Buka menu utama

Langsuyr

kugiran metal Malaysia

Langsuyr atau Langsuir merupakan sebuah kumpulan ekstrim metal yang berasal dari Ipoh, Perak.[1]

Langsuyr
Langsuyr.jpg
Latar belakang
Berasal dariIpoh, Perak, Malaysia
GenreBlack metal, death metal
Tahun aktif1991-2000, 2005-sekarang
Syarikat rakaman
  • Nebiula Production
  • Clockwork Records
  • Mamat Records
Kegiatan berkaitan
Ahli
  • Azlan
  • Azmaniac
  • Azrym
  • Nikkimi
  • Adjheez
Bekas ahli
  • Xxxull
  • Bob Pyron
  • Old T.
  • Bentara
  • Berat

SejarahSunting

Tanggal Mei 1991, merupakan detik yang bersejarah bagi Malaysia kerana itulah permulaannya kugiran ini. Ia dianggotai oleh tiga rakan sepermainan; Azlanthor, Azmaniac dan Bentara yang ketika itu masih berada di bangku sekolah.

Langsuyr dipilih sebagai nama kugiran yang bermotifkan muzik death metal ini atas sebab keunikan nama tersebut sedangkan tatkala itu kugiran yang seiringan dengannya masih sibuk dengan elemen kebaratan.

Langsuyr juga pernah dilabelkan sebagai "king of death metal" di Malaysia kerana Langsuyr adalah antara kugiran awal yang menjadi pengasas kepada muzik death metal di Malaysia.

Pada tahun 1993, Langsuyr mencuba pasaran death metal tempatan dengan album demo Occultus Mysticism. Ia mendapat sambutan yang amat luas dalam kawasan setempat. Asalnya pita rakaman sendiri itu telah dibantu penerbitannya oleh East Gothic Production dengan pembuatan kilang yang lebih bermutu. Mereka pernah mendapat tawaran daripada syarikat rakaman Peaceville Records, tetapi mereka menolak tersebut kerana syarikat tersebut meletakkan syarat-syarat terlalu banyak dan mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

Berbekalkan sambutan dan semangat yang semakin giat, mereka masuk kembali ke studio, kali ini dengan sokongan Nebiula Production untuk penerbitan album mini The Eastern Cruelty pada tahun 1996. Lahirnya album mini ini menyaksikan perubahan paradigma yang berlaku pada dunia death metal tempatan yang mana munculnya istilah eastern metal selepas penerbitan tersebut. Langsuyr telah menjadi satu nama sebutan di bibir peminat muzik sebegini, bahkan telah menerobos ke dunia antarabangsa.

Tahun-tahun yang berikutnya menjadi kelam kerana penggiatnya telah mula sibuk dengan kehidupan masing-masing. Album yang dijanjikan akan keluar selepas The Eastern Cruelty tidak kunjung tiba tetapi sebaliknya disambut dengan penerbitan dua buah lagu baharu dalam kompilasi Ipoh Metal Militant Supremacist pada tahun 1998. Akhirnya, langsuyr telah dikuburkan pada tahun 2000.

Kerana terdapat banyak rungutan daripada peminat-peminat yang kecewa mendengar berita yang kugiran Langsuyr dikuburkan, akhirnya album pertama Langsuyr berjaya diterbitkan pada tahun 2005.Hampir sedekad lamanya untuk merealisasikan album Awaiting the Malay ini dan keinginan mencetuskan keghairahan kepada peminat death metal tempatan seperti dulu-dulu hampir berjaya kali ini.

Sekali lagi anjakan paradigma dilakukan. Usia yang semakin meningkat telah memberi kesan dalam pembikinan lagu, penampilan dan gaya. Asalnya, Langsuyr dianggap sebagai kugiran black metal yang akan dikikiskan.

2007 - Bullet (album kedua) dirakamkan kali terakhir bersama Bentara dan masih menghadapi masalah pengadunan dan pengasalan sehingga hari ini[bila?] Pada 2010, secara rasminya Bentara telah pun meninggalkan Langsuyr untuk komitmen keluarganya.

2016 - Bantaigram EP telah dilancarkan oleh Mamat Records.

2018 - Bentara mula memuat naik status di Facebook berkenaan dengan niat beliau untuk menyiapkan lagu-lagu yang terdahulu telah beliau cipta. Setelah beberapa pertemuan dengan Azlanthor, dan atas sebab-sebab tertentu, mereka mencari beberapa anggota band lain untuk menjayakan misi ini. Desas desus Langsuyr/Langsuir berpecah menjadi dua kini telah menjadi kenyataan. Bentara & Azlanthor membuat keputusan untuk menggunakan nama Langsuir. Langsuyr masih diterajui oleh Azmaniac dan vokalis pula diambil alih oleh Yuri Gagarin yang sebelum ini ada terlibat dengan EP Bantaigram. Azmaniac kini aktif dengan band beliau MOC dan sedang merakam lagu di Indonesia.

Ahli Langsuir 2018 terdiri daripada Azlanthor, Bentara, Burning Twilight (Ex-Aradia), Darkness Whisper (Aradia) dan juga ahli Langsuyr sebelum ini, Xull yang juga ahli band Neftaraka. Namun atas sebab-sebab tertentu Darkness Whisper mengundurkan diri dan Bentara telah memanggil Mirlanast (Ventorior/Ex-Cruelty Division) untuk melengkapkan line up 2018. Setelah persembahan julung mereka di gig The Gathering 2018, Xull atas komitment yang tinggi terpaksa mengundurkan diri. Sakka Euronous yang juga bassist untuk Hayagriva/Mayaloka telah diberi kepercayaan untuk meneruskan misi Langsuir 2018.

Februari 2019 Langsuir telah berangkat ke Bandung Indonesia atas tajaan Legion Music untuk menyiapkan album yang ditungu-tunggu oleh peminat metal tempatan. Rata-rata mengharap Langsuir kembali ke zaman ocultus. Pada bulan March 2019 EP Cemar telah dilancarkan dan 300 unit telah sold out dalam masa satu hari. Cetakan ke dua sebanyak 300 unit juga telah sold out dalam tempoh 2 minggu. Album penuh Dirga Belasungkawa telah dicetak sebanyak 1000 unit telah dilancarkan pada 26 Julai 2019 di gig The Gathering 2019.

Ahli-ahliSunting

Ahli-ahli Langsuyr
  • Yuri Gagarin - vokal
  • Azmaniac - gitar
  • Azrym - gitar
  • Nikkimi Minami - bass
  • Adjeez - drum (1992, 2012-present)
Ahli-ahli Langsuir 2018
  • Azlanthor - vokal
  • Batara Guru - gitar
  • Mirlanast - gitar
  • Sakka Euronous - bass
  • Burning Twilight - drum

Ahli-ahli terdahulu

  • Old T - drum (?-1999)
  • XXXul - bass
  • Bentara - gitar (1991-1999, 2005-2007)
  • Bob Pyron - drum
  • Bearkey - tidak diketahui
  • Berat - bass (1992-?)

DiskografiSunting

  • Occultus Mysticism (Demo + East Gothic Prod - 1993)
  • The Eastern Cruelty (EP + Nebiula Prod - 1995)
  • The Eastern Cruelty CD (EP + Nazgul Eyrie Prod-Germany - 1996)
  • Storm Of Nebiula Compilation (Nebiula Prod - 1996)
  • Ipoh Metal Militant Supremacist Compilation (Ultra Hingax Prod - 1998)
  • Langsuyr-Ryusgnal (Repacked + Nebiula Prod - 2000)
  • The Eastern Cruelty (Bonus + Nebiula Prod - 2006)
  • Asyik (Clockwork Recs - 2006)
  • Live at Planet Hollywood KL VCD (Clockwork Recs - 2006)
  • Sunut MTV (Clockwork Recs - 2006)
  • Hail To The King Tribute To Cromok (Clockwork Recs - 2007)
  • Various Artists The Best Of Clockwork Records (Clockwork Recs - 2008)
  • Bantaigram EP (Mamat Recs - 2016)
  • Cemar EP (Legion Music - 27 March 2019)
  • Dirgha Belasungkawa (Legion Music - 26 Julai 2019)

RujukanSunting

Pautan luarSunting