Kerajaan Lan Xang Hom Khao (Bahasa Laos: ລ້ານຊ້າງຮົ່ມຂາວ lān sāng hom khāo, pronounced [lâːn sâːŋ hōm kʰǎːw]; "Sejuta Gajah dan Payung Putih") ialah sebuah kerajaan Lao yang wujud pada tahun 1353 hingga 1707. Pada masa kewujudannya, Lan Xang ialah salah satu daripada empayar-empayar terbesar Asia Tenggara. Istilah Lan Xang merujuk kepada kekuatan kerajaan serta bala tentera kerajaan yang dimiliki.[1] Lan Xang juga membentuk asas kepada kebudayaan Laos serta pemula terhadap sejarah dan pembentukan negara Laos moden.[2][3]

Kerajaan Lang Xang

ອານາຈັກລ້ານຊ້າງ
1353–1707
Kawasan pengaruh dan jiran Lan Xang, sekitar 1540
Kawasan pengaruh dan jiran Lan Xang, sekitar 1540
Ibu negaraLuang Prabang (1353–1560)
Vientiane (1560–1707)
Bahasa lazimBahasa Lao
Agama
Buddhisme
KerajaanRaja mutlak
Raja 
• 1353–1385
Fa Ngum
• 1373–1416
Samsenethai
• 1548–1571
Setthathirath
• 1637–1694
Sourigna Vongsa
Era sejarahZaman Pertengahan dan Renaissance
• Penubuhan oleh Fa Ngum
1353
• Perpecahan kerajaan
1707
Didahului oleh
Diganti oleh
Nanzhao
Empayar Khmer
Kerajaan Luang Prabang
Kerajaan Vientiane
Kerajaan Champasak
Prinsipaliti Phuan

SejarahSunting

Fa Ngum dan penubuhan Lan XangSunting

Sejarah tradisional Lan Xang bermula pada Tahun Nāga 1319 dengan keputeraan Fa Ngum.[4] Datuk Fa Ngum, Souvanna Khampong adalah raja dari Muang Sua dan ayahandanya, Chao Fa Ngiao ialah putera mahkota Souvanna. Ketika kecil, Fa Ngum menetap di Empayar Khmer dan hidup sebagai putera Raja Jayavarman IX serta dinikahkan dengan Puteri Keo Kang Ya. Pada tahun 1343, Raja Souvanna Khampong mangkat, membawa kepada perebutan takhta Muang Sua.[5]

Fa Ngum memperoleh pasukan bergelaran "Pasukan Sepuluh Ribu" pada 1349 untuk merebut takhta sementara Empayar Khmer berada dalam situasi kemunduran. Pada masa itu, peluang yang dimiliki Khmer adalah untuk membuat negara penimbal di wilayah yang tidak lagi dikuasainya, dan dapat dijaga dengan tentara yang lebih sedikit.

Fa Ngum menaiki takhta pada 1353,[6]:225 dan menamai kerajaannya Lan Xang Hom Khao. Fa Ngum melanjutkan usahanya menguasai wilayah di sekitar Sungai Mekong dengan bergerak menuju Sipsong Panna (kini Xishuangbanna Dai) serta ke selatan menuju perbatasan Lanna. Raja Phayu dari Lanna mengerah kekuatan yang dapat diatasi oleh Fa Ngum di Chiang Saen, membuat Lanna terpaksa menyerahkan sebahagian wilayahnya serta barangan berharga sebagai tanda jalinan persahabatan. Fa Ngum kembali ke Muang Sua setelah membentuk sempadan-sempadan tetap Lan Xang.[7][8]

PolitikSunting

Sungai Mekong dijadikan sebagai laluan utama bagi tujuan politik dan ekonomi Lan Xang. Sungai Mekong memberi ruang kepada masyarakat Lan Xang untuk bergerak di antara kuasa-kuasa Asia Tenggara, dan dijadikan sebagai sekatan pertahanan penting. Kawasan Khone Phapheng dan Si Phan Don yang tidak dapat dilintasi memberi pertahanan semula jadi kepada Lan Xang daripada sebarang serangan dari kawasan hilir.[9]

RujukanSunting

  1. ^ Stuart-Fox (1998), m/s. 43–44.
  2. ^ Simms (1999), m/s. ix-xiii.
  3. ^ Stuart-Fox (1998), m/s. 143–146.
  4. ^ Simms (1999), m/s. 26.
  5. ^ Coe (2003).
  6. ^ Coedès, George (1968). Walter F. Vella (penyunting). The Indianized States of Southeast Asia. trans.Susan Brown Cowing. University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-0368-1.
  7. ^ Simms (1999), m/s. 30–35.
  8. ^ Stuart-Fox (1998), m/s. 38–43.
  9. ^ Osborne (2001), m/s. 18–19; 136–154.

BibliografiSunting

  • Coe, Michael D. (2003). Angkor and Khmer Civilization. Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-02117-0.
  • Osborne, Milton (2001). The Mekong: Turbulent Past, Uncertain Future. Grove Press. ISBN 978-0-8021-3802-6.
  • Simms, Peter and Sanda (1999). The Kingdoms of Laos: Six Hundred Years of History. Curzon Press. ISBN 978-0-7007-1531-2.
  • Stuart-Fox, Martin (1998). The Lao Kingdom of Lan Xang: Rise and Decline. White Lotus Press. ISBN 978-974-8434-33-9.