Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya
Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) atau lebih dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya dan MRT Laluan 2, akan menjadi laluan kereta api transit aliran ke-12 serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu keempat di kawasan Lembah Klang, selepas laluan-laluan Kelana Jaya, Sungai Buloh–Kajang dan Bandar Utama–Klang, ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan ini ditunjukkan dengan warna emas berserta petunjuk bernombor .
Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajayaلالوان سوڠاي بولوه–سردڠ–ڤوتراجاي | |
---|---|
![]() ![]() | |
Umum | |
Nama asal | MRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya |
Jenis | Transit aliran |
Sistem | KVMRT Laluan 2 |
Status | Dalam pembinaan |
Lokasi | Lembah Klang |
Terminal | Kwasa Damansara Kampung Batu (fasa 1) Putrajaya Sentral (fasa 2) |
Stesen | 37[1] |
Nombor laluan | ![]() |
Laman sesawang | mymrt |
Operasi | |
Dirancang dibuka | Fasa 1: Julai 2021Kwasa Damansara – Kampung Batu Fasa 2: Julai 2022 Kampung Batu – Putrajaya Sentral |
Pemilik | MRT Corp |
Sistem pengaliran | Automatik dan tanpa pemandu |
Depot | Depot Sungai Buloh dan Depot Serdang |
Stok kereta api | 49 set kereta api empat gerabak Hyundai Rotem[2] |
Teknikal | |
Panjang aliran | 52.2 km (32.4 bt) Bertingkat: 38.75 km (24.08 bt) Bawah tanah: 13.5 km (8.4 bt) |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai |
Pengelektrikan | Rel ketiga, 750 VDC |
Laluan ini merupakan salah satu daripada dua laluan kereta api yang dirancang di bawah projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikat MRT Corp. Fasa pertama projek, di antara Kwasa Damansara sehingga Kampung Batu dijangka akan memulakan perkhidmatannya pada Julai 2021. Fasa yang selebihnya dijangka akan beroperasi pada tahun 2022.
Jajaran laluan rel adalah sepanjang 52.2 kilometer (32.4 bt), di mana 13.5 kilometer (8.4 bt) terletak di bawah tanah.[3] Sejumlah 37 buah stesen, 11 daripadanya adalah di bawah tanah akan dibina.[4] Laluan ini merentang dari Kwasa Damansara di daerah Petaling hingga Putrajaya dan akan melalui kawasan penduduk yang padat seperti Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.[5]
RujukanSunting
- ^ "Kuala Lumpur MRT, Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Global Mass Transit. Dicapai pada 12 Mac 2019.[arkib]
- ^ "KETIBAAN GERABAK PERTAMA TREN BAGI MRT LALUAN SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA". MRT Corp. Dicapai pada 12 Mac 2019.[arkib]
- ^ Hazril Hafiz (22 Jun 2018). "MRT jajaran Sg. Buloh-Serdang-Putrajaya diteruskan, dengan syarat kos pembinaan perlu dikurangkan". paultan.org. Dicapai pada 12 Mac 2019.[arkib]
- ^ Nurhayati Abllah; Suhael Adnan (11 Julai 2018). "MRT SSP kini 30 peratus siap". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mac 2019.
- ^ "Fokus siapkan laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pula - PM". Bernama. 3 Ogos 2017 – melalui Berita Harian.[arkib]