Laluan Yahiko (Jepun: 弥彦線, Hepburn: Yahiko-sen) merupakan sebuah laluan kereta api di wilayah Niigata, Jepun. Laluan ini bermula dari Stesen Yahiko di pekan Yahiko dan berakhir di Stesen Higashi-Sanjō dalam bandar Sanjō di Niigata dan dikendalikan oleh JR Timur.

Laluan Yahiko
Sebuah siri E127 EMU di Stesen Yahiko
Umum
Nama asal弥彦線
JenisKereta api tempatan
LokasiWilayah Niigata
TerminalHigashi-Sanjō
Yahiko
Stesen8
Operasi
Dibuka1916
PemilikJR East
Stok kereta apiSiri 115/Siri E127/Siri E129
Teknikal
Panjang aliran17.5 km (10.9 bt)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC talian atas
Kelajuan operasi85 km/j (55 mph)
Peta laluan

Perkhidmatan sunting

Semua kereta api dalam laluan beroperasi sebagai perkhidmatan tempatan berhenti di semua stesen. Kebanyakan perkhidmatan dijalankan antara Yahiko dan Yoshida, dan Yoshida dan Higashi-Sanjō. Beberapa perkhidmatan menjalankan laluan penuh dari Yahiko ke Higashi-Sanjō, dan satu perkhidmatan pada waktu pagi di kedua-dua arah berjalan melalui Laluan Echigo ke arah Teradomari. Terdapat perkhidmatan setiap jam pada waktu pagi dan petang, dan perkhidmatan setiap 2–3 jam pada tengah hari.

Senarai stesen sunting

Stesen-stesen dengan tanda "◇" memiliki landasan tunggal yang membenarkan kereta api melalui antara satu sama lain manakala stesen-stesen yang bertanda "|" memiliki landasan tunggal sehala.

Nama Bahasa Jepun Jarak
(km)
Pertukaran   Lokasi
Yahiko 弥彦 0.0   Yahiko Wilayah Niigata
Yahagi 矢作 2.3  
Yoshida 吉田 4.9 Laluan Echigo Tsubame
Nishi-Tsubame 西燕 8.0  
Tsubame 10.3  
Tsubame-Sanjō 燕三条 12.9  Joetsu Shinkansen Sanjō
Kita-Sanjō 北三条 15.4  
Higashi-Sanjō 東三条 17.4 Laluan Utama Shinetsu
Echigo-Ōsaki 越後大崎 - Ditutup 1985
Ōura 大浦 - Ditutup 1985
Echigo-Nagasawa 越後長沢 - Ditutup 1985

Simbol:

  • | - Satu trek
  • ◇ - Satu trek; stesen di mana kereta api boleh lalu

Stok gerabak kereta sunting

 
Siri E127 EMU dan siri 115-1000 EMU di Stesen Yoshida

Siri E129 series EMU yang terbaru telah diperkenalkan pada perkhidmatan tempatan dalam lalauan mulai fiskal 2014.[1]

Terdahulu sunting

  • Siri 115-500 2 gerabak EMU (sehingga Mac 2015)

Sejarah sunting

Kereta Api Echigo membuka bahagian Yahiko ke Yoshida pada tahun 1916 dan melanjutkan laluan ke Higashi-Sanjo pada tahun 1926. Syarikat itu dinasionalisasikan pada tahun 1927.[perlu rujukan]

Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1960, dan talian itu telah dielektrik pada tahun 1984.[perlu rujukan]

Laluan lama dibubarkan sunting

  • Stesen Tsubame: Niigata Kotsu membuka laluan elektrik sepanjang 34 km pada 1,500 V DC ke Sekiya di Laluan Echigo pada tahun 1933. Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1982, dan talian ditutup antara tahun 1993 dan 1999.[perlu rujukan]
  • Stesen Higashi-Sanjo: Laluan 8 km ke Echigo Nagasawa beroperasi antara tahun 1927 dan 1985.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ 通勤形車両の新造計画について [Rancangan pembuatan tren komuter baharu] (PDF) (dalam bahasa Jepun). Syarikat Kereta Api Jepun Timur. 2 Julai 2013. Dicapai pada 2 Julai 2013.

Pautan luar sunting

Templat:Niigata transit Templat:East Japan Railway Company Lines