Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia

(Dilencongkan dari Lakon Layar Terbaik (FFM))

Lakon Layar Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang berprestij yang sering menjadi idaman setiap penulis lakon layar yang bertanding dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Anugerah disediakan bagi menghargai penulis lakon layar filem dalam industri perfileman Malaysia. Kategori ini dikhaskan kepada penulis lakon layar yang telah tercalon untuk lakon layar terbaik yang telah dipilih oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Pada malam anugerah tersebut, anugerah ini diumumkan pada akhir acara. Anugerah ini dikira penting bagi menentukan mutu filem yang bertanding dari segi penulisan serta penterjemahan kedalam sesebuah filem tersebut.

Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia
Anugerah untuk penterjemahan lakonan serta dialog dalam sesebuah filem
Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Negara Malaysia
Diperkenalkan pada 1981 (Untuk persembahan filem pada 1980/1981)
Pemenang pertama Aimi Jarr & Yassin Salleh - Dia Ibuku (1981)
Kini dipegang oleh Syamsul Yusof - KL Gangster (2011)
Laman Web Rasmi

Sejarah sunting

Pada FFM 1 tiada anugerah Lakon Layar Terbaik. Tetapi pada festival berikutnya, diadakan anugerah ini (seperti anugerah Filem Terbaik). Gandingan wartawan berkaliber era kegemilangan filem Melayu, Aimi Jarr, dan Yassin Salleh menjadi pemenang pertama kategori ini.

Rekod sunting

  • Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan U-Wei Hj Saari memegang rekod paling banyak memenangi kategori dengan 2 kemenangan.
  • Dato Hj Jamil Sulong dan Datin Hjh Rosnani Jamil menjadi pasangan suami isteri pertama memenangi kategori ini, tetapi pada majlis yang berbeza.
  • Mamat Khalid dan Afdlin Shauki memegang rekod paling banyak tercalon dalam kategori ini iaitu 4 pencalonan, dan memenangi satu daripadanya.

Pemenang dan calon sunting

1980-an sunting

1990-an sunting

Tahun Penulis Lakon Layar Filem
1993-94
FFM 11
U-Wei Hj Saari Perempuan, Isteri dan...
Aziz M. Osman Femina
Dr. Mahadi J. Murad Wanita Bertudung Hitam
Dato Rahim Razali Abang 92
Zain Mahmood Fantasi

2000-an sunting

Tahun Penulis Lakon Layar Filem
2000-2001
FFM 15
Aziz M. Osman Seri Dewi Malam
Aziz M. Osman Leftenan Adnan
Along Kamaludin Sara
Tahun Penulis Lakon Layar Filem
2004-2005
FFM 18
Saw Teong Hin & Mamat Khalid Puteri Gunung Ledang
Prof Madya A. Razak Mohaideen Hingga Hujung Nyawa
Yusof Kelana Pontianak Menjerit
Bade Hj. Azmi Gangster
Yasmin Ahmad Sepet
2005-2006
FFM 19
Yasmin Ahmad Gubra
Datuk Paduka Shuhaimi Baba Pontianak Harum Sundal Malam 2
Mamat Khalid Man Laksa
Rafidah Abdullah Gol & Gincu
Afdlin Shauki Buli Balik
2006-2007
FFM 20
Mira Mustaffa & Ara Cinta
Afdlin Shauki Sumo-lah
Ahmad Idham Tentang Bulan
Zarina Abdullah Chermin
Datuk Shuhaimi Baba & Halina Samad Waris Jari Hantu
2007-2008
FFM 21
Hans Isaac Cuci
Prof. Hatta Azad Khan Wayang
Mamat Khalid Kala Malam Bulan Mengambang
Osman Ali Anak Halal
Mira Mustaffa & Ara Sepi
2008-2009
FFM 22
Allahyarhamah Yasmin Ahmad Talentime
Afdlin Shauki Papadom
Ahmad Idham Syurga Cinta
Bade Hj. Azmi Maut
Syamsul Yusof Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

2010-an sunting

Tahun Penulis Lakon Layar Filem
2009-2010
FFM 23
Jumaatun Azmi Haq
Ahmad Idham Niyang Rapik
Azahari Zain Santau
Jason Chong Belukar
Mamat Khalid Estet
2010-2011
FFM 24
Syamsul Yusof KL Gangster
Yusry Abdul Halim Hikayat Merong Mahawangsa
Farid Kamil Kongsi
Mira Mustaffa Nur Kasih The Movie
Syamsul Yusof Khurafat