Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan

Lapangan Terbang di Kathmandu, Nepal

Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) (Nepal: त्रिभुवन अन्तर्राष्ट्रिय विमानस्थल, IATA: KTM, ICAO: VNKT) adalah lapangan terbang antarabangsa di Kathmandu, Nepal yang terletak di Lembah Kathmandu kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Kathmandu. Lapangan terbang ini telah berkhidmat sejak tahun 1949, dan telah dirasmikan pada tahun 1955 oleh King Mahendra of Nepal. Pada asalnya, landasan lapangan terbang ini adalah rumput tetapi telah ditukar kepada konkrit pada tahun 1957. Pesawat jet pertama mendarat di Tribhuvan pada tahun 1967 dan operasi jet biasa bermula pada tahun 1972.

Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan

त्रिभुवन अन्तर्राष्ट्रिय विमानस्थल
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
DestinasiKathmandu, Nepal
Hab untuk
Ketinggian AMSL4,390 kaki / 1,338 m
Koordinat27°41′47″N 085°21′32″E / 27.69639°N 85.35889°E / 27.69639; 85.35889Koordinat: 27°41′47″N 085°21′32″E / 27.69639°N 85.35889°E / 27.69639; 85.35889
Laman sesawangwww.tiairport.com.np
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
02/20 3,050 10,007 konkrit
Statistik (2016[1])
Penumpang (domestik dan antarabangsa)5,27 juta
Perubahan penumpang 2015-16 15%
Pergerakan pesawat (domestik dan antarabangsa)103,248
Perubahan pergerakan 2015-16 28%
Sumber: CAAN[2] and DAFIF[3][4]

Lapangan terbang ini mempunyai satu terminal domestik dan antarabangsa. Pada masa ini, lebih daripada 30 syarikat penerbangan antarabangsa menghubungkan Nepal ke destinasi di Asia dan Timur Tengah. Lapangan terbang ini juga berfungsi sebagai hab bagi beberapa syarikat penerbangan Nepal. Ia adalah satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Nepal.

Sejarah sunting

Pada asalnya, lapangan terbang ini digelar sebagai Lapangan Terbang Gauchar. Nama Gauchar diambil dari lokasi tempat lapangan terbang ini berada di Kathmandu. Permulaan rasmi penerbangan di Nepal berlaku pada tahun 1949, dengan pendaratan Beechcraft Bonanza yang membawa kedutaan India. Penerbangan sewa pertama berlaku antara Gauchaur dan Kolkata, di Himalayan Aviation Dakota pada 20 Februari 1950.[5]

Pada tahun 1955, lapangan terbang itu telah dirasmikan oleh Raja Mahendra dan menamakan semula Lapangan Terbang Tribhuvan sebagai ingatan kepada ayahandanya. Lapangan terbang itu sekali lagi dinamakan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan pada tahun 1964. Landasan rumput yang asal telah dibenamkan semula dalam konkrit pada tahun 1957 dan dipanjangkan dari 3,750 kaki (1,140 m), hingga 6,600 kaki (2,000 m) pada tahun 1967. Landasan itu lagi dilanjutkan daripada 6,600 kaki (2,000 m) hingga 10,000 kaki (3,000 m) pada tahun 1975.[6]

Pesawat jet pertama yang mendarat di Tribhuvan ialah Lufthansa Boeing 707 pada tahun 1967. Royal Nepal Airlines Corporation memulakan operasi jet di lapangan terbang pada tahun 1972 dengan pesawat Boeing 727.[7]

Pada bulan Mei 2007, Austrian Airlines menghentikan penerbangan terus ke Vienna iaitu penerbangan terus yang terakhir Nepal ke Eropah.[8] Sejak September 2013, Turkish Airlines melancarkan penerbangan terus dari Istanbul ke Kathmandu yang membangunkan semula hubungan Nepal dengan benua Eropah.[9]

Kemudahan sunting

Lapangan terbang ini mempunyai landasan konkrit 10,007 kaki (3,050 m) berorientasikan 02/20. Lapangan terbang ini mempunyai dua terminal awam iaitu satu untuk antarabangsa dan satu untuk trafik domestik. Ia juga mempunyai terminal untuk tetamu VIP. Terdapat beberapa kedai teh di luar lapangan terbang. Beberapa ATM juga disediakan di lapangan terbang.

Radisson Hotel Kathmandu mengendalikan ruang tamu eksekutif untuk penumpang kelas pertama dan perniagaan untuk sesetengah syarikat penerbangan[10] dan Thai Airways mengendalikan ruang untuk penumpang kelas perniagaannya serta pemegang kad Star Alliance Gold.[11]

Penerbangan dan destinasi sunting

Penumpang sunting

PenerbanganDestinasi
Agni AirBhadrapur, Bhairahawa, Biratnagar, Lukla, Pokhara, Tumlingtar[12]
Air ArabiaAbu Dhabi, Sharjah
Air ChinaChengdu, Lhasa
Air IndiaDelhi, Kolkata, Varanasi
ArkeFlyAmsterdam
Bahrain AirBahrain
Batik Air MalaysiaKuala Lumpur-Antarabangsa [13]
Biman Bangladesh AirlinesDhaka
Buddha AirBhadrapur, Bhairahawa, Bharatpur, Biratnagar, Delhi, Dhangadhi, Janakpur, Lucknow, Nepalgunj, Pokhara, Paro, Simara
Cathay PacificHong Kong [14]
China Eastern AirlinesKunming
China Southern AirlinesGuangzhou
Druk AirBagdogra, Delhi, Paro
Etihad AirwaysAbu Dhabi
FlydubaiDubai
Guna AirlinesPokhara, Biratnagar, Janakpur, Simara[15]
GMG AirlinesDhaka
Gulf AirBahrain
Himalaya AirlinesAbu Dhabi, Beijing-Daxing, Kuala Lumpur-Antarabangsa, Lhasa (Bermula 8 Januari 2024[16])
Jet AirwaysDelhi, Kolkata, Mumbai
JetLiteDelhi
Jordan AviationAmman
Kingfisher AirlinesDelhi, Kolkata, Mumbai
Korean AirSeoul-Incheon
Malaysia AirlinesKuala Lumpur-Antarabangsa
Nepal AirlinesBangkok-Suvarnabhumi, Bhojpur, Chaurjhari, Delhi, Doha, Dubai, Hong Kong, Kageldanda, Khanidanda, Kuala Lumpur-Antarabangsa, Lamidanda, Lukla, Phaplu, Pokhara, Rukumkot, Rumjatar, Thamkharka, Tumlingtar[17]
Oman AirMuscat
Pakistan International AirlinesIslamabad, Karachi
Qatar AirwaysDoha
Singapore AirlinesSingapura
Sita AirBiratnagar, Dang, Dhangadhi, Janakpur, Jomsom, Lukla, Pokhara, Tumlingtar[18]
SpicejetDelhi
Tara AirBajura, Bharatpur, Dolpa, Jomsom, Jumla, Lamidanda, Lukla, Meghauli, Nepalgunj, Phaplu, Pokhara, Ramechhap, Rara, Rumjatar, Simikot, Surkhet, Tumlingtar[19]
Thai Airways InternationalBangkok-Suvarnabhumi
Turkish AirlinesIstanbul
United AirwaysDhaka
Yeti AirlinesBhadrapur, Bhairahawa, Biratnagar, Dhangadhi, Janakpur, Nepalgunj, Pokhara[20]

Statistik sunting

Bilangan penumpang sunting

Penumpang (Domestik dan Antarabangsa)[21][22][1]
2000 1,914,349
2001 1,849,766
2002 1,600,309
2003 1,748,082
2004 2,016,850
2005 2,362,885
2006 2,265,758
2007 2,543,482
2008 2,867,216
2009 3,405,015
2010 3,991,259
2011 4,508,962
2012 4,500,176
2013 4,682,906
2014 4,962,205
2015 4,581,210
2016 5,268,338

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Civil Aviation Report 2017" (PDF). Civil Aviation Authority of Nepal. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-06-18. Dicapai pada 1 June 2018.
  2. ^ "Tribhuvan International Airport". Civil Aviation Authority of Nepal. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2007.
  3. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai VNKT di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  4. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai KTM / VNKT di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
  5. ^ Administrator. "Chronology". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-21. Dicapai pada 3 January 2015.
  6. ^ Administrator. "Chronology". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-21. Dicapai pada 3 January 2015.
  7. ^ Administrator. "Chronology". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-21. Dicapai pada 3 January 2015.
  8. ^ "Austrian bids farewell to the 737", Airliner World, June 2013: p6
  9. ^ Medyasoft (c) 2012. "International Flight Destinations & Special Offers – Turkish Airlines". Dicapai pada 3 January 2015.
  10. ^ "Airport Restaurant and Executive Lounge" (PDF). Radisson. Dicapai pada 1 April 2018.
  11. ^ "Royal Orchid Lounge". Thai Airways. Dicapai pada 1 April 2018.
  12. ^ "Jadwal Penerbangan Agni Air". Dicapai pada 11 Mei 2011.
  13. ^ "BATIK AIR MALAYSIA NS24 SOUTH ASIA SERVICE CHANGES – 29FEB24". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes. 1 Mac 2024. Dicapai pada 6 Mac 2024. Batik Air Malaysia in Northern summer 2024 season plans service variations to South Asia, as the airline schedules service increase on selected markets.
  14. ^ "CATHAY PACIFIC 2Q24 NEPAL SERVICE INCREASES". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 8 Januari 2024. Dicapai pada 12 Januari 2024. Cathay Pacific in the second quarter of 2024 plans to increase service to Nepal, with the addition of 5th weekly flight between 31MAR24 and 30JUN24. The carrier's Hong Kong – Kathmandu service is operated by Airbus A330-300 aircraft.
  15. ^ "Guna Airlines: About Us". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-13. Dicapai pada 11 Mei 2011.
  16. ^ "HIMALAYA AIRLINES ADDS KATHMANDU – LHASA SERVICE FROM JAN 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 27 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023. Himalaya Airlines in January 2024 plans to launch new service to Mainland China, offering nonstop Kathmandu – Lhasa flight, on board Airbus A319 aircraft. The airline will operate this route once a week on Mondays, effective 08JAN24.
  17. ^ "Jadwal Penerbangan Nepal Airlines". Dicapai pada 11 Mei 2011.
  18. ^ "Destinasi Sita Air". Dicapai pada 11 Mei 2011.
  19. ^ "Beranda Website Tara Air". Dicapai pada 11 Mei 2011.
  20. ^ "Jadwal Penerbangan Yeti Airlines". Dicapai pada 11 Mei 2011.
  21. ^ "Civil Aviation Report 2009-2010" (PDF). Civil Aviation Authority of Nepal. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-29. Dicapai pada 1 June 2018.
  22. ^ "Civil Aviation Report 2011-2012" (PDF). Civil Aviation Authority of Nepal. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-11-01. Dicapai pada 1 June 2018.