Buka menu utama

Laila Isabella ialah sebuah filem romantik komedi arahan pengarah prolifik terkenal, Rashid Sibir yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 27 March 2003. Filem yang dibintangi aktor berkaliber,Rosyam Nor, Nasha Aziz, Hans Isaac dan Saiful Apek ini menceritakan tentang perhubungan cinta antara gadis tomboy dan majikanya serta kehendak kakaknya untuk berubah menjadi wanita yang lemah lembut.

Laila Isabella
LailaIsabella(poster).jpg
PengarahRashid Sibir
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Dibintangi olehRosyam Nor
Nasha Aziz
Hans Isaac
Saiful Apek
Syanie
Erma Fatima
PengedarGolden Screen Cinemas
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

PlotSunting

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa, lasak dan kasar ala tomboy bernama Laila yang gemar bermain pool dan menaiki skuter. Laila berkawan rapat dengan Azam dan Azam menaruh hati kepada Laila tanpa pengetahuannya. Laila bertugas sebagai pembantu Azam di kedai menjual VCD. Laila jugalah yang menghantar VCD yang dipesan oleh pelanggan. Kedai itu dimiliki oleh Azam, seorang graduan universiti yang tidak bergantung kepada kemewahan keluarganya. Mereka rapat tetapi kerapkali bergaduh.

PelakonSunting

Penampilan IstimewaSunting

PencapaianSunting

Pautan luarSunting