Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar

Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (PLBE) merupakan pembangunan landasan kereta api dari Ipoh ke Padang Besar di utara Semenanjung Malaysia. Ia melibatkan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tempoh diberi selama lima tahun mulai 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.

Ia sebahagian daripada pelan induk untuk memajukan sistem pengangkutan awam di Malaysia. Reka bentuk keseluruhan dan kos melibatkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. Projek itu dilaksanakan secara 'reka dan bina', dan skop kontrak meliputi perancangan, reka bentuk, pelaksanaan projek, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaran.

Landasan sepanjang 329 km ini diberikan keoada MMC- Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd. MMC- Gamuda JV mendapat projek setelah memenagi bidaan projek ini.[1] (MMC-Gamuda) berharga RM12.485 bilion bermula Januari 2008 hingga akhir 2013. MMC-Gamuda pula bekerjasama dengan Balfour Beatty Ansaldo Systems JV Sdn. Bhd. (BBA JV). Ketua Pegawai Eksekutif MMC Corp. Bhd. ialah Hasni Harun Dany . Pengarah Eksekutif Gamuda Bhd ialah Datuk Dr. Ir Ha Tiing Lai . Ketua Pegawai Eksekutif MMC Corp. Bhd.ialah Hasni Harun Dany . Pengarah BBA JV ialah Martin Soosay dan John Kirton . Pengarah Eksekutif MMC-Gamuda ialah Datuk Ir. Azmi Mat Nor.

Kerja-kerja elektrifikasi dijalankan oleh Balfour Beatty Rail Sdn. Bhd, anak syarikat Balfour Beatty Group .Pemaju isyarat dan kawalan sistem pengangkutan ialah Ansaldo STS Malaysia Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Ansaldo STS Australia Pty Ltd. (Ansaldo Australia) .[2]

Projek ini melibatkan 400 pelbagai kontrak kerja kepada 1,600 syarikat kontraktor dan menawarkan lebih 7,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kerja-kerja ini melibatkan 120 kontrak di Pulau Pinang, 133 kontrak di Perak, 120 kontrak di Kedah dan 27 kontrak di Perlis. 90 % pekerja tempatan dan 10 % pekerja asing.[3] RM3 bilion digunakan untuk pembelian konkrit, bahan kuari, besi, peralatan dan mesin.


Pampasan kepada Pulau Pinang sunting

Pada 7 Mac 2009 , MMC-Gamuda JV membayar RM4 juta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi caruman perparitan, bayaran denda, bayaran kerja tanah dan bayaran pelan rancang. Selepas pembayaran, keraja-kerja yang tertangguh dimulakan semula.[4][5]


Punca banjir kilat sunting

Pada 26 November 2008, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap pemaju projek jalan kereta api berkembar, Gamuda Berhad (Gamuda) supaya membuat pengubahsuaian bagi mengatasi masalah banjir kilat. Rundingan telah dibuat dengan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Pembinaan semula stesen keretapi milik KTMB di Alor Star, Anak Bukit, Gurun, Kubah, Tunjang, Bidong dan Sungai Petani turut dibangkit.[6]

Pampasan tanah sunting

Landasan kereta api yang lurus itu melalui beberapa kawasan perumahan di Seberang Perai Utara , Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah. Penilaian harta telah dilakukan dan proses perbicaraan tanah untuk bayaran pampasan akan selesai pada Jun 2010. Banjir kilat kerap berlaku dari Sungai Petani sehingga ke Tunjang.

Pada 11 Februari 2010, Kementerian Pengangkutan setuju membayar saguhati kepada 197 pemilik kediaman di Seberang Perai, Pulau Pinang dengan kadar RM42,000 . Kumpulan kedua ini menerima pampasan berjumlah RM8.3 juta . Tanah 1,183 lot berhak milik di Seberang Perai itu terpaksa diambil balik kerana berada di atas laluan landasan kereta api.

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pengangkutan Woon Yong Teai mewakili Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat bertindak menyampaikan saguhati tersebut. [7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting