Buka menu utama

Langit Dan Bumi ialah album studio kedua rakaman kumpulan Search. Seperti album sulung mereka, Cinta Buatan Malaysia, album ini diterbitkan oleh M. Nasir, dirakam di Lion Studio, Singapura, dan diedarkan oleh label Polygram Records.

Langit Dan Bumi
Album studio oleh Search
Dikeluarkan pada1986
GenreRock
SyarikatPolygram Records
PenerbitM. Nasir
Kronologi Search
Cinta Buatan Malaysia
(1985)
Langit Dan Bumi
(1986)
Mentari Merah Di Ufuk Timur
(1987)

Ketika ini, kumpulan Search dianggotai oleh Amy (vokal), Hillary Ang (gitar utama), Din (gitar irama), Nasir (bass) dan Yazit (dram). Hillary dan Nasir kembali menganggotai Search setelah mereka berdua tidak terlibat dalam pembikinan album pertama Search, Cinta Buatan Malaysia.

Senarai runutSunting

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Musnah"  M. NasirM. Nasir 4.45
2. "Meniti Titian Usang"  M. NasirA. Rahim & M. Nasir 5.42
3. "Langit Dan Bumi"  S. Amin ShahabRamli Sarip 3.28
4. "Rozana"  SearchSearch 3.35
5. "Tumbuk Rusuk"  S. Amin ShahabSearch 3.33
6. "Pasti"  Bakri JohariBakri Johari 3.50
7. "Bisa"  Amir HamzahM. Nasir 4.40
8. "Mencari Sebuah Nama"  S. Amin ShahabUjang Sehat 3.49
9. "Pada Satu Kedudukan"  S. Amin ShahabM. Nasir 4.00
10. "Kau Pergi"  SearchSearch 4.05

Pautan luarSunting