Bendera dan jata Kelantan

(Dilencongkan dari Lambang Kelantan)

Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Kelantan sahaja.

Kelantan Darul Naim
KegunaanBendera negeri
Nisbah1:2
Diterima pakai1923
RekaanLatar warna merah bersama Bulan sabit dan bintang, Tombak dan Keris yang bertema putih.
Jata Negeri Kelantan
Butiran
JenisFlag or coat of arms (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Diterima pakai1924 Edit the value on Wikidata
GencanaMahkota Kedaulatan Sultan.
JabaranBulang Sabit, Anak Bintang, Tombak, Keris serta Meriam.
Penopang/
penyokong
Dua ekor kijang di setiap sisi.
Cogan kataBerserah kepada Tuhan kerajaan Kelantan/
برسره کڤد توهن کراجاءن کلنتن‎
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bendera Negeri Kelantan sunting

 
Bendera Kelantan (1924-kini).

Latar belakang bendera Kelantan yang berwarna Merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri, warna putih bermaksud kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam. Tombak dan Keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu Kelantan.

Sejarah sunting

 
Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari kurun ke-18 sehingga tahun 1912.

Sejak kurun ke-18 hingga tahun 1912, Kelantan menggunakan bendera putih. Bendera ini menyerupai bendera negeri Terengganu.

 
Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen[1]

Selepas Kelantan menerima kehadiran penasihat British pada tahun 1909 (disebabkan Perjanjian Bangkok 1909). Pada tahun 1910 hingga 1923, Kelantan menggunakan bendera yang berlainan. Bendera ini digunakan sebagai panji-panji negeri Kelantan ketika pemerintahan Sultan Muhammad IV[2].

 
Bendera yang digunakan oleh kerabat diraja Sultan Kelantan pada tahun 1912-1923.

Bendera ini direkabentuk daripada kaligrafi ayat Quran yang membentuk seperti gambaran anjing Qitmir yang menjadi peneman pemuda Ashabul Kahfi, ada juga yang mengatakan ianya adalah bentuk seekor harimau . Dari selidikan yang dibuat, panji-panji ini dikenali sebagai Nasrun Min Allah dengan petikan ayat ke-13 Surah As-Saff

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنَّـٰتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ (١٣)-Maksudnya: Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Selepas pemansuhan bendera 1912-1923, Kelantan mula menggunakan bendera warna merah-putih baharu pada tahun 1924 semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Bendera ini digunakan secara rasminya hingga kini.

Bendera Diraja dan pentadbiran sunting

Bendera Diraja sunting

Kerabat diraja Kelantan mengibarkan panji-panji untuk anggota yang dihormati. Ahli berpangkat tinggi ditetapkan bendera mereka sendiri, manakala yang lain dikumpulkan untuk mengibarkan mana-mana satu daripada tiga bendera. Bendera berbeza mengikut reka bentuk, tetapi biasanya direka sebagai sama ada bendera biasa atau bendera dengan angkat suku panjang.

Bendera pentadbiran sunting

Bendera Jajahan sunting

Jajahan Bendera Simbol Warna Remarks
Kota Bharu     Hitam Ibu negeri
Tumpat     Biru Gelap/Biru Tua Terminus of the KTM East Coast Line.
Pasir Mas     Ungu
Bachok     Biru Cerah
Pasir Puteh     Kelabu
Machang     Hijau
Tanah Merah     Kuning
Jeli     Jingga
Kuala Krai     Hijau Tua
Gua Musang     Merah Jambu
Lojing Tiada bendera   Hijau Epal

Jata Negeri Kelantan sunting

 
Jata Kelantan

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan Kelantan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Bulan sabit dan bintang adalah tanda agama rasmi yakni Islam.

Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Siti Wan Kembang, Raja Perempuan Kelantan (kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"

Jata Versi Lain sunting

 
Jata Negeri Kelantan

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting