Laluan MRT Thomson-Pantai Timur

Laluan Thomson-Pantai Timur (bahasa Inggeris: Thomson-East Coast Line, TEL) merupakan sebuah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) berkapasiti sederhana di Singapura. Laluan tersebut diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat pada 15 Ogos 2014 akibat penggabungan dua laluan yang sebelum di dalam perancangan, iaitu laluan Thomson (bahasa Inggeris: Thomson line, TSL) dan laluan Kawasan Timur (bahasa Inggeris: Eastern Region line, ERL).[2] Apabila laluan ini beroperasi sepenuhnya pada 2024, ia dijangka akan dimanfaatkan oleh seramai 500,000 penumpang setiap hari pada mulanya dan dijangka akan naik seganda kepada 1 juta penumpang dalam jangka masa panjang. Laluan ini merupakan laluan keenam di dalam sistem MRT Singapura, dan laluan keempat yang dikendalikan oleh SMRT (selepas laluan Utara Selatan, laluan Timur Barat dan laluan Bulatan).


Laluan MRT Thomson-Pantai Timur
لالوان تومسون-ڤنتاي تيمور
Laluan Thomson-Pantai Timur yang ditandakan dengan warna coklat pada peta.
Umum
Nama lainThomson-East Coast line (bahasa Inggeris)
汤申-东海岸地铁线/汤东地铁线 (Cina)
தாம்சன் - ஈஸ்ட் கோஸ்ட் எம்ஆர்டி வழி (Tamil)
JenisTransit aliran deras
SistemSistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
StatusBeroperasi (Tahap 1)
Dalam ujian (Tahap 2)
Dalam pembinaan (Tahap 3-5)
Dalam perancangan (lanjutan ke Changi Airport)
TerminalWoodlands North
Woodlands South (hingga akhir 2020)
Caldecott (2020, hingga 2021)
Gardens by the Bay (2021, hingga 2023)
Bayshore (2023, hingga 2024)
Sungei Bedok (2024, hingga 2040)
Tanah Merah (2040)
Stesen32 (3 beroperasi, 6 dalam ujian, 23 dalam pembinaan)
Perkhidmatan1
Penumpang harian500,000 (jangkaan)
Operasi
Dirancang dibuka2020 (Tahap 2)
2021 (Tahap 3)
2023 (Tahap 4)
2024 (Tahap 5)
2027 (Founders' Memorial)
2040 (lanjutan ke Changi Airport)
Dibuka31 Januari 2020; 4 tahun yang lalu (2020-01-31) (Tahap 1)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat
PengendaliSMRT Trains (SMRT Corporation)
CiriBawah tanah
DepotMandai
East Coast (Masa depan)
Stok kereta apiCT251
Teknikal
Panjang aliran4.2 km (2.6 bt) (Beroperasi)
38.8 km (24.1 bt) (Dalam pembinaan)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga[1]
Kelajuan operasiHad laju 90 km/j (56 mph)
Peta laluan

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Thomson-Pantai Timur ditunjukkan dengan warna coklat (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "TE".

Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini sepanjang 43 kilometer (27 bt) dan merangkumi sebanyak 32 buah stesen yang menghubungkan para penumpang dari kawasan barat laut Singapura ke pusat bandar serta kawasan timur. Bermula di bandar Woodlands, ia akan melalui Upper Thomson serta bandar-bandar Ang Mo Kio dan Bishan, kemudiannya ke estet-estet perumahan Thomson dan Stevens serta daerah beli-belah Orchard Road dan Marina Bay, sebelum menghala ke arah timur melalui Kallang, Marine Parade, Bedok South, dan mengakhiri di Upper East Coast.

Senarai stesen

sunting
Nombor Stesen Gambar Pertukaran/Catatan
 TE1  RTS  Woodlands North   Pertukaran dengan Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (Masa depan)
 TE2  NS9  Woodlands   Pertukaran dengan Laluan Utara Selatan
 TE3  Woodlands South   Terminal selatan laluan pada masa kini sehingga pembukaan Tahap 2 pada lewat 2020.
Tahap 2 (dalam ujian, dijangka siap pada 2020)
 TE4  Springleaf
 TE5  Lentor
 TE6  Mayflower
 TE7  CR13  Bright Hill Pertukaran dengan Laluan Rentas Pulau (2029)
 TE8  Upper Thomson
 TE9  CC17  Caldecott Pertukaran dengan Laluan Bulatan
Tahap 3 (dalam pembinaan, dijangka siap pada 2021)
 TE10  Mount Pleasant
 TE11  DT10  Stevens Pertukaran dengan Laluan Pusat Bandar
 TE12  Napier
 TE13  Orchard Boulevard
 TE14  NS22  Orchard Pertukaran dengan Laluan Utara Selatan
 TE15  Great World
 TE16  Havelock
 TE17  EW16  NE3  Outram Park   Pertukaran dengan Laluan Timur Barat dan Laluan Timur Laut
 TE18  Maxwell  
 TE19  Shenton Way
 TE20  NS27  CE2  Marina Bay Pertukaran dengan Laluan Utara Selatan dan lanjutan Laluan Bulatan
 TE21  Marina South
 TE22  Gardens by the Bay  
Infill station (dalam pembinaan, dijangka siap pada 2027)
 TE22A  Founders' Memorial[3] Akan dibuka bersama dengan Founders' Memorial pada 2027.[4]
Tahap 4 (dalam pembinaan, dijangka siap pada 2023)
 TE23  Tanjong Rhu
 TE24  Katong Park
 TE25  Tanjong Katong
 TE26  Marine Parade
 TE27  Marine Terrace
 TE28  Siglap
 TE29  Bayshore  
Tahap 5 (dalam pembinaan, dijangka siap pada 2024)
 TE30  Bedok South
 TE31  DT37  Sungei Bedok Pertukaran dengan Laluan Pusat Bandar
Lanjutan laluan Thomson-Pantai Timur, TELe (dalam kajian, dijangka siap pada 2040)
 TE–  CR1  Terminal 5 Lapangan Terbang Changi Pertukaran dengan Laluan Rentas Pulau (2040)
Nama stesen belum diumumkan.[5][6]
 CG2  (hingga 2040)
 TE–  (dari 2040)
Changi Airport Laluan cabang Changi akan dijadikan sebahagian daripada TELe menjelang 2040.[5][6]
 CG1  DT35  (hingga 2040)
 TE–  DT35  (dari 2040)
Expo Pertukaran dengan Laluan Pusat Bandar
Laluan cabang Changi akan dijadikan sebahagian daripada TELe menjelang 2040.[5][6]
 CG  EW4  (hingga 2040)
 TE–  EW4  (dari 2040)
Tanah Merah Pertukaran dengan Laluan Timur Barat
Laluan cabang Changi akan dijadikan sebahagian daripada TELe menjelang 2040.[5][6]

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.lta.gov.sg/apps/news/page.aspx?c=2&id=f0b205a6-69ab-49b0-b94d-65394ee5e5c0
  2. ^ "Joint News Release by the Land Transport Authority & Singapore Land Authority – Thomson–East Coast Line: New MRT Links in the East". Land Transport Authority. 15 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2014.
  3. ^ Tan, Christopher (7 Januari 2019). "Thomson-East Coast line to have station at Founders' Memorial in Marina Bay". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Januari 2019.
  4. ^ "Founders' Memorial likely to open two years later than envisaged". Todayonline (dalam bahasa Inggeris). 10 Januari 2019. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  5. ^ a b c d "Land Transport Master Plan 2040: Bringing Singapore Together | Press Room | Land Transport Authority". Land Transport Authority. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  6. ^ a b c d "At a glance: Key updates to MRT, bus network and more for 2040 master plan" (dalam bahasa Inggeris). TODAYonline. 25 Mei 2019.