"Lan Kristal" dan "Lan Solo" dilencongkan di sini.
Muhammad Razlan Mohamed Yusof (lahir 11 Jun 1985) atau lebih dikenali sebagai Lan Kristal atau kemudian sebagai Lan Solo dan kini lebih dikenali sebagai Lan Yusof merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Beliau ialah bekas vokalis Kumpulan Kristal dari tahun 1999 sehingga membuat keputusan mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya sejak pada November 2017.[1] Walau bagaimanapun, selepas mengundurkan diri daripada kumpulan itu, Lan merancang membuat persembahan dengan lima orang anggota asal yang kini bekas ahli Kristal iaitu Ainol, Ezal, Ejan, Amai dan Joe pada Mac 2019.[2]