Laksa Kedah

makanan berlauk berasal dari Kedah, Malaysia

Laksa Kedah merupakan sejenis makanan berkuah yang terkenal di Kedah. Ia juga dikenali sebagai Laksa Utara atau Laksa Teluk Kechai.[1] Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini ialah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur.

Resipi Laksa Utara yang asli, sangat terkenal di negeri Kedah dan Perlis, dengan perahan limau nipas dan cili padi yang pasti memecah selera. Hanya ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Kuahnya juga perlu tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas Laksa ini.[2]

Selain dari laksa, Kedah juga terkenal dengan makanan Nasi Arab dan masakan western[3]. Restoran-restoran ini biasanya akan mendapat jumlah pelanggan yang tinggi ketika musim cuti sekolah atau perayaan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Laksa Kedah
  2. ^ "Laksa Kedah". The Star. 16 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2021. Dicapai pada 24 Januari 2021.
  3. ^ admin11 (2024-01-11). "13 Tempat Makan Best Western Di Sungai Petani Kedah". KHALIFAH MEDIA NETWORKS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-13.

Pautan luar

sunting