Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (IATA: JHB, ICAO: WMKJ) ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail ialah sebuah lapangan terbang terbaru terletak di Senai, Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Ianya berhampiran dengan Johor Bahru. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di negeri Johor dan dapat memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk-penduduk selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan lapangan terbang kelima tersibuk di Malaysia.
Senai International Airport Lapangan Terbang Antarabangsa Senai لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا سناي 士乃国际机场 செனாய் சர்வதேச விமான நிலையம் | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Hak milik | MMC Corporation Berhad | ||||||||||
Pengendali | Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd | ||||||||||
Destinasi | Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Senai dan Kulai, Johor, Malaysia | ||||||||||
Dibuka | 1974 | ||||||||||
Bandar tumpuan untuk | |||||||||||
Zon masa | MST (UTC+08:00) | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 127 kaki / 39 m | ||||||||||
Koordinat | 01°38′26″N 103°40′13″E / 1.64056°N 103.67028°EKoordinat: 01°38′26″N 103°40′13″E / 1.64056°N 103.67028°E | ||||||||||
Laman sesawang | www.senaiairport.com | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2020) | |||||||||||
| |||||||||||
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu hub AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003.
Sejarah sunting
Lapangan terbang ini pada asalnya dibuka pada tahun 1974 dan memberi perkhidmatan khususnya kepada penduduk Johor dan selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai digunakan sebagai hab bagi AirAsia.
Sekarang, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd (Senai Airport Terminal Services), selepas mengambil alih operasi lapangan terbang daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 2003.
Sejarah (Versi Lain) sunting
Dibuka pada 1974, lapangan terbang ini diurus dan dikendalikan oleh Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB) yang mengambil alih operasi daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada tahun 2003 di bawah konsesi 50 tahun untuk dibangunkan. Lapangan kapal terbang. SATSSB kini dimiliki sepenuhnya oleh MMC Corporation Berhad. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kini merupakan satu-satunya lapangan terbang awam yang diuruskan secara persendirian di Malaysia. SATSSB juga mengendalikan Lapangan Terbang Kerteh untuk Petronas.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mampu mengendalikan sehingga 4.5 juta penumpang dan 80,000 tan kargo setahun.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berfungsi sebagai pintu masuk penerbangan untuk Iskandar Malaysia dan wilayah selatan, dan berdedikasi untuk menyediakan laluan dan perkhidmatan yang penting untuk memenuhi keperluan pelancong dan pelancong perniagaan. Dilengkapi dengan landasan Kategori 4E 3,800 meter, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai boleh mengendalikan pesawat sehingga jet besar seperti Airbus A350 XWB, Boeing 777 dan juga Antonov An-124 Ruslan pengangkut barang. Pada masa ini, terdapat empat syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, melayani 12 destinasi domestik dan 4 antarabangsa.
Pada 2019, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mengendalikan sejumlah 4,254,922 penumpang dan 15,010 tan kargo dengan gabungan 52,030 pergerakan pesawat komersial berjadual dan tidak berjadual. Pada masa ini terminal sedang diperluas untuk mengendalikan 5 juta penumpang menjelang 2023.[3]
Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sunting
Pada hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih sudah menjadi status sebagai lapangan terbang antarabangsa. Dengan projek pembangunan Johor Selatan iaituIskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berpeluang untuk menjadi salah satu hab pengangkutan yang utama di Malaysia dan mampu untuk menaik taraf lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi salah satu hab penerbangan utama di Malaysia pada masa akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bercadang untuk meningkatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion selepas beberapa tahun lagi untuk menaik taraf pesawat di lapangan terbang dan kemudahan kargo seperti pusat kargo yang baru dan meningkatkan ruang bagi perniagaan runcit lapangan terbang.
Senai Airport City ataupun Bandar Logistik Lapangan Terbang Senai merupakan pembangunan yang dijalankan berdekatan dengan lapangan terbang ini. Senai Airport City ataupun dikenali sebagai Aeropolis yang memerlukan berbilion riggit akan ditapakkan bersebelahan dengan Bangunan Terminal Utama yang mempunyai keluasan sebanyak 1,133 hektar dan akan menyediakan tiga buah komponen iaitu pusat perdagangan lapangan terbang, pusat logistik penerbangan kargo dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Senai (Senai High Technology Industrial Park). Komponen pertama akan merangkumi 323 hektar manakala kedua-dua komponen yang lain merangkumi luas sebanyak 405 hektar bagi setiap komponen.
Pada 26 Mei 2008, Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang atau Senai Airport Terminal Services akan membina satu pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Aero Mall yang memerlukan sebanyak MYR 70 juta. Aero Mall ini dibuka secara rasmi pada Julai 2010. Aero Mall merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Malaysia yang terletak di dalam terminal lapangan terbang.
Syarikat Penerbangan dan destinasi sunting
Penumpang sunting
Penerbangan | Destinasi | Rujukan |
---|---|---|
AirAsia | Alor Star, Guangzhou Bandaraya Ho Chi Minh, Ipoh, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Antarabangsa, Kuching, Langkawi, Miri, Phnom Penh, Pulau Pinang, Sibu, Tawau | [4][5][6] |
Batik Air Malaysia | Kuala Lumpur-Antarabangsa, Kuala Lumpur-Subang, Sibu | [7][8] |
Firefly | Pulau Pinang | [9][10] |
Indonesia AirAsia | Jakarta Soekarno-Hatta, Surabaya | |
Malaysia Airlines | Kuala Lumpur-Antarabangsa, Kuching (Destinasi ini Belum dimulakan semula) | [11][12] |
Thai AirAsia | Bangkok-Dong Mueang | [13][14] |
TransNusa | Jakarta Soekarno-Hatta | [15][16] |
Kargo sunting
Penerbangan | Destinasi |
---|---|
MASkargo | Kuala Lumpur, Tokyo-Narita |
Qatar Airways | Doha (laluan ini tidak beroperasi) |
Transmile Air Services | Kuala Lumpur |
World Cargo Airlines | Kuala Lumpur–Antarabangsa |
Pengangkutan sunting
untuk masa kini, Perkhidmatan hantar jemput Penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bisa melalui Perkhidmatan Teksi dan Bas.
Bas sunting
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambungkan ke Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Senai–Desaru dan Laluan Expressway Kedua. Teksi disediakan di luar lapangan terbang. Bas ke pusat bandar dengan pilihan untuk transit ke Singapura tersedia.[17]
Causeway Link menyediakan laluan kepada penumpang ke JB Sentral.
Nombor Bas | Destinasi |
---|---|
AA1 | JB Sentral |
Perkhidmatan bas ke kawasan-kawasan utama seperti pusat bandar raya, JB Sentral dan Larkin Sentral juga disediakan.
Perkhidmatan | Destinasi | Nota | |
---|---|---|---|
Causeway Link Trunk Services | |||
Airport Shuttle[18] | Kotaraya | – | |
333[19] | Larkin Bus & Taxi Terminal | – | |
Sky Shuttle[20] | Malaysia CIQ Complex | For AirAsia's customer only | |
Maju Bus Trunk Services | |||
207 | Larkin Bus & Taxi Terminal | – | |
GML Line Bus Trunk Services | |||
G1 | Larkin Bus & Taxi Terminal | – |
Teksi sunting
Perkhidmatan teksi turut disediakan di lapangan terbang ini. Perkhidmatan teksi ini dapat menyediakan untuk ke destinasi di sekitar metropolitan Johor Bahru seperti pusat bandar raya, Bandar Senai, Skudai, Pusat Bandar Kulaijaya, JB Sentral, Nusajaya dan sebagainya.
Tren sunting
Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tidak mempunyai jaringan dan perkhidmatan kereta api untuk ke pusat bandar raya Johor Bahru. Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, iaitu Zon Ekonomi Utama E: Senai-Skudai, Iskandar Malaysia akan merancang sebuah tren untuk ke pusat bandar yang dikenali sebagai Shuttle Express, yang serupa dengan KLIA Ekspres tetapi pada skala yang kecil. Tren ini akan menghubungkan Lapangan Terabang Antarabangsa Senai ke Bangunan Sultan Iskandar@JB Sentral melalui Skudai dan Larkin Sentral. Di bawah perancangan masa hadapan, satu laluan KTM baru dan stesen kereta api yang baru akan berempat di lapangan terbang ini untuk meningkatkan lagi pengangkutan ke lapangan terbang.
Galeri JBIA sunting
-
Destinasi-destinasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
-
Dalaman lapangan terbang.
Senai Business Aviation Terminal (SBAT) sunting
SATSSB yang juga mengoperasikan SBAT, terminal penerbangan persendirian yang terletak betul-betul di sebelah bangunan terminal utama lapangan terbang dan berkongsi infrastruktur yang sama. Sesuai dengan namanya, SBAT mempunyai kemudahan perniagaan termasuk bilik mesyuarat dan persidangan, serta kemudahan makan dan rehat peribadi.[21]
Senai Airport Free Industrial Zone (SAFIZ) sunting
SAFIZ membentuk sebahagian daripada jumlah kawasan tanah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan beroperasi sebagai zon perindustrian bebas untuk beberapa kilang multinasional dan hab pengedaran, termasuk Pokka, Celestica dan BMW.[22]
Rujukan sunting
- ^ WMKJ – JOHOR BAHRU/SENAI INTERNATIONAL at Department of Civil Aviation Malaysia
- ^ "Senai International Airport : About Senai Airport : Facts at a Glance". Senaiairport.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2012. Dicapai pada 26 Julai 2012.
- ^ "Statistic:Aviation". Ministry of Transport. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2012. Dicapai pada 16 Julai 2014.
- ^ "AIRASIA ADDS JOHOR BAHRU – PHNOM PENH IN 1Q23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 22 November 2022. Dicapai pada 22 November 2022.
- ^ BERNAMA (29 Mac 2023). "Senai Airport welcomes resumption of flights from China". www.freemalaysiatoday.com (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today (FMT). Dicapai pada 29 Mac 2023.
State officials welcomed 110 passengers on an AirAsia flight from Guangzhou this morning.
- ^ BERNAMA (29 Mac 2023). "Senai Int'l Airport welcomes resumption of flights from China". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily (Malaysia). Dicapai pada 29 Mac 2023.
Senai Airport Terminal chief executive officer (CEO) Kennedy Ayu said the airport was pleased to greet its first 110 passengers from the AK1395 flight, a non-stop service to Johor Bahru.
- ^ name="Batik Air Malaysia KL - JB"
- ^ "Batik Air Malaysia Resumes KL – Johor Bahru Service in NS23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 12 April 2023. Dicapai pada 12 April 2023.
Batik Air Malaysia in late-April 2023 plans to resume Kuala Lumpur – Johor Bahru service, last served until March 2020. The airline schedules 6 weekly flights from 19APR23, increasing to 2 daily from 01MAY23.
- ^ "Firefly reinstates jet ops from Penang with direct flights to Johor Bahru, Kuching and Kota Kinabalu". TheEdgeMarkets. 17 February 2022.
- ^ "Firefly to fly three new routes to Kuching, KK and JB from April 11". The Star (Malaysia). 4 Mac 2022. Dicapai pada 10 April 2022.
- ^ https://web.archive.org/web/20160906230331/http://www.malaysiaairlines.com/content/dam/malaysia-airlines/mas/PDF/bookandplan/timetable/MH%20August%202016.pdf
- ^ "Introducing direct flights between Johor Bahru and Kuching". MalaysiaAirlines.
- ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/276686/thai-airasia-adds-bangkok-johor-bahru-from-feb-2018/
- ^ "AirAsia Launches Flights to 4 Asean Cities from Bangkok-Don Mueang! Fly to Vientiane, Siem Reap, Da Nang, Johor Bahru". AirAsia Newsroom (AirAsia). 2 Jun 2022. Dicapai pada 2 Jun 2022.
- ^ BERNAMA (17 Ogos 2023). "TransNusa Indonesia sedia lancar laluan Jakarta-Johor Bahru mulai 7 Sept". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 7 September 2023.
PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) dari Indonesia akan memulakan laluan antarabangsa kedua menghubungkan Jakarta ke Johor Bahru mulai 7 Sept.
(dalam bahasa Bahasa Melayu) - ^ "TRANSNUSA ADDS ARJ21 JOHOR BAHRU SERVICE FROM SEP 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 14 September 2023. Dicapai pada 15 September 2023.
Indonesian carrier TransNusa last week launched new service to Malaysia, which saw the inaugural of Jakarta – Johor Bahru flight on 07SEP23. The carrier operates this route 5 times weekly, with Comac ARJ21-700 aircraft. The airline anticipates service to increase to daily from 31OCT23.
- ^ "By Bus".
- ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
- ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
- ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-29. Dicapai pada 2012-07-26.
- ^ http://www.senaiairport.com/corporate/media/airport-announcements/making-the-move-to-senai-business-aviation-termina
- ^ http://www.senaiairport.com/corporate/land/senai-airport-free-industrial-zone
Lihat Juga sunting
Pautan luar sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai |