Lampu sorot (atau lampu tembak) adalah lampu yang menyorotkan sinarnya ke satu arah saja.[1] Alat ini memancarkan cahaya yang disumberkan biasanya dari lampu arka karbon dengan sebuah cermin pemantul berbentuk parabola. Cahaya yang dilepaskan ini sejajar dan menuju suatu titik dalam arah tertentu, dan ia biasanya diprogramkan agar boleh berputar di semua sudut.

Lampu ini dahulunya dikembangkan penggunaannya untuk tujuan mengesan kapal-kapal lawan. Kini ia lebih digunakan dalam pengiklanan, pesta-pesta dan temasya am yang lain. Ia paling terutamanya digunakan untuk tayangan perdana filem.

RujukanSunting

  1. ^ Setiawan, Ebta. "Arti kata lampu - Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) Online". kbbi.web.id. Dicapai pada 2018-02-28.