Datuk Patinggi Puan Sri Hajjah Laila Taib (lahir sebagai Lejla Chaleck; 1 Mac 1941 – 29 April 2009) ialah isteri pertama kepada Ketua Menteri Sarawak ke-4 dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Beliau meninggal dunia pada tahun 2009 akibat barah jantung.[1]

Laila Taib
Isteri Ketua Menteri Sarawak
Dalam jawatan
26 Mac 1981 – 29 April 2009
PemimpinAbdul Taib Mahmud
Didahului olehToh Puan Normah Abdullah
Digantikan olehToh Puan Raghad Kurdi Taib (2010)
Butiran peribadi
LahirLejla Chaleck
1 Mac 1941
Poland
Meninggal dunia29 April 2009(2009-04-29) (umur 68)
Demak Jaya, Kuching, Sarawak
Sebab kematianBarah jantung
PasanganAbdul Taib Mahmud
Anak-anakSulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Mahmud Abu Bekir Abdul Taib
Hanifah Hajar Taib
Alma materUniversiti Adelaide

Pendidikan dan keluarga sunting

Laila belajar di Sekolah Tinggi Perempuan Adelaide, Australia pada 1953.

Kemudian, beliau melanjutkan pengajian dalam perubatan di Universiti Adelaide pada tahun 1959.

Laila mendirikan rumah tangga dengan Abdul Taib Mahmud pada 13 Januari 1959 di Adelaide, Australia. Ketika itu, Abdul Taib mengikuti pengajian undang-undang di sana.

Mereka dikurniakan empat anak termasuk dua orang daripadanya terlibat dalam bidang politik, iaitu Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib dan Hanifah Hajar Taib. Laila tiba di Sarawak pada tahun 1961.

Sumbangan sunting

Laila merupakan pengasas dan Presiden Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Sarawak (Sabati) sejak 1982 dan penaung Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (Peryatim) sejak 1994. Beliau turut terlibat dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) sebagai naib presiden dan ketua wanita kebangsaan. Beliau turut mengusahakan penubuhan Tabung Amal Kanser Laila Taib bagi membantu pesakit barah.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Sarawak
    • Darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.) - Datuk Amar (1988)
    • Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi (2009) - Anumerta

Meninggal dunia sunting

Laila Taib meninggal dunia pada 29 April 2009 jam 3.40 petang di rumah mereka di Demak Jaya, Kuching akibat barah pada usia 68 tahun. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching, Sarawak.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Isteri KM S'wak meninggal dunia". Malaysiakini. April 29, 2009. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  2. ^ "Isteri Ketua Menteri Sarawak, Laila Taib Meninggal". BERNAMA. 29 April 2009. Dicapai pada 2 Mei 2009.