Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Lapangan Terbang di Kuala Nerus dan Terengganu, Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (IATA: TGGICAO: WMKN), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Terengganu. Lapangan terbang tersebut menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Nerus, sebuah daerah yang terangkum di dalam bandar raya Kuala Terengganu yang terletak di pesisir pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1]

Sultan Mahmud International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud
لاڤڠن تربڠ سلطان مهمود
苏丹玛末国际机场
சுல்தான் மஹ்மூத் சர்வதேச விமான நிலையம்
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikKerajaan Malaysia
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiKuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
LokasiKuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL21 kaki / 6 m
Koordinat05°22′53″N 103°06′17″E / 5.38139°N 103.10472°E / 5.38139; 103.10472Koordinat: 05°22′53″N 103°06′17″E / 5.38139°N 103.10472°E / 5.38139; 103.10472
Peta
Lapangan Terbang Sultan Mahmud is located in Bumi
Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
04/22 3,480 11,417 Asfalt
Statistik (2018)
Penumpang894,737 ( 5.2%)
Pengangkutan udara (tan)363 ( 47.1%)
Pergerakan Pesawat10,637 ( 7.4%)
Rujukan: laman sesawang rasmi[1]
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]

Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.

Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.

Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.

Terminal sunting

Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]

Terminal utama Lapangan Terbang Sultan Mahmud menawarkan standard perkhidmatan dan kemudahan tertinggi kepada pengembara untuk berehat selepas melakukan perjalanan.

[3]

Trafik dan statistik sunting

Jumlah penumpang tahunan dan statistik pergerakan pesawat[4]
Tahun
Penumpang
Bilangan
Penumpang
% Perubahan
Kargo
(tan)
Kargo
% Perubahan
Pesawat
Pergerakan
Pesawat
% Perubahan
2003 394,240
160
5,508
2004 435,620 10.5 124 22.5 5,834 5.9
2005 419,475 3.7 94 24.2 5,622 3.6
2006 398,252 5.1 70 25.5 3,792 32.5
2007 430,800 8.2 47 32.8 8,781 131.6
2008 487,495 13.2 24 49.0 10,045 14.4
2009 523,619 7.4 24
9,875 1.7
2010 520,611 0.6 50 108.3 10,959 11.0
2011 502,966 3.4 103 106.0 14,296 30.4
2012 550,831 9.5 147 42.7 12,809 10.4
2013 699,310 27.0 103 29.7 11,402 11.0

Syarikat Penerbangan dan destinasi sunting

Penumpang sunting

PenerbanganDestinasiRujukan
AirAsia Kota Kinabalu (Destinasi ini belum dimulakan semula), Kuala Lumpur–Antarabangsa [5]
Batik Air Malaysia Kuala Lumpur–Subang
Firefly Kuala Lumpur–Subang
Malaysia Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa

Pengangkutan sunting

Untuk masa kini, Teksi Dalam Talian, serta Perkhidmatan Sewa Kereta, dan Teksi sahaja yang menyediakan perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Teksi Dalam Talian sunting

yang menjadi penyedia perkhidmatan Teksi dalam talian, ialah Syarikat Grab, yang menyediakan perkhidmatan hantar jemput penumpang Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Sewa Kereta sunting

Perkhidmatan Sewa Kereta, juga menjalankan Kegiatan Operasional pada laluan Antara Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Teksi sunting

Perkhidmatan Teksi menjalankan Kegiatan Operasional, pada laluan Antara Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu at Malaysia Airports Holdings Berhad
  2. ^ WMKN - KUALA TERENGGANU/SULTAN MAHMUD at Department of Civil Aviation Malaysia
  3. ^ https://www.halaltrip.com/airport-details/213/sultan-mahmud-airport/
  4. ^ "MAHB Annual Report 2012" (PDF). MAHB. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-04-24. Dicapai pada 6 September 2013.
  5. ^ "AirAsia rolls out 4 new routes to improve connectivity". The Malaysian Reserve.
  6. ^ https://taxi-kuala-terengganu-terengganu-my.taxigator.net/r/i6MeAA

Pautan luar sunting