Lamprotornis adalah satu genus burung Perling berkilat yang didapati di Afrika selatan Sahara. Ia memiliki warna bulu berkilat sama ada biru atau hijau di bahagian atas, yang mana di sebabkan granul-granul melanin berongga yang disusun dalam lapisan tunggal berdekatan dengan permukaan barbule bulu pelepah. Susunan unik ini menyebabkan beberapa burung Perling berkilat dahulunya berada dalam genus Spreo dipindahkan ke genus Lamprotornis, di sebabkan ia berkongsi ciri ini.

Lamprotornis
Perling Cape, Lamprotornis nitens
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Sturnidae
Genus: Lamprotornis
Temminck, 1820
Spesies

Kira-kira 20, lihat teks

Genus Lamprotornis telah diperkenalkan oleh ahli zoologi Belanda Coenraad Jacob Temminck pada tahun 1820.[1] Spesies ini didesignasikan sebagai burung Perling berkilat ekor panjang.[2]

Bahagian bawah (perut dan dada) bagi spesies ini kurang berwarna-warni. Kebiasaanya ia berwarna biru, ungu, kuning atau perang. Kebanyakan spesies Lamprotornis memiliki anak mata kuning atau merah terang dan ada yang berekor panjang.

Perling berwarna-warni ini ditemui dalam pelbagai habitat seperti hutan, kawasan terbuka dan taman. Ia bertelur di dalam lubang pokok, sama ada yang wujud secara semulajadi atau yang ditebuk oleh burung belatuk atau barbet, ada juga yang menggunakan struktur buatan manusia. Kebanyakan spesies tinggal setempat selain berpindah setempat atau bermusim; bagaimanapun Perling Shelley merupakan satu spesies migrasi. Kebanyakan spesies juga adalah jenis suka berkawan di luar musim membiak.

Lamprotornis adalah omnivor dan banyak menghabiskan masa di atas tanah, meskipun ia mengambil buah di atas pokok. Terdapat juga spesies yang akan mencari makan di atau berdekatan dengan haiwan mamalia besar untuk mencari serangga.

Spesies sunting

Genus ini mengandungi 23 spesies.[3]

Had genus ini memerlukan semakan semula. Contohnya, Perling Perut Hitam kadang kala diletakkan dalam genus berasingan iaitu Notopholia, dan ia (dan kemungkinan spesies-spesies lain) mempunyai perbezaan yang ketara. Selain itu, genera seperti Coccycolius, Spreo dan Compsarus kadang kala diletakkan dalam genus Lamprotornis.(Zuccon et al. 2006)

Rujukan sunting

  1. ^ Temminck, Coenraad Jacob (1820). Manuel d'ornithologie, ou, Tableau systématique des oiseaux qui se trouvent en Europe (dalam bahasa French). Part 1 (ed. 2nd). Paris: H. Cousin. m/s. 55 (LV).CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Dickinson, E.C.; Christidis, L., penyunting (2014). The Howard & Moore Complete Checklist of the Birds of the World. Volume 2: Passerines (ed. 4th). Eastbourne, UK: Aves Press. m/s. 377. ISBN 978-0-9568611-2-2. |volume= has extra text (bantuan)
  3. ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2018). "Nuthatches, Wallcreeper, treecreepers, mockingbirds, starlings, oxpeckers". World Bird List Version 8.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 11 May 2018.
  • Feare, Chris & Craig, Adrian (1999): Starlings and Mynas. Princeton University Press. ISBN 0-7136-3961-X
  • Zuccon, Dario; Cibois, Anne; Pasquet, Eric & Ericson, Per G.P. (2006): Nuclear and mitochondrial sequence data reveal the major lineages of starlings, mynas and related taxa. Molecular Phylogenetics and Evolution 41(2): 333-344. doi:10.1016/j.ympev.2006.05.007 PubMed (HTML abstract)

Pautan luar sunting