Lai Hing Keong (lahir 1956, usia k.k. 67 tahun) ialah tabib perubatan tradisional Cina (TCM) yang mengkhususkan penjajaran tulang belakang, suatu bidang yang agak jarang diamalkan dalam bidang perubatan tradisional Cina tetapi lebih dipraktikkan oleh pakar kiropraktik. Ditauliahkan oleh Universiti Perubatan Cina Tradisional Guangxi, beliau juga anggota:[1]

Tabib Lai Hing Keong

Dilahirkan di Kampar, Perak, Tabib Lai sebenarnya memulakan kerjayanya dalam bidang perbaikan elektronik, sebelum ditakdirkan menyertai bidang Perubatan Tradisional Cina. Meskipun demikian, beliau rasa bahawa beliau memerlukan pengiktarafan dan kemudian berlatih di bawah sembilan guru yang berbeza. Melalui wahyu dan pengalaman amali, Tabib Lai mengembangkan suatu kaedah rawatan perubatan yang unik yang tidak seperti yang diamalkan oleh tabib yang lain.[1]

Tabib Lai membuka kliniknya yang pertama di Miri, Sarawak pada 2007. Kaedahnya terbukti amat berkesan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit dan justeru, sejak pembukaan kliniknya yang pertama, beliau telah merawat melebihi 8,500 orang pesakit yang mendapat tahu tentang perkhidmatannya dari mulut ke mulut melalui bekas pesakitnya.[1] Banyak bekas pesakitnya mengesyorkan perkhidmatannya kepada anggota keluarga dan rakan mereka. Disebabkan permintaan yang berulang-ulang untuk membuka sebuah cawangan di Semenanjung Malaysia, Tabib Lai membuka kliniknya yang kedua di Johor Bahru pada September 2010. Bagi melayani pesakit Melayu yang mengamalkan budaya yang berbeza daripada orang bukan Islam, Tabib Lai juga menjalani kursus perubatan tradisional Melayu dan kini merupakan salah satu anggota Pertubuhan Pengusaha Perubatan Tradisional Negeri Pahang Darul Makmur.

Seorang penganut agama Buddha yang beriman, Tabib Lai berpendapat bahawa perkhidmatan kesihatan perlu ditawarkan dengan kos yang serendah mungkin. Justeru, beliau cuba menyembuhi pesakitnya melalui satu rawatan yang tunggal. Meskipun demikian, pesakit yang menghidapi penyakit lama atau penyakit yang boleh membawa maut sudah tentu memerlukan lebih daripada satu rawatan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Laman rasmi Hua Sun". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-20. Dicapai pada 2010-11-16.