Lanun Barbar dikenali juga sebagai lanun Ottoman. Lanun ialah aktiviti merompak dan menyamun kapal-kapal dagang di tengah laut dan perkampungan nelayan di pinggiran pantail

Sultan

au-pulau terpencil.

Lanun Barbar menjalankan aktiviti mereka di Afrika Utara, khususnya di Laut Mediterranean, Tunis, Tripoli, Algiers, Salé dan pelabuhan-pelabuhan di Maghribi. Afrika Utara dikenali juga sebagai Pantai Ottoman. Banyak-banyak kapal dagang dari Eropah yang hendak ke Asia telah dilanun. Kegiatan ini berterusan hingga abad ke-19 terutama semasa Perang Salib. Penduduk Afrika Utara secara umum dipanggil Berber.


Kesan kegiatan lanun ini adalah kehilangan beribu-ribu kapal dagang. Tumpuan lanun ini ialah di kepulauan Balearic, rumah api dan gereja. Pulau Formentera hampir tidak berpenghuni kerana kegiatan lanun. Tahun 1551, Turgut Reis telah memperhambakan semua penduduk Malta Gozo. Antara 5000 hingga 6000 penduduknya dihantar ke Libya.

Lanun yang terkenal ialah Ottoman Barbarosa bersaudara. Singkatannya Hizir(Hayrreddin) dan abangnya Oruç. Mereka menguasai kawasan Algiers pada abad ke-16 selama 3 abad terutama semasa Empayar Ottoman kerana semakin banyak kapal dagang belayar di Laut Mediterranean.

Lanun-lanun lain yang terkenal ialah Turgut Reis (Dragut), Kemal Reis, Salih Reis dan Koca Murat Reis.

Sejarah sunting

 
Lanun bernama Barbarossa Hayreddin Pasha.

Walaupun kegiatan lanun telah wujud sejak kejatuhan Empayar Rom, tetapi kegiatan ini semakin terang-terangan dan aktif semasa Dinasti Berber. Pusat utama lanun ialah di bandar Bougie kerana paling jahat dan ganas. Kuasa lanun ini semakin kuat pada abad ke-16 dan ke-17. Kegiatan ini semakin kurang pada abad ke-18 apabila Perancis menjajah Algiers pada 1830.

 
Peperangan Lepanto, 1571.

Punca utama kegiatan lanun meningkat kerana kerajaan Granada ditakluk oleh penganut agama Kristian Roman Katholik dari Sepanyol pada 1492. Ramai orang Islam Moor telah dibunuh dan dihalau dari bumi Andalusia atau Granada. Orang Islam Moor yang diburu dan dibuang ini kehilangan harta benda, rumah dan rezeki lalu bertindak membalas dendam.

 
Cornelis Hendricksz Vroom, Spanish Men-of-War Engaging Barbary Corsairs, 1615.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting