Laporan Ketua Audit Negara 2006

(Dilencongkan dari Laporan Audit Negara 2006)

Laporan Audit Negara 2006 disampaikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pada September 2007.

Laporan kali ini mendedahkan pelbagai kepincangan pengurusan wang rakyat dan kerajaan Malaysia. Pendedahan ini menunjukkan kerajaan bertanggungjawab dan telus dalam menguruskan wang rakyat.

Jawapan sunting

  • Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Azalina Othman Said berkata punca harga mahal kerana rundingan terus dengan orang tengah di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 tahun 2002. Juruperunding pengurusan projek (PMC) telah dilantik oleh Kementerian Kewangan untuk menyelia urusan pembelian.[1].
  • Harga mahal kerana kos infrastruktur dan pemasangan seperti suis limit, pagar keselamatan, penyaman udara, bekalan elektrik, pembinaan laluan masuk dan pembersihan tapak termasuk kerja ubahsuai kren untuk memuatkan empat orang.
  • Harga barang terbabit masih di bawah harga siling. Terdapat ramai pembekal yang disenarai oleh Kementerian Kewangan dan tidak disenarai . Selama ini pegawai kerajaan tidak boleh membeli terus dari pasar raya - pasar raya berdekatan walaupun harga jauh lebih murah.
  • Siapa bertanggungjawab menandatangani kontrak perolehan ?. Di KBS, Menteri Belia dan Sukan telah memberi surat penurunan kuasa kepada Ketua Setiausaha KBS untuk menandatangani 8 kontrak perolehan bernilai RM449 juta.
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi bantuan / geran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibuat berpandu garis panduan dari Kementerian Kewangan menerusi Urusetia Perakuan Bantuan Khas Perbendaharaan dan Jawatankuasa Perakuan Bantuan Khas Perbendaharaan.
  • Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dibubarkan pada 4 Oktober 2005 tetapi didaftarkan semula pada 2 Jun 2006, sekali gus layak mendapat geran bantuan.
  • 80 % geran khas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk makan minum, penginapan dan wang saku yang dikhususkan kepada kumpulan sasar mengikut jumlah penghuni asrama atau harian di sesebuah NGO. NGO itu hendaklah tidak berasaskan keuntungan , mempunyai sumber yang terhad. Syarat kedudukan kewangan NGO tidak diambil kira, jadi semua 'layak'.

Langkah mengatasi sunting

  • Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia telah menamatkan peranan PMC dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
  • Semua Kementerian hendaklah memperbetulkan sebarang salah laku , jika ada.
  • Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat sebarang dakwaan salah urus wang rakyat. Mereka yang rasuah mestilah didakwa di mahkamah. BPR tidak perlu menunggu aduan rasmi sebelum memulakan siasatan kerana Laporan Audit Negara 2006 adalah dokumen rasmi , sah dan ada integriti.[2] Pegawai BPR tidak perlu mendapatkan kebenaran mana-mana menteri . Namun laporan itu tidak mutlak sebagai eviden di mahkamah.[3] Ketua Pengarah BPR Datuk Ahmad Said Hamdan berjanji akan bertindak segera.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284331 Peralatan IKBN Mahal Dibuat Secara Kontrak Rundingan Terus: Azalina
  2. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284270
  3. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284468 BPR Siasat Dakwaan Laporan Ketua Audit Negara 2006
  4. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284273 Pegawai Kerajaan Perlu Amanah Elak Penyelewengan