patrioticheskaya Pesnya" (2000-Kini) sunting

Oleh kerana lagu kebangsaan asal Persekutuan Rusia kurang mendapat sambutan orang awam dan juga kurang menekan sifat kewarganegaraan, Presiden Kedua Persekutuan Rusia Vladimir Putin mula menggantikan lagu "Patrioticheskaya Pesnya" gubahan Glinka kepada "Gimn Sovieti Soyuz" atau Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet dengan menggantikan keseluruhan liriknya dengan lirik yang baharu dan lebih bersifat "Rusia". Kerajaan mula mengadakan pertandingan menggubah lirik lagu tersebut dan akhirnya lirik gubahan Sergey Mikhalkov juga penggubah lirik lagu asal Lagu Kebangsaan Kesatuan Soviet dipilih kerana menekan dan mengutarakan tentang tradisi dan kebudayaan Rusia. Yeltsin dan penduduk Rusia yang Pro-Demokratik mengkritik tindakan Putin menyokong tindakan untuk memperkenal semula lagu kebangsaan Era-Soviet sebagai lagu kebangsaan walaupun undian pendapat menunjukkan bahawa majoriti penduduk Rusia bersetuju dan menyokong tindakan ini.

Lirik sunting

Lirik bahasa Rusia sunting

Abjad Cyril
Abjad Ruma
Transkripsi AFA

Россия – священная наша держава,
Россия – любимая наша страна.
Могучая воля, великая слава –
Твоё достоянье на все времена!

Припев:
𝄆 Славься, Отечество наше свободное,
Братских народов союз вековой,
Предками данная мудрость народная!
Славься, страна! Мы гордимся тобой! 𝄇

От южных морей до полярного края
Раскинулись наши леса и поля.
Одна ты на свете! Одна ты такая –
Хранимая Богом родная земля!

Припев

Широкий простор для мечты и для жизни
Грядущие нам открывают года.
Нам силу даёт наша верность Отчизне.
Так было, так есть и так будет всегда!

Припев[5]

Rossija – svjašcennaja naša deržava,
Rossija – ljubimaja naša strana.
Mogučaja volja, velikaja slava –
Tvojo dostojanje na vse vremena!

Pripev:
𝄆 Slavjsja, Otečestvo naše svobodnoje,
Bratskih narodov sojuz vekovoj,
Predkami dannaja mudrostj narodnaja!
Slavjsja, strana! My gordimsja toboj! 𝄇

Ot južnyh morej do poljarnovo kraja
Raskinulisj naši lesa i polja.
Odna ty na svete! Odna ty takaja –
Hranimaja Bogom rodnaja zemlja!

Pripev

Širokij prostor dlja mečty i dlja žizni
Grjadušcije nam otkryvajut goda.
Nam silu dajot naša vernostj Otčizne.
Tak bylo, tak jestj i tak budet vsegda!

Pripev

[rɐˈsʲijə svʲɪˈɕːɛnːəjə ˈnaʂə dʲɪrˈʐavə]
[rɐˈsʲijə lʲʉˈbʲiməjə ˈnaʂə strɐˈna]
[mɐˈɡutɕɪjə ˈvolʲə vʲɪˈlʲikəjə ˈslavə]
[tvɐˈjɵ dəstɐˈjænʲjə nɐ ˈfsʲɛ vrʲɪmʲɪˈna]

[prʲɪˈpʲef]
𝄆 [ˈslafʲsʲə ɐˈtʲetɕɪstvə ˈnaʂɨ svɐˈbodnəjə]
[ˈbratskʲɪx nɐˈrodəf sɐˈjus vʲɪkɐˈvoj]
[ˈprʲɛtkəmʲɪ ˈdanːəjə ˈmudrəsʲtʲ nɐˈrodnəjə]
[ˈslafʲsʲə strɐˈna ˈmɨ ɡɐrˈdʲimsʲə tɐˈboj] 𝄇

[ɐt ˈjuʐnɨx mɐˈrʲej də pɐˈlʲarnəvə ˈkrajə]
[rɐsˈkʲinʊlʲɪsʲ ˈnaʂɨ lʲɪˈsa ˈi pɐˈlʲa]
[ɐdˈna ˈtɨ nɐ ˈsvʲetʲɪ ɐdˈna ˈtɨ ˈtakəjə]
[xrɐˈnʲiməjə ˈboɡəm rɐdˈnajə zʲɪmˈlʲa]

[prʲɪˈpʲef]

[ʂɨˈrokʲɪj prɐˈstor dlʲa mʲɪtɕˈtɨ ˈi dlʲa ˈʐɨzʲnʲɪ]
[ɡrʲɪˈduɕːɪjə ˈnam ɐtkrɨˈvajʊt ɡɐˈda]
[ˈnam ˈsʲilʊ dɐˈjɵt ˈnaʂə ˈvʲɛrnəsʲtʲ ɐˈtɕːizʲnʲɪ]
[ˈtaɡ ˈbɨlə ˈtak ˈjesʲtʲ ˈi ˈtaɡ ˈbudʲɪt fsʲɪɡˈda]

[prʲɪˈpʲef]

Terjemahan sunting

Russia, tanahair suci kami!
Russia, negara kami yang tercinta!
Tekad yang padu, kegemilangan teragung,
Adalah warisan kamu yang abadi!

Korus:
Jadi cemerlang, wahai tanah air merdeka!
Kesatuan kekal sesama persaudaraan rakyat,
Kebijaksanaan rakyat diberikan oleh leluhur kita,
Cemerlanglah, negara kami! Kami berbangga denganmu!

Dari lautan selatan ke kutub utara
Terbentang belantara dan padang kami
Engkaulah satu-satunya di dunia ini,
Inilah Tanahair yang dilindungi oleh Tuhan!

Korus

Kawasan yang luas untuk impian dan kenyataan
Terbuka untuk kami pada tahun-tahun yang mendatang
Kesetiaan kami terhadap ibu pertiwi kami memberi kekuatan
Ia telah,ia sedang dan ia akan selamanya berkekalan!

Korus

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan anthemlaw tidak disediakan
  2. ^ Указ Президента Российской Федерации от 30.12.2000 N 2110
  3. ^ https://web.archive.org/web/20120721054654/http://www.nationalanthems.me/russia-national-anthem-of-the-russian-federation/ NationalAnthems.me. Retrieved on 23 November 2011; Archived on 21 July 2012.
  4. ^ https://cis-legislation.com/document.fwx?rgn=1423 Federal Constitutional Law on the National Anthem of the Russian Federation; 2000-12-25; Retrieved 2015-01-27.
  5. ^ a b https://web.archive.org/web/20110604021354/http://document.kremlin.ru/doc.asp?ID=5280&PSC=1&PT=3&Page=2 Указ Президента Российской Федерации от 30.12.2000 N 2110. Kremlin.ru. Archived on 4 June 2011; Retrieved on 20 December 2009.
  6. ^ https://archive.is/20120907171727/http://www.montreal.mid.ru/inf_symb_e.html# Consulate-General of the Russian Federation in Montreal, Canada. Archived on 7 September 2012; Retrieved on 31 March 2010.

Pautan luar sunting