Bumi terdiri daripada tiga lapisan yang terdiri daripada lapisan kerak bumi, lapisan mantel dan lapisan teras.Lapisan kerak bumi adalah lapisan yang paling nipis dan berada di luar sekali. Ia terdiri daripada lapisan batu batan yang keras. Diikuti dengan lapisan mantel yang terdiri daripada batuan lebur yang dikenali sebagai magma. Lapisan ini merupakan lapisan yang paling tebal. Lapisan teras terbahagi kepada dua iaitu teras luar dan teras dalam. Lapisan teras luar terdiri daripada logam separa pepejal. Teras dalam pula terdiri daripada logam pejal dan merupakan lapisan bumi yang paling dalam.