Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (kod IATA: PEN) adalah lapangan terbang kedua terbesar di Malaysia untuk operasi bandar sekitar Malaysia. Ia terletak di Bayan Lepas, iaitu 16 km dari George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Bagi menampung jumlah penumpang yang kian meningkat, Malaysia Airport akan membelanjakan kira-kira RM36 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini termasuk membina satu tempat meletak pesawat dan 32 kaunter pendaftaran baru yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2008. Pada tahun lepas, LTAPP mengendalikan 3.1 juta penumpang.Kini LTAPP menjadi hub bagi syarikat penerbangan tambang murah FireFly bermula April 2007.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Penang International Airport | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports Holdings Berhad | ||||||||||
Destinasi | George Town, Pulau Pinang, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | George Town, Pulau Pinang | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 11 kaki / 3 m | ||||||||||
Koordinat | 05°17′49″N 100°16′36″E / 5.29694°N 100.27667°E | ||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
SejarahSunting
Pada tahun 1935, Lapangan Terbang Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya berikutan pendaratan sebuah kapal terbang dari Syarikat Penerbangan Imperial, 'Arethusa' di lapangan terbang ini. Upacara pendaratan ini telah disaksikan oleh sebahagian besar penduduk-penduduk Pulau Pinang, termasuk Residen Councillor Pulau Pinang.
Lapangan terbang ini adalah berbentuk bulat, panjang garis lintangnya ialah 1,000 ela dan dikelilingi oleh tembok setinggi 4 kaki untuk menghalang banjir disebabkan air pasang. Pendaratan kapal terbang ini telah dilakukan di atas dua landasan, satu daripadanya landasan tar sepanjang 930 ela dan lebar 60 ela, satu lagi landasannya ialah sepanjang 800 ela dan lebarnya 200 ela dibina di atas tanah yang ditanam rumput.
Di samping itu lapangan terbang ini mengandungi beberapa bangunan antaranya sebuah terminal yang dibina di Bangunan Kawalan, sebuah kelab dan dua buah 'Hanger' yang diperbuat daripada besi waja. Dengan pembukaan lapangan terbang ini, ia merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan di Malaysia. Ia telah memberi perkhidmatan penerbangan tempatan antara Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, di samping perkhidmatan pendaratan penerbangan di antara Eropah dengan negara-negara Asia Tenggara dan Australia.
Bangunan terminalSunting
Antara kemudahan yang disediakan dalam bangunan terminal, kafe, kedai bebas cukai, kaunter tiket & Pejabat penerbangan seperti MAS, Firefly,AirAsia, Jatayu Airlines, China Airlines dan Singapore Airlines. Antara kemudahan lain :
- Kaunter Daftar Masuk (32)
- 14 Pintu Berlepas
- 8 Titi Udara
- 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
- 808 lot letak kereta
- Travel Agensi
- Kaunter Penerangan
- Ruang Istirahat VIP
- Mesin ATM
- Pertukaran Wang Asing
- Penempahan Hotel
- Khidmat teksi
- Kuarantin haiwan
Kompleks kargoSunting
LTAPP mempunyai 2 kompleks kargo, dimana kompleks utama digunakan oleh MAS Cargo sebagai pusat operasi. Pada tahun 2006 LTAPP telah mengendalikan sebanyak 225,957,020 metrik tan kargo
Kemudahan di Kompleks Kargo:
- Gudang 270,000m² (2,906,255sq ft)
- 7 x 747 Freighter Lot
- Zon Transit
- Zon Perdagangan Bebas
- Baikpulih Pesawat
- Pengimbas X-RAY
- Pusat Courier Laju
Syarikat penerbangan dan destinasiSunting
Terminal PenumpangSunting
- Air Asia : Hong Kong, Johor Bahru[3], Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Langkawi,Jakarta, Surabaya, Medan, Singapore, Melbourne, Gold Coast, Perth, Sydney, Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai, Tokyo-Haneda, Osaka-Kansai, Kathmandu, Seoul, Busan, Taipei, Bangkok
- Asiana Airlines : Singapore.
- Cathay Pacific : Hong Kong, Jakarta, Singapore.
- China Airlines : Taipei, Jakarta.
- China Southern Airlines : Guangzhou.
- Delta Airlines : Taipei.
- Eva Air : Taipei.P
- Firefly : Banda Aceh, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Medan, Phuket, Pekanbaru, Subang.
- Indonesia AirAsia : Jakarta, Medan, Surabaya.
- Jetstar Asia Airways : Singapore.
- Korean Air : Manila, Singapore.
- Lufthansa : Bangkok.
- Malaysia Airlines : Kuala Lumpur, Singapore, Banda Aceh, Medan, Osaka, Tokyo, Phuket
- Melaka Air : Melaka.
- Qantas Airways : Singapore.
- Singapore Airlines : Singapore.
- Silk Air : Singapore
- Sriwijaya Air : Medan
- Thai AirAsia : Bangkok.
- Thai Airways International : Bangkok.
- Tiger Airways : Singapore.
- Wings Air : Medan
- Lion Airlines : Medan
Terminal KargoSunting
Penerbangan | Destinasi |
---|---|
Arabia International Cargo | Doha, Dubai |
Asiana Cargo | Seoul-Incheon |
Cathay Pacific Cargo | Hong Kong |
China Airlines Cargo | Taipei-Taoyuan, Manila |
DHL Aviation operated by Air Hong Kong | Hong Kong |
DHL Aviation operated by Transmile Air Services | |
EVA Air Cargo | Singapore, Taipei-Taoyuan |
FedEx Express | |
Hong Kong Airlines Cargo | Hong Kong |
Korean Air Cargo | Seoul-Incheon, Manila |
Lufthansa Cargo | |
MASkargo | Amsterdam, Dubai, Frankfurt, Hong Kong, Kuala Lumpur, Milan-Malpensa, Shanghai-Pudong, Tashkent, Tokyo-Narita |
Singapore Airlines Cargo | Hanoi, Singapore |
TNT Airways | |
UPS Airlines |
GaleriSunting
RujukanSunting
- ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMKP di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
- ^ Maklumat lapangan terbang mengenai PEN di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
- ^ https://www.breakingtravelnews.com/news/article/btn20060105115924331/
Pautan luarSunting
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Malaysia Airports Holdings Berhad
- Cuaca terkini untuk WMKP di NOAA/NWS
- Sejarah kemalangan untuk PEN di Rangkaian Keselamatan Penerbangan