Laksa Sarawak
Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak,Malaysia. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.[1] Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan kemerahan yang turut dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, dan serai. Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang, dan daun ketumbar. Limau nipis juga ditambah mengikut selera individu.
Laksa Sarawak. | |
Jenis sajian | Hidangan Utama, Sarapan Pagi |
---|---|
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan | Sarawak, Borneo |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Mi, Santan, Udang, Cebisan Ayam, Hirisan Telur, Asam Jawa, Bawang putih, Lengkuas, Serai, Sambal Belacan |
![]() ![]() |
Bahan-bahan seperti tauge, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional.[2]
Laksa Sarawak juga turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam. Hasilnya mungkin menyebabkan sesetengah untuk mempercayai bahawa terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei, yang sebenarnya serupa dengan laksa Sarawak.
VariasiSunting
Antara variasi laksa Sarawak ialah:
- Laksa Sarawak Biasa: Disajikan bersama udang bersaiz kecil
- Laksa Sarawak Special: Disajikan bersama udang bersaiz besar
- Laksa Ambal: Disajikan bersama ambal bagi menggantikan udang[3]
- Laksa Sarawak Segera: Laksa Sarawak versi segera seperti MAGGI® Royale™ Sarawak Sambal Laksa, Lee Fah Sarawak White Laksa, Masto Sarawak Laksa, Boneo Spice Instant Sarawak Laksa
RujukanSunting
- ^ "3 hungry tummies: The Secret Of Sarawak Laksa Paste Revealed - My 500th Post". 3hungrytummies.blogspot.my. Dicapai 2016-03-31.
- ^ "Best Sarawak Laksa in Kuching". The Malaysian Insider. 29 April 2015.
- ^ "Pencetus Ambal Laksa". Zan's Sarawak Laksa.