Lapangan Terbang Eindhoven AB


Lapangan Terbang Eindhoven AB (IATA: EINICAO: EHEH) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Eindhoven, Belanda.

Lapangan Terbang Eindhoven AB

Eindhoven Airport
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam/Tentera[1]
DestinasiEindhoven
LokasiEindhoven, Belanda
Ketinggian AMSL22.56 m / 74.02 kaki
KoordinatLatitude N51* 27.0000', Longtitude E05* 22.4667'
Laman webhttp://www.eindhovenairport.com/en/
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
03/21 2,606 8,551 Asfalt

Lapangan Terbang Eindhoven AB terletak pada kedudukan latitude N51* 27.0000', longtitude E05* 22.4667' pada ketinggian 22.56 meter dari aras laut.

AksesSunting

KeretaSunting

Lapangan terbang ini boleh diakses dari Lebuhraya A2 (Persimpangan 29) yang menghubungkan Eindhoven, Maastricht dan 's-Hertogenbosch (Den Bosch). Lebuh-lebuh raya lain seperti A67 yang menghubungkan Antwerp dan Venlo, A58 dari Tilburg dan A50 dari Nijmegen yang bersambung dengan Lebuhraya A2, membolehkan lapangan terbang ini mempunyai akses ke seluruh bandar utama Belanda dan Belgium.

BasSunting

AirExpressBus menyediakan perkhidmatan satu aliran ke Eindhoven, Den Bosch, Utrecht, dan Amsterdam. Perjalanan ke Amsterdam mengambil masa 1 jam 30 minit. Syarikat bas yang sama juga mengadakan perkhidmatan ulang-alik antara Turnhout, Antwerp dan lapangan terbang.[2]

TeksiSunting

Perkhidmatan teksi yang berdaftar dengan lapangan terbang disediakan oleh Taxicompany Cibatax, Conexxion Taxi Services dan Jansen Taxi. Perjalanan ke Eindhoven biasanya mengambil masa 15 hingga 20 minit.[3]

RujukanSunting

Pautan luarSunting