Lebuhraya Tun Razak

(Dilencongkan dari Laluan Persekutuan Malaysia 12)

Lebuhraya Tun Razak laluan , juga dikenali sebagai Lebuhraya Segamat-Kuantan adalah laluan persekutuan sejauh 146.8 km[3] bermula dari Segamat, Johor ke Gambang sebelum melalui baki 38 km melalui Laluan Persekutuan di Gambang berhampiran Kuantan, Pahang. Jalan persekutuan 2 lorong ini dinamakan sempena Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang dikenali sebagai ibu Pembangunan Malaysia.

Laluan Persekutuan 12
Lebuhraya Tun Razak
Maklumat laluan
Panjang146.8 km (91.2 mi)
Wujud1970[1]–kini
SejarahSiap pada tahun 1983[2]
Simpang utama
Hujung utaraGambang, Pahang
Persimpangan utama Persiaran MEC
Laluan Persekutuan 2
Jalan Gambang
Laluan Persekutuan 82
Jalan Bandar Chini
Laluan Persekutuan 63
Laluan Persekutuan 11
Laluan Persekutuan 1
Hujung selatanSegamat, Johor
Lokasi
Destinasi
utama
Kuantan
Paluh Hinai
Pekan
Bandar Muadzam Shah
Bandar Tun Abdul Razak
Bahau
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Latar belakang laluan sunting

Kilometer Sifar bagi Laluan Persekutuan 12 ini terletak di Segamat, Johor, di persimpangannya dengan Laluan Persekutuan  , jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Seterusnya, lebuh raya ini melintasi sempadan Johor-Pahang dekat Perwira Jaya di sebelah Pahang.

 
Lebuhraya Tun Razak dari Segamat, Johor ke Gambang, Pahang.

Laluan Persekutuan 12 seterusnya melintasi Laluan Persekutuan   di Bandar Tun Abdul Razak. Seterusnya, lebuh raya ini bersilang dengan Laluan Persekutuan   di Persimpangan Bandar Muadzam Shah. Selepas itu, lebuh raya ini menyeberangi Sungai Pahang di Paluh Hinai. Akhir sekali, lebuh raya tamat di Gambang, Pahang, di persimpangan 4 hala dengan Laluan Persekutuan  , jalan raya timur-barat utama antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sejarah sunting

Lebuhraya Tun Razak adalah hasil ilham Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.[2] Pembinaan lebuh raya ini bermula pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1983.[1][2] Sultan Haji Ahmad Shah sendiri merasmikan pembukaan Lebuhraya Tun Razak pada tahun 1983 semasa baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu.[2] Lebuhraya Tun Razak kemudian diwartakan sebagai Jalan Persekutuan   pada 19 Oktober 1989.[3]

Dibina di bawah Dasar Ekonomi Baru Malaysia, lebuh raya persekutuan 2 lorong ini dibina atas sebab berikut:-[4]

  • Untuk memendekkan jarak perjalanan dari bandar-bandar utama di kawasan barat laut seperti Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Melaka ke negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
  • Untuk merancakkan pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.

Walaupun lebuh raya ini secara amnya lurus dengan kurang selekoh tajam, Lebuhraya Tun Razak sangat dikenali kerana sering menjadi lokasi kemalangan, terutamanya pada beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan pertambahan aliran lalu lintas. Pada 20 Jun 2010, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, mencadangkan agar Lebuhraya Tun Razak dinaik taraf kepada lebuh raya 4 lorong sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan kemalangan.[1]

Senarai persimpangan sunting

km Keluar Simpang Ke Catatan
GAMBANG TIMUR
  Maran
  Temerloh
  Bentong
BARAT
  Kuantan
  Kuala Terengganu
    Lebuh Raya Pantai Timur
Kuala Lumpur
Kuantan
Kuala Terengganu
Simpang empat
Jambatan Sungai Belut
FELDA Lempar Hilir
Kampung Batu Lima
Kampung Batu Enam
Sempadan Kuantan-Pekan

Kampung Ladang Sawit Lepar
Batu 8 Lepar
Lepar
Kampung Kecupu
LEPAR BARAT
 C106 FELCRA Seri Makmur
TIMUR
 C106 Pekan
Simpang empat
Jambatan Sungai Pahang
PALOH HINAI BARAT
  Kuala Mentiga
TIMUR
  Pekan
Simpang empat
Jalan Bandar Chini JALAN BANDAR CHINI
  Bandar Chini
  Tasik Chini
Persimpangan T
Jalan Kota Perdana JALAN KOTA PERDANA
  Kota Perdana
Persimpangan T
Sempadan Pekan-Rompin

Desa Keranji
MUADZAM SHAH BARAT LAUT
  Bukit Ibam
TENGGARA
  Kuala Rompin
Simpang empat
Kampung Orang Asli Gandak
Jambatan Sungai Rompin
Kampung Jemekat
FELDA Keratong 10
Jalan Kota Bahagia-Melati JALAN KOTA BAHAGIA-MELATI
2489 Kota Bahagia
Persimpangan T
Jambatan Sungai Keratung
BANDAR TUN ABDUL RAZAK BARAT
  Bandar Tun Abdul Razak
  FELDA Keratong 2-4
  Bandar Seri Jempol
Persimpangan T
Jambatan Sungai Keratung
Pahang Darul Makmur
Sempadan Daerah Rompin

Sempadan Pahang-Johor

Johor Darul Takzim
Sempadan Daerah Segamat

Jalan Tok Saban JALAN TOK SABAN
 J155 Buloh Kasap
Persimpangan T
FELDA Pemanis
Jambatan Sungai Kapeh
Kampung Bangas
Kampung Tadok
Jalan Kampung Pauh JALAN KAMPUNG PAUH
 J158 Kampung Pauh
Persimpangan T
Kampung Moring
Kampung Kawasanah
Taman Yayasan
SEGAMAT
Persimpangan Tun Razak
SELATAN
  Bandar Segamat
  Labis
  Yong Peng

UTARA
  Buloh Kasap
  Gemas
  Tampin

Persimpangan T

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Jalan Kuantan-Segamat perlu dinaik taraf". Berita Harian. 20 June 2010. Dicapai pada 2 June 2012.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b c d "Pidato Umum Naib Canselor Memperkenalkan Graduan Kehormat Majlis Konvokesyen Komemoratif". Universiti Malaysia Pahang. 3 October 2009. Dicapai pada 2 June 2012.[pautan mati kekal]
  3. ^ a b Senarai Jalan Persekutuan Utama - Jabatan Kerja Raya Malaysia. Dicapai pada 2012-06-02.
  4. ^ "Kronologi Pembangunan Segamat". Pejabat Tanah Segamat. Dicapai pada 2 June 2012.[pautan mati kekal]