Laguna Music

(Dilencongkan dari Laguna Records)

Laguna Music (dahulu dikenali sebagai Laguna Records) ialah syarikat rakaman Malaysia yang diasaskan pada 2002 oleh adik-beradik Jeffrey dan Jeremy Little yang juga ahli kumpulan Prana.[1] Ia juga memiliki studio rakaman yang diberi nama Greenhouse Studio. Antara artis terkenal Laguna ialah Prana, Seven Collar T-Shirt, Estrella, Pure Vibracion, dan Guba Rawantas.[2] Selain menerbitkan album artis naungannya, Laguna turut aktif mengedarkan album penyanyi lain.

Laguna Music
Diasaskan2002; 18 tahun yang lalu (2002)
Pengasas
StatusAktif
GenrePelbagai
Negara asalMalaysia
LokasiAmpang, Selangor
Tapak web rasmiwww.lagunamusic.my

Syarikat rakaman ini juga pernah bekerjasama dengan rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven di mana album terbitan Laguna dijual di kedai 7-Eleven seluruh negara.[3] Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.[4]

SejarahSunting

Laguna Records diasaskan pada 2002 oleh Jeffrey Little dan adiknya, Jeremy selepas kumpulan Prana mengalami perselisihan dengan label mereka, New Southern Records (NSR).[2] Keluaran sulung Laguna, iaitu album kedua Prana, Greenhouse Effect dikeluarkan pada 2003 dengan lagu termasuk "Bird Song" dan "If Life Was So Sweet" dikeluarkan sebagai single.

Pada tahun yang sama, Laguna mengambil Seven Collar T-Shirt sebagai artis naungan mereka. Keluaran kedua label ini, Drones yang juga album kedua Seven Collar T-Shirt dikeluarkan pada penghujung 2004.[2] Laguna Records terus berkembang dengan keluaran ketiga label ini, album ketiga Prana, Disc 03 pada 2005.[5] Ia merupakan album pertama Prana tanpa vokalisnya, Eric Ruffin dan pemain bes, Pablo Torrejon.

Apabila Prana mengambil keputusan untuk berehat dari aktiviti muzik mereka, Jeffrey dan Jeremy Little mula mengembangkan operasi Laguna Records, dengan Jeffrey mengendalikan penerbitan studio melalui Greenhouse Studio dan Jeremy mengendalikan perjanjian pengedaran dan pengurusan. Menjelang Mac 2007, Laguna Records dinaik taraf menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad dan bertukar nama kepada Laguna Music.[1]

Artis terkenalSunting

DiskografiSunting

Album terbitanSunting

Keluaran lainSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b About us Laguna Music. Dicapai pada 17 Jun 2015.
  2. ^ a b c Ben Liew (21 September 2015). Laguna Music’s Long & Uneasy Life of Producing Local Music Juice Online. Dicapai pada 21 September 2015.
  3. ^ 7-Eleven to sell music in stores Laguna Music. Dicapai pada 4 Julai 2014.
  4. ^ RIM: Members Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Diperoleh pada 17 Jun 2012.
  5. ^ Reggae vibrations The Star Online (6 Februari 2006). Diperoleh pada 17 Jun 2011.

Pautan luarSunting