Laika Yakutia

baka anjing dari Rusia

Laika Yakutia atau laika Yakut[a] ialah satu baka anjing pekerja purba yang berasal dari pesisir laut Artik Republik Sakha (Yakutia). Laika Yakutia ialah laika serba guna dengan banyak susur galur yang mampu menggembala rusa kutub, memburu buruan, dan/atau menarik kereta luncur salji.[1] Ia berdaftar dengan Kelab Kenel Rusia,[2] FCI,[3] dan Khidmat Ternakan Asasi AKC pada tahun 2017.[4][5]

Laika Yakutia
Nama lainLaika Yakut
Laika Kolyma-Indigirka
Anjing tarikan Yakutia
Husky Kolyma
Negara asalRusia
Trait
Tinggi Jantan 55–59 sentimeter (22–23 in)
Betina 53–57 sentimeter (21–22 in)
Bulu Lapis bulu ganda dengan lapis bulu bawah kapas tebal dan lapis bulu atas lebih panjang lebih kasar
Warna Putih dan mana-mana tompok sebagai dwiwarna atau triwarna
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Laika Yakutia ialah baka dengan asal usul purba yang dikembangkan oleh orang Yakut asli untuk memburu mamalia dan burung, menggembala ternakan, dan menghela buruan kembali ke kem.[6] Anjing-anjing ini merupakan pembantu dan pendamping yang sangat diperlukan. Dalam bahasa Sakha, baka ini dikenali sebagai "Sakha yta" yang memaksudkan "anjing Sakha" atau "anjing Yakut". Bukti bagi baka ini dapat ditemukan pada tinggalan-tinggalan arkeologi yang bertarikh kemabil ke 12,500 tahun lalu.[6] Sisa-sisa kereta luncur salji anjing dan abah-abah telah ditemukan dengan jasad-jasad anjing di Republik Sakha yang melalui ujian radiokarbon bertarikh kembali ke 7800–8000 tahun lalu.[7]

Sebutan bertulis terawal yang diketahui tentang laika Yakutia ialah Babad Kungur dan Babad Remezov, masing-masing terhasil pada pengujung abad ke-16 dan tahun 1703. Dalam rekod bersejarah ini, orang digambarkan tinggal di sepanjang sungai-sungai di Siberia, yang pengangkutan utamanya sama ada ialah rusa kutub atau anjing. Dalam dokumen-dokumen ini, Sungai Olenyok, Sungai Yana, Sungai Indigirka, dan Sungai Kolyma dipanggil "sungai-sungai anjing", kerana sungai-sungai ini kaya dengan ikan untuk dimakan oleh anjing. Di sungai-sungai tanpa ikan atau yang tidak cukup untuk menyediakan makan kepada anjing, rusa kutub digunakan untuk pengangkutan dan sungai-sungai sedemikian dipanggil "sungai rusa kutub".

 
Laika Yakutia sebagai anjing tarikan

Dengan peningkatan permintaan untuk rubah kutub putih pada abad ke-17, penerokaan Artik menerima lonjakannya. Perdagangan bulu dan gading mamot menjadi pendapatan utama bangsa-bangsa tempatan. Oleh sebab kesukaran untuk mencapai Yakutia dan keadaan semula jadi ekstrem, laik Yakutian terus hidup sebagai baka peribumi primitif; ia jarang dikurung dan bebas mengawan. Sememangnya, anjing jenis tempatan dapat dipulihara hanya dalam keadaan pengasingan penuh daripada anjing baka-baka lain.

Sebutan saintifik pertama tentang anjing di Yakutia diterbitkan pada lewat abad ke-18, apabila kajian-kajian geografi tentang utara dijalankan oleh Putera Shirinsky-Shikhmatov. Beliau menulis dalam monograf beliau tentang laika: "Para penyelidik tentang utara, sepastinya, tidak dapat mengabaikan anjing utara; mereka tidak dapat bersetuju dengan fakta kukuh bahawa kehadiran anjing ini memungkinkan kehidupan orang-orang utara." Pada tahun 1896, Vlatslav Seroshevsky menerbitkan buku "Orang Yakut". Seroshevsky membahagikannya kepada dua kelompok, 1) anjing penjaga dan anjing pemburu dan 2) anjing tarikan maritim. Beliau menulis: "orang Yakut paling miskin yang tidak mempunyai haiwan lain pun mempunyai sekurang-kurangnya seekor anjing".[8]

Ahli etnografi Rusia Vladimir Jochelson dalam penerbitan beliau pada tahun 1898 "Industri Perburuan di Wilayah Kolyma di Provinsi Yakutia" menggambarkan laika yang digunakan untuk penarikan kereta luncur salji dan sebagai anjing pemburu, dengan mengatakan, "Terdapat dua baka anjing, salah satu yang dipanggil laika Tungus, iaitu anjing bertelinga tajam milik para gembala rusa kutub nomad dan anjing tarikan kutub. Anjing tarikan ialah haiwan tarikan bukan sahaja untuk nomad yang tinggal di desa tidak berhutan, namun juga untuk orang berpetempatan dekat dengan sungai uang menjadi tempat untuk orang Rusia dan minoriti yang dirusiakan dan anjing bagi majoriti Yakut penternak lembu. Kecuali bahagian barat daya wilayah itu, seseorang dapat menemukan 5–6 ekor anjing di dalam setiap yurta, yang digunakan untuk penghelaan kayu api dan kerja-kerja lain yang diperlukan oleh isi rumah. Anjing kutub tidaklah besar, iaitu setinggi 50–60 cm (20–24 in) pada paras bahu. Dari segi penampilan, dengan telinga tajam, mata serong, lapis bulu tebal, dan kepala besar lebar, muncung menirus, ekor terangkat rendah-rendah (apabila anjing itu penat, makan, atau anginnya tidak baik), anjing itu sangat serupa dengan serigala. Dalam kalangan anjing ini, terdapat anjing berjumbai, dan muncung agak tumpul yang tidak berbeza dengan spits-spits kami… Pada umumnya, jenis anjing tarikan Kolyma adalah pelbagai dan, mungkin, merupakan campuran antara anjing tarikan Kamchatka dengan anjing tarikan Eskimo dengan lagi satu baka import lain."

 
Laika Yakutia sebagai anjing tarikan

Dari tahun 1940-an hingga tahun 1990-an, bilangan laika Yakutia semakin menurun. Populasi baka mencapai paras terendah sepanjang masa iaitu 3000 ekor anjing pada tahun 1998 sebelum usaha pemulihan bermula. Sebab-sebab penurunan angkanya termasuk:

  • pengenalan penjenteraan di Artik
  • kemampuan berkurang untuk membela anjing, terutamanya dengan pengurangan ikan hasil tangkapan dan pengkolektifan pertanian dan penggembalaan rusa
  • penurunan pemburuan bulu
  • pengenalan penyakit.[9][1][10]

Ciri sunting

 
Laika Yakutia, Tugrik
 
Arcturus North Star - Laika Yakutia, Pemenang Juara Rusia, Eurasia, RKD, Kelab Kebangsaan

Ini merupakan anjing serba guna dengan deria ba, pendengaran, dan penglihatan cemerlang, dorongan pemburu kuat, dan daya ketahanan; ia agresif terhadap pemangsa dan lemah lembut terhadap manusia jika tersosialiasi dengan betul dari usia muda. Walaupun kebanyakan baka laika peribumi terutamanya merupakan anjing pemburu, laika Yakutia kebanyakannya merupakan anjing tarikan yang juga mengekalkan kebolehan perburuan dan penggembalaan asasi.[1] Walau bagaimanapun, oleh sebab keluasan Yakutia, laika Yakutia dapat dikhususkan untuk memenuhi keperluan kawasan berlainan, dan terdapat anggar-anggar 200 ekor anjing yang secara eksklusif merupakan anjing pemburu.[10] Laika Yakutia toleran berkenaan dengan keadaan kehidupan dan mudah mengharungi iklim mencabar di Siberia utara, walaupun dibiarkan untuk mempertahankan diri sendirian. Dalam keadaan ekstrem Siberia, ia menyerlahkan staminanya; ia cenderung untuk bekerja dalam kelompok kecil dan mampu bekerja seharian, dari subuh hingga matahari terbenam.[11] Baka ini bertahan hidup dengan senaman kerap dan latihan yang mencukupi. Ia bermain dengan baik sesama anjing lain yang dikenali, namun berwaspada terhadap anjing dan orang asing. Biasanya, ia cepat memanaskan badan, tetapi pemantauan adalah disyorkan dalam situasi baharu. Laika Yakutia tidak sesuai untuk orang yang tidak dapat meluangkan masa dengan anjing mereka. Oleh sebab baka ini mempunyai dorongan pemangsa tinggi, ia tidak sesuai untuk rumah dengan kucing atau haiwan lecih kecil lain.

Pengklonan sunting

Dua ekor laika Yakut diklon pada tahun 2017 dalam usaha untuk memulihara laika Yakut pemburu yang terancam kritikal.[12] Pada tahun 2020, salah seekor anjing yang diklon itu berjaya melahirkan 7 ekor anak anjing.[13]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: لايکا ياکوتيا; لايکا ياکوت; Rusia: яку́тская ла́йка, rumi: jakútskaja lájka; bahasa Inggeris: Yakutian laika; Yakut laika

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Kuzina, Marina (7 Oktober 2008). "LAIKAS". Persatuan Anjing Primitif dan Asli Rusia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2008. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  2. ^ "Российская кинологическая федерация - РКФ" (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 6 Januari 2024.
  3. ^ Yakutian Laika (Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa.
  4. ^ "Yakutian Laika Dog Breed Information" (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ DiNardo, Gina M. (1 September 2017). "Secretary's Pages". AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris). 134 (9). Raleigh: American Kennel Club. m/s. 67–87. ProQuest 1943043537. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  6. ^ a b "Invalid PDF" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Oktober 2020. Dicapai pada 7 Januari 2024.[pautan mati kekal]
  7. ^ Pitul'ko, Vladimir V.; Kasparaov, Aleksey K. (1996). "Ancient Arctic Hunters: Material Culture and Survival Strategy". Arctic Anthropology (dalam bahasa Inggeris). 33 (1): 1–36. JSTOR 40316394. Dicapai pada 7 Januari 2024 – melalui JSTOR.
  8. ^ Seroshevsky, Vatslav (1896). Якуты: опыт этнографического исследования [Orang Yakut: Pengalaman Penyelidikan Etnografi] (dalam bahasa Rusia). Sankt-Peterburg: Suntingan Persatuan Geografi Imperial Rusia.
  9. ^ "ЯКУТСКАЯ ЛАЙКА" (PDF) (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 7 Januari 2024.
  10. ^ a b "Russia: Yakutian Laika's clone - Reviving Siberian Ancient Traditions and Breeds". Asia News Monitor (dalam bahasa Inggeris). 15 Februari 2018. ProQuest 2001940879. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  11. ^ "FCI-Standard N° 365 YAKUTSKAYA LAIKA (Yakutian Laika)" [Piawaian FCI No. 365 Laika Yakutia] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Persekutuan Kinologi Rusia. Disemak oleh Raymond Triquet pada Mei 2019. 26 September 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  12. ^ Bender, Kelli (2017-06-27). "You Look Familiar! Cloned Puppy Meets Her 'Mom' For the First Time". People (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Januari 2024.
  13. ^ Bizwire, Korea (8 Januari 2020). "Cloned Dog Born in S. Korea Gives Birth to Seven Puppies". The Korea Bizwire (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Januari 2024.