Langsuir merupakan sebuah filem seram romantik Malaysia 2018 arahan Osman Ali dan dibintangi oleh Syafiq Kyle, Hannah Delisha[2], Julia Farhana Marin dan Firdaus Nadxaman.

Langsuir
PengarahOsman Ali
PenerbitFirdaus Nadxaman[1]
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
  • Guam Teamwork Sdn Bhd
  • Nuansa Sdn Bhd
Mula ditayangkan
20 September 2018
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM
Pecah panggungRM 1 Juta

Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Seram / Romantik. Filem ini akan ditayangkan kepada umum pada 20 September 2018.

Filem Langsuir mempertaruhkan dua pelakon yang sedang meningkat naik, Syafiq Kyle dan Hannah Delisha sebagai teraju utama, menampilkan sebuah jalan cerita menarik tentang kisah cinta dari dua dunia yang berbeza.

SinopsisSunting

Langsuir mengisahkan tentang sekumpulan sahabat, Azlan (Syafiq Kyle) dan rakan-rakannya telah berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Di sana Azlan berkenalan dan kemudiannya jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Suri (Hannah Delisha) tanpa mengetahui dia sebenarnya adalah langsuir yang mendiami pulau tersebut.

Rakannya, Zaman yang irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri bagi melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku.

Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri yang nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Filem Langsuir ini dihasilkan oleh Guam Teamwork Sdn Bhd, Nuansa Sdn Bhd.

Keluaran dan sambutanSunting

Filem ini dikelaskan sebagai U

TayanganSunting

Filem Langsuir pada mulanya diuar-uarkan akan memulakan tayangan pada 21 Jun lalu, namun filem terbitan Guam Teamwork Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Nuansa Films, telah diubah tarikh tayangan pada 20 September 2018. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu.[3]

Perubahan tarikh siaran diputuskan bagi memantapkan lagi susunan dan suntingan jalan cerita filem berkenaan, berikutan suntingan yang dilakukan pada jalan cerita agar bersesuaian untuk tontonan, atas saranan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).[4]

UlasanSunting

Runut bunyiSunting

Lara Suri - Hannah Delisha

Terdetik Rindu - Aman Aziz feat Shiha Zikir

RujukanSunting

Pautan luarSunting