Lantanid
3 | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
6 | 57 La |
58 Ce |
59 Pr |
60 Nd |
61 Pm |
62 Sm |
63 Eu |
64 Gd |
65 Tb |
66 Dy |
67 Ho |
68 Er |
69 Tm |
70 Yb |
71 Lu |
Unsur dengan nombor berwarna merah ialah unsur beradioaktif. |
Lantanid atau lantanoid adalah siri unsur kimia yang terdiri dari 15 unsur, bermula dari lantanum (La) hingga lutetium (Lu) pada jadual berkala, dengan nombor atom 57 hingga 71. Unsur kumpulan lantanid boleh ditulis dengan simbol Ln.
Semua lantanid, kecuali lutetium, adalah unsur blok-f yang menunjukkan bahawa elektronnya diisi hingga ke orbit 4f. Unsur-unsur lantanid juga membentuk ion trivalen, Ln3+. Golongan ini diberi nama berdasarkan lantanum yang memulakan siri ini.
Semua lantanid bersama dengan skandium serta itrium membentuk kumpulan unsur nadir bumi. Semua unsur merupakan unsur purba kecuali prometium yang wujud daripada pereputan radioaktif.
Sifat fizikal
suntingSifat-sifat umum logam lantanid adalah seperti di jadual di bawah:
Ciri | La | Ce | Pr | Nd | Pm | Sm | Eu | Gd | Tb | Dy | Ho | Er | Tm | Yb | Lu |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jisim atom, u | 138.9 | 140.1 | 140.9 | 144.2 | 145.0 | 150.4 | 152.0 | 157.2 | 158.9 | 162.5 | 164.9 | 167.3 | 168.9 | 173.0 | 175.0 |
Ketumpatan, kg m-3 | 6174 | 6711 | 6799 | 7000 | 7220 | 7536 | 5248 | 7870 | 8276 | 8531 | 8797 | 9044 | 9325 | 6966 | 9842 |
Takat lebur, K | 1194 | 1072 | 1204 | 1294 | 1441 | 1350 | 1095 | 1586 | 1629 | 1685 | 1747 | 1802 | 1818 | 1097 | 1936 |
Takat didih, K | 3750 | 3699 | 3785 | 3341 | 3000 | 2064 | 1870 | 3589 | 3396 | 2835 | 2968 | 3136 | 2229 | 1466 | 3688 |
Sifat kimia
suntingAtom unsur lantanid memiliki tiga elektron valens, dua di orbital 6s dan satu di orbital 5d. Apabila merentasi siri lantanid, elektron-elektron memenuhi tujuh orbital 4f, dari lantanum (tiada elektron) ke lutetium yang mempunyai 14 elektron yang memenuhi kesemua orbital 4f.[2]
Kewujudan
suntingMineral-mineral lantanid di bawah merupakan jenis mineral lantanid umum beserta contoh mineral.[2]
- Fosfat: Monazit, xenotim dan apatit
- Silikat: Alanit, titanit dan zirkon
- Niobontantalat: Piroklor, samarskit dan fergusonit.
- Karbonat: Parisit dan bastnasit
Rujukan
sunting- ^ de Podesta, Michael. Understanding the Properties of Matter (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Taylor and Francis. ISBN 0-415-25788-3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 2019-07-21.
- ^ a b Bea, Fernando. "Geochemistry of the Lanthanide Elements" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
Pautan luar
sunting- (Inggeris) USGS Rare Earths Statistics and Information
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.