Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN) adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Nerus, sebuah bandar raya yang terletak di pesisir pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[2]
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud لاڤڠن تربڠ سلطان مهمود | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports Holdings Berhad | ||||||||||
Destinasi | Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Kuala Nerus | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 21 kaki / 6 m | ||||||||||
Koordinat | 05°22′57″N 103°06′12″E / 5.38250°N 103.10333°E | ||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (201?) | |||||||||||
| |||||||||||
Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.
Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.
Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.
Penerbangan bersama destinasiSunting
Penerbangan | Destinasi | Terminal |
---|---|---|
AirAsia | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur | Domestik |
Firefly | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Lumpur-Subang | Domestik |
Malaysia Airlines | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur | Domestik |
Malaysia Airlines | Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah (musim haji/sewa khas) | Antarabangsa |
Malaysia Airlines | Lapangan Terbang Antarabangsa Pr Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah (musim haji/sewa khas) | Antarabangsa |
Malindo Air | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Lumpur-Subang | Domestik |
Trafik dan statistikSunting
Bilangan |
% Perubahan |
(tan) |
% Perubahan |
Pergerakan |
% Perubahan | |
---|---|---|---|---|---|---|
2003 | 394,240 | 160 | 5,508 | |||
2004 | 435,620 | ▲10.5 | 124 | ▼22.5 | 5,834 | ▲ 5.9 |
2005 | 419,475 | ▼3.7 | 94 | ▼24.2 | 5,622 | ▼ 3.6 |
2006 | 398,252 | ▼5.1 | 70 | ▼25.5 | 3,792 | ▼ 32.5 |
2007 | 430,800 | ▲8.2 | 47 | ▼32.8 | 8,781 | ▲ 131.6 |
2008 | 487,495 | ▲13.2 | 24 | ▼49.0 | 10,045 | ▲ 14.4 |
2009 | 523,619 | ▲7.4 | 24 | 9,875 | ▼ 1.7 | |
2010 | 520,611 | ▼0.6 | 50 | ▲108.3 | 10,959 | ▲ 11.0 |
2011 | 502,966 | ▼3.4 | 103 | ▲106.0 | 14,296 | ▲ 30.4 |
2012 | 550,831 | ▲9.5 | 147 | ▲42.7 | 12,809 | ▼ 10.4 |
2013 | 699,310 | ▲27.0 | 103 | ▼29.7 | 11,402 | ▼ 11.0 |
RujukanSunting
- ^ Malaysia Airports - Domestik - Sultan Mahmud Airport
- ^ a b Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu di Malaysia Airports Holdings Berhad
- ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMKN di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
- ^ Maklumat lapangan terbang mengenai TGG di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
- ^ "MAHB Annual Report 2012" (PDF). MAHB. Dicapai pada 6 September 2013.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lapangan Terbang Sultan Mahmud |
- Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu di Malaysia Airports Holdings Berhad
- Cuaca terkini untuk WMKN di NOAA/NWS
- Sejarah kemalangan untuk TGG di Rangkaian Keselamatan Penerbangan
Rencana tentang bangunan dan struktur di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |