Laika Karelia-Finland

baka anjing dari Rusia

Laika Karelia-Finland[a] ialah satu baka anjing jenis spits dari kawasan Karelia di Rusia.

Laika Karelia-Finland
Negara asalFinland
Rusia
Trait
Berat 14–16 kilogram (31–35 lb)
Tinggi 38–50 sentimeter (15–20 in)
Bulu Merah padu, kadang-kadang perang kekuning-kuningan atau hitam dengan sedikit tanda putih
Warna Lapis bulu ganda tebal
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Sebelum awal abad ke-20, spits Finland dan laika Karelia-Finland dianggap sebagai satu baka dan lazim di serata rantau Karelia di Finland timur dan di Rusia barat laut.[1] Peristiwa Revolusi Rusia, Perang Saudara Rusia, dan Perang Musim Sejuk menyaksikan bahagian besar Karelia yang diserahkan Rusia Soviet dan banyak kepahitan hubungan di kedua-dua belah sempadan. Penyokong baka ini di Rusia mengubah baka ini sedikit dengan cara pembiakbakaan terpilih dan menamai anjing ini semula di sebelah Rusia kepada laika Karelia-Finland.[1][2] Pada tahun 1950-an, para pembiak baka Rusia mengimport 2 ekor spits Finland jantan dan 1 ekor spits Finland betina dan menyilangkan anjing-anjing ini dengan spits berlapis bulu merah yang ditemukan di Karelia selatan - laika Olonets dan laika Karelia. Anjing-anjing ini mempunyai pengakuran yang sangat serupa dengan spits Finland dan terbukti bagus dalam perburuan. Kemudian, pembiak baka lain di Rusia mengimport spits Finland untuk penyilangan lanjut. Keturunan tergolong dalam dua kelas - pemburu dibiakbakakan semula untuk perburuan, dan bukan pemburu dibela untuk anjing pertunjukan.[3] Sementara ia merupakan baka anjing pemburu popular di tanah airnya, ia hampir tidak terkenal di dunia liar dan tidak diiktiraf sebagai baka tersendiri oleh mana-mana kelab kenel.[1]

Perihal sunting

Sejak penamaan semula laika Karelia-Finland, terdapat sangat sedikit pencapahan daripada spits Finland. Sementara spits Finland hanya berwarna merah padu, laika Karelia-Finland dapat juga berwarna perang kekuning-kuningan atau hitam dan dapat mempunyai tanda-tanda putih pada kepala, dada, tungkai, dan ekor.[1] Baka ini mempunyai kepala sangat mirip rubah, lapis bulu pelindung berat, dan ekor melingkar distingtif spits. Ia diperihalkan sebagai anjing yang riang, bertenaga, dan sentiasa bersemangat untuk menyenangkan manusia pengendalinya.[1]

Baka ini digunakan oleh para pemburu tempatan untuk memburu pelbagai buruan termasuk grouse, pheasant, itik, tupai, kelinci, rubah, marten, dan beruang; ia dikatakan sebagai pemburu amat bersemangat yang mampu bekerja di dalam salji tebal.[1]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: لايکا کاريليا-فينلند; Rusia: каре́ло-фи́нская ла́йка, rumi: karélo-fínskaja lájka; bahasa Inggeris: Karelo-Finnish laika

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 324. ISBN 1-57076-219-8.
  2. ^ Alderton, David (2008). The encyclopedia of dogs (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon Books Ltd. m/s. 339. ISBN 978-1-4454-0853-8.
  3. ^ Beregovoy, Vladimir (2019). "Ch2-The Karelo-Finnish Laika". Hunting Laika Breeds of Russia (dalam bahasa Inggeris). Rosedog Books. m/s. 9–18. ISBN 978-1591460374.