Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

lapangan terbang di Kulai, Johor, Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (IATA: JHBICAO: WMKJ) ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail ialah sebuah lapangan terbang terbaru terletak di Senai, Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Ianya berhampiran dengan Johor Bahru. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di negeri Johor dan dapat memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk-penduduk selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan lapangan terbang kelima tersibuk di Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا سناي

Lapangan Terbang Sultan Ismail
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا إسماعيل
Logo-senaiairport.png
Senai International Airport.jpg
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikKerajaan Malaysia
PengendaliSenai Airport Terminal Services Sdn Bhd
DestinasiKulai, Johor, Malaysia
LokasiSenai, Johor, Malaysia
Ketinggian AMSL135 kaki / 41 m
Koordinat01°38′28″N 103°40′10″E / 1.64111°N 103.66944°E / 1.64111; 103.66944
Laman sesawanghttp://www.senaiairport.com/
Peta
JHB yang terletak di Semenanjung Malaysia
JHB
JHB
Lokasi di Senai, Johor, Malaysia
JHB yang terletak di Malaysia
JHB
JHB
JHB (Malaysia)
JHB yang terletak di Asia Tenggara
JHB
JHB
JHB (Asia Tenggara)
JHB yang terletak di Asia
JHB
JHB
JHB (Asia)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
16/34 3,354 11,004 Asfalt
Statistik (2016)
Pergerakan penumpang14,523,816
Pergerakan kargo udara dalam tan42,976
Source: DAFIF[1][2]

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu hub AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003.

SejarahSunting

Lapangan terbang ini pada asalnya dibuka pada tahun 1974 dan memberi perkhidmatan khususnya kepada penduduk Johor dan selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai digunakan sebagai hab bagi AirAsia.

Sekarang, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd (Senai Airport Terminal Services), selepas mengambil alih operasi lapangan terbang daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 2003.

Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa SenaiSunting

Pada hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih sudah menjadi status sebagai lapangan terbang antarabangsa. Dengan projek pembangunan Johor Selatan iaituIskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berpeluang untuk menjadi salah satu hab pengangkutan yang utama di Malaysia dan mampu untuk menaik taraf lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi salah satu hab penerbangan utama di Malaysia pada masa akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bercadang untuk meningkatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion selepas beberapa tahun lagi untuk menaik taraf pesawat di lapangan terbang dan kemudahan kargo seperti pusat kargo yang baru dan meningkatkan ruang bagi perniagaan runcit lapangan terbang.

Senai Airport City ataupun Bandar Logistik Lapangan Terbang Senai merupakan pembangunan yang dijalankan berdekatan dengan lapangan terbang ini. Senai Airport City ataupun dikenali sebagai Aeropolis yang memerlukan berbilion riggit akan ditapakkan bersebelahan dengan Bangunan Terminal Utama yang mempunyai keluasan sebanyak 1,133 hektar dan akan menyediakan tiga buah komponen iaitu pusat perdagangan lapangan terbang, pusat logistik penerbangan kargo dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Senai (Senai High Technology Industrial Park). Komponen pertama akan merangkumi 323 hektar manakala kedua-dua komponen yang lain merangkumi luas sebanyak 405 hektar bagi setiap komponen.

Pada 26 Mei 2008, Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang atau Senai Airport Terminal Services akan membina satu pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Aero Mall yang memerlukan sebanyak MYR 70 juta. Aero Mall ini dibuka secara rasmi pada Julai 2010. Aero Mall merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Malaysia yang terletak di dalam terminal lapangan terbang.

 
Destinasi-destinasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
 
Pemandangan di dalam balai menunggu perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor, Malaysia.

Penerbangan dan destinasiSunting

Pengangkutan PenumpangSunting

PenerbanganDestinasi
AirAsiaAlor Star[3], Bangkok-Dong Mueang[4][5][6], Bintulu, Guangzhou[7], Ho Chi Minh[8], Ipoh[9], Jakarta-Soekarno-Hatta[10], Kota Bharu, Kota Kinabalu[11], Kuala Lumpur-International[12], Kuching[13], Langkawi[14], Miri[15], Penang[16], Sibu[17], Tawau[18]
FireflyKota Bharu[19], Kuala Lumpur-Subang[20], Pulau Pinang (Bermula 11 April 2022 [21][22])
Indonesia AirAsiaJakarta-Soekarno-Hatta[23], Surabaya[24]
Malaysia AirlinesKuala Lumpur-International[25], Kuching [26], Langkawi

Musim Haji : Jeddah[27], Madinah[28]

Batik Air MalaysiaGuangzhou[29], Haikou[30], Ipoh[31], Kuala Lumpur-International[32], Kuala Lumpur-Subang[33]
SKS AirwaysPulau Tioman
Thai AirAsiaBangkok-Dong Mueang[34]

Pengangkutan KargoSunting

PenerbanganDestinasiTerminal
MAS Kargo Kuala Lumpur, Tokyo-Narita
Qatar Airways Doha
Transmile Air Services Kuala Lumpur

PengangkutanSunting

untuk masa kini, Perkhidmatan hantar jemput Penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bisa melalui Perkhidmatan Teksi dan Bas.

BasSunting

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambungkan ke Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Senai–Desaru dan Laluan Expressway Kedua. Teksi disediakan di luar lapangan terbang. Bas ke pusat bandar dengan pilihan untuk transit ke Singapura tersedia.[35]

Causeway Link menyediakan laluan kepada penumpang ke JB Sentral.

Nombor Bas Destinasi
AA1 JB Sentral

Perkhidmatan bas ke kawasan-kawasan utama seperti pusat bandar raya, JB Sentral dan Larkin Sentral juga disediakan.

Perkhidmatan Destinasi Nota
Causeway Link Trunk Services
Airport Shuttle[36] Kotaraya
333[37] Larkin Bus & Taxi Terminal
Sky Shuttle[38] Malaysia CIQ Complex For AirAsia's customer only
Maju Bus Trunk Services
207 Larkin Bus & Taxi Terminal
GML Line Bus Trunk Services
G1 Larkin Bus & Taxi Terminal


TeksiSunting

Perkhidmatan teksi turut disediakan di lapangan terbang ini. Perkhidmatan teksi ini dapat menyediakan untuk ke destinasi di sekitar metropolitan Johor Bahru seperti pusat bandar raya, Bandar Senai, Skudai, Pusat Bandar Kulaijaya, JB Sentral, Nusajaya dan sebagainya.

TrenSunting

Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tidak mempunyai jaringan dan perkhidmatan kereta api untuk ke pusat bandar raya Johor Bahru. Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, iaitu Zon Ekonomi Utama E: Senai-Skudai, Iskandar Malaysia akan merancang sebuah tren untuk ke pusat bandar yang dikenali sebagai Shuttle Express, yang serupa dengan KLIA Ekspres tetapi pada skala yang kecil. Tren ini akan menghubungkan Lapangan Terabang Antarabangsa Senai ke Bangunan Sultan Iskandar@JB Sentral melalui Skudai dan Larkin Sentral. Di bawah perancangan masa hadapan, satu laluan KTM baru dan stesen kereta api yang baru akan berempat di lapangan terbang ini untuk meningkatkan lagi pengangkutan ke lapangan terbang.

Senai Business Aviation Terminal (SBAT)Sunting

SATSSB yang juga mengoperasikan SBAT, terminal penerbangan persendirian yang terletak betul-betul di sebelah bangunan terminal utama lapangan terbang dan berkongsi infrastruktur yang sama. Sesuai dengan namanya, SBAT mempunyai kemudahan perniagaan termasuk bilik mesyuarat dan persidangan, serta kemudahan makan dan rehat peribadi.[39]

Senai Airport Free Industrial Zone (SAFIZ)Sunting

SAFIZ membentuk sebahagian daripada jumlah kawasan tanah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan beroperasi sebagai zon perindustrian bebas untuk beberapa kilang multinasional dan hab pengedaran, termasuk Pokka, Celestica dan BMW.[40]

RujukanSunting

  1. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMKJ di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  2. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai JHB di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
  3. ^ https://www.theedgemarkets.com/article/airasia-start-jbalor-setar-jbipoh-flights-oct-1
  4. ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/280535/airasia-increases-johor-bahru-bangkok-flights-from-oct-2018/
  5. ^ https://ftnnews.com/aviation/43559-airasia-resumes-flights-from-malaysia-to-thailand
  6. ^ Töre, Özgür. "AirAsia Resumes Flights from Malaysia to Thailand". ftnNews. Dicapai pada 15 March 2022.
  7. ^ https://www.airasia.com/my/ms/press-releases/airasia-adds-new-route-from-johor-bahru-guangzhou.page
  8. ^ https://www.traveldailymedia.com/airasia-adds-international-routes-from-johor/
  9. ^ https://www.feedme.com.my/airasia-launches-ipoh-johor-bahru-route-more-connections-to-perak-soon/
  10. ^ https://www.johornow.com/english/airasia-jb-jakarta-direct-flight-january-2017/
  11. ^ https://www.breakingtravelnews.com/news/article/btn20060105115924331/
  12. ^ https://explorasa.my/2014/03/pengalaman-pertama-menaiki-airasia-dari-kl-ke-johor-bahru/
  13. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/475744/airasia-adds-437-extra-flights-hari-raya
  14. ^ https://www.senaiairport.com/corporate/media/airport-announcements/airasia-resume-johor-bahru-%E2%80%93-tawau-connectivity
  15. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/475744/airasia-adds-437-extra-flights-hari-raya
  16. ^ https://www.breakingtravelnews.com/news/article/btn20060105115924331/
  17. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/475744/airasia-adds-437-extra-flights-hari-raya
  18. ^ https://www.senaiairport.com/corporate/media/airport-announcements/airasia-resume-johor-bahru-%E2%80%93-tawau-connectivity
  19. ^ https://www.fireflyz.com.my/firefly-opens-kota-bharu-johor-bahru-connections
  20. ^ https://www.fireflyz.com.my/firefly-johor-bahru-today-live-entertainment-senai-airport
  21. ^ "Firefly reinstates jet ops from Penang with direct flights to Johor Bahru, Kuching and Kota Kinabalu". TheEdgeMarkets. 17 February 2022.
  22. ^ "Firefly to fly three new routes to Kuching, KK and JB from April 11". The Star (Malaysia). 4 Mac 2022. Dicapai pada 10 April 2022.
  23. ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/285931/indonesia-airasia-expands-malaysia-network-in-4q19/
  24. ^ https://travel.detik.com/travel-news/d-2067254/airasia-buka-rute-baru-surabaya-johor-bahru
  25. ^ https://web.archive.org/web/20160906230331/http://www.malaysiaairlines.com/content/dam/malaysia-airlines/mas/PDF/bookandplan/timetable/MH%20August%202016.pdf
  26. ^ "Introducing direct flights between Johor Bahru and Kuching". MalaysiaAirlines.
  27. ^ https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-airlines-starts-hajj-charter
  28. ^ https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-airlines-starts-hajj-charter
  29. ^ https://www.malindoair.com/news-events/2019/04/03/MALINDO-AIR-COMMENCES-FIRST-FLIGHT-FROM-JOHOR-BAHRU-TO-GUANGZHOU-CHINA
  30. ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/279358/malindo-air-schedules-additional-charter-routes-to-china-in-july-2018/
  31. ^ https://www.anna.aero/2014/10/22/malindo-air-adds-two-new-routes-from-ipoh/
  32. ^ https://www.anna.aero/2016/05/17/malindo-air-jets-off-johor-bahru/
  33. ^ https://www.webintravel.com/malindo-air-takes-battle-domestic-skies-subang-firefly-unfazed/
  34. ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/276686/thai-airasia-adds-bangkok-johor-bahru-from-feb-2018/
  35. ^ "By Bus".
  36. ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
  37. ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
  38. ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-29. Dicapai pada 2012-07-26.
  39. ^ http://www.senaiairport.com/corporate/media/airport-announcements/making-the-move-to-senai-business-aviation-termina
  40. ^ http://www.senaiairport.com/corporate/land/senai-airport-free-industrial-zone

Lihat JugaSunting

Pautan luarSunting