Landak (Jawi: لندق) merupakan sejenis rodensia yang berbulu tajam seperti duri yang meliputi bahagian atas badan. Spesies-spesies landak ada dua keluarga iaitu keluarga Hystricidae yang bertaburan di Asia dan Afrika dan keluarga Erethizontidae yang ditemukan di Amerika Utara dan Amerika Selatan.[1] Spesies-spesies landak Hystricidae besar dan duduk di atas tanah manakala spesies-spesies landak Erethizontidae berbadan kecil dan boleh memanjat pokok-pokok hutan.[2]

Landak
Seekor landak Amerika Utara,
Erethizon dorsatum
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:

Ciri fizikal sunting

Badan seekor landak penuh dengan duri yang merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

Tabiat sunting

Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ Roze, Uldis (2012). Porcupines: The Animal Answer Guide. Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: John Hopkins University Press. m/s. 1. ISBN 978-1-4214-0735-7.
  2. ^ "Porcupines". World Animal Foundation. 19 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2021. Dicapai pada 29 Oktober 2021.

Pautan luar sunting