Leila Majnun (filem)

(Dilencongkan dari Laila Majnun (filem 1933))

Filem Leila Majnun (1934) ialah filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India pada tahun 1934. Ia diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Watak utama Majnun dibawa oleh seorang pelakon bangsawan, M. Suki.

Leila Majnun
PengarahB.S. Rajhans
PenulisLakon layar:
Dihasilkan olehK.R.S. Chisty
DibintangiM. Suki
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehMotilal Chemical (Bombay)
Tarikh tayangan
27 Mac 1934[1]
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaBahasa Melayu

Filem Leila Majnun ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1962 dengan menampilkan pelakon Nordin Ahmad, Latifah Omar dan beberapa pelakon lain.

Plot sunting

Filem Leila Majnun diterbitkan oleh K.R.S. Chisty, seorang ahli perniagaan India di Singapura pada tahun 1934. Karya ini diadaptasi daripada cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.

Pelakon sunting

Antara pelakon yang berlakon dalam filem Melayu pertama ini ialah:

  1. Pak Suki
  2. Cik Tijah
  3. Yem
  4. Sharif Medan
  5. Fatimah Jasmin
  6. Syed Ali Mansoor Al Attas
  7. Khairuddin

Sejarah pemfileman sunting

Pembangunan sunting

Pelakon-pelakon ini boleh dikatakan semuanya terdiri daripada pelakon-pelakon bangsawan. Filem ini juga diadaptasi daripada cerita bangsawan oleh kerana sebelum itu, cerita-cerita bangsawan adalah antara bentuk hiburan terawal di Tanah Melayu. Tidak ada salinan filem ini yang diketahui masih ada.

Tayangan dan reaksi sunting

Prestasi sunting

Filem Leila Majnun ini ditayangkan kali pertama di panggung Alhambra, Singapura dan mendapat sambutan yang baik hingga panggung penuh sesak setiap kali pertunjukan. Apabila sesebuah filem ditayangkan selama seminggu di sebuah panggung, filem itu dapatlah dianggap mendapat sambutan yang baik sekali pada masa itu. Selepas filem itu ditayangkan selama seminggu di Singapura, ia dibawa ke Pulau Pinang dan ditayangkan di sana selama 2 minggu pula.

Penggambaran sunting

Penggambaran filem ¨Leila Majnun¨ dilakukan di Singapura dan telah memakan belanja kira-kira 5000. Seorang bangsawan Seri Panggung yang terkenal di Singapura pada masa itu, Che Fatimah Bt. Jasmin telah terpilih sebagai wirawati atau Seri Panggung. Che Fatimah yang juga merupakan penyanyi piring hitam yang terkenal juga menyanyi dalam filem itu. Wira atau orang muda dalam filem itu ialah M. Suki B. Nurudin, orang muda bangsawan yang terkenal dan menjadi pujaan ramai.

Stail sunting

Leila Majnun ialah sebuah cerita daripada kumpulan Hikayat Arab yang mengandungi kisah percintaan asyik masyuk dari 1000 tahun dulu. Oleh sebab cerita ini sangat disukai ramai semasa dipersembahkan di pentas-pentas bangsawan, maka ia difilemkan pula. Bagi menjaga keaslian cerita ini, persembahan filem itu juga dikatakan disulami dengan lagu-lagu dan tarian Arab dan Mesir yang indah-indah. Dialog dan nyanyian dalam filem itu dikatakan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Dalam filem, para pelakon dikehendaki mengingati skrip dan cuba menyebutnya dengan betul. Keadaan ini juga menimbulkan masalah kepada para pelakon. Pelakon-pelakon bangsawan yang berpengalaman berlakon di pentas secara spontan mengalami kesukaran untuk mengingati skrip dan mengikut arahan pengarah.


Rujukan sunting

  1. ^ "Leila Majnun-One of S'pore's Earliest Malay Feature Films". National Library Board of Singapore.