Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (IATA: PDGICAO: WIPT) merupakan lapangan terbang (atau "bandar udara") sivil bagi daerah Sumatra Barat di pulau Sumatra, Indonesia. Lapangan terbang ini terletak lebih kurang 23 km dari kota Padang, di Ketaping, Kabupaten Padang Pariaman dan mempunyai sebuah stesen terminal yang menyelunsuri penerbangan di dalam dan luar negara.

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Bandar Udara Internasional Minangkabau
Minangkabau Airport.JPG
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
PengendaliPT Angkasa Pura II
DestinasiPadang, Sumatra Barat, Indonesia
LokasiKetaping, Padang Pariaman
Ketinggian AMSL18 kaki / 5 m
Laman sesawangMinangkabauAirport.com
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
15/33 2,749 9,020 Asfalt

Lapangan terbang ini memiliki 17 buah kaunter pendaftaran penumpang, 5 tali sawat penyampai dan 9 kaunter jualan tiket.[1] Terdapat rencana untuk memanjangkan lagi landasan kapal terbang sebanyak 250 meter supaya ia dapat menampungi pesawat Boeing 747, dan juga untuk menyambung lapangan terbang ini dengan kota Padang melalui perkhidmatan kereta api.

Nama lapangan terbang ini diambil dari nama suku kaum terbesar di provinsi tersebut, iaitu Minangkabau. Lapangan terbang ini mula beroperasi sejak Julai 2005, menggantikan lapangan terbang yang lama, Tabing di Padang, Indonesia, yang sekarang menjadi pengkalan Angkatan Udara Indonesia.

Penerbangan dan destinasiSunting

Berikut merupakan senarai destinasi yang dilayani dari lapangan terbang ini (sejak Februari 2007):

RujukanSunting

Pautan luarSunting