Laporan Ketua Audit Negara 2010

Laporan Ketua Audit Negara 2010 (LKAN) dibentangkan oleh Tan Sri Ambrin Buang pada Oktober 2011.Beliau juga memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) pada hari yang sama. PAC dipengerusikan oleh Datuk Azmi Khalid.[1] Laporan dalam bentuk PDF terdapat di LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA / AUDITOR GENERAL REPORT 2010.[pautan mati kekal]

Sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada Jemaah Menteri sebelum dibentang kepada Dewan Rakyat supaya Jemaah Menteri lebih bersedia untuk menjawabnya.

Pasar Borong Selangor sunting

Kompleks Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan belum mencapai matlamat untuk mengurangkan penglibatan orang tengah dan mewujudkan pusat pemasaran setempat khusus bagi peladang, penternak dan nelayan kerana kebanyakan lot perniagaan di kompleks itu disewa oleh penjual, pengedar dan pemborong.[2]Kompleks ini siap dibina pada Mac 2001 dengan kos RM25.28 juta dan mula beroperasi pada Mei 2001.Daripada 229 lot perniagaan yang disewakan, 124 lot atau 54.1 peratus dikendalikan pekerja warga asing seperti Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, 61 lot (26.7 peratus) oleh warga tempatan manakala 44 lot (19.2 peratus) ditutup atau tidak berniaga.

Teropong malam sunting

RM56,350 dibelanjakan bagi sepasang teropong visi malam, iaitu 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 dibeli pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus).[3]

Pusat Feedlot kebangsaan sunting

Pusat Feedlot Kebangsaan dimiliki dan dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd. Sasaran projek bernilai RM250 juta di atas tanah anugerah seluas 5,000 ekar itu bagi memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekor sehari sedangkan jumlah lembu yang kini disembelih hanya 20 ekor sehari. [4]

LPKP lewat 700 hari sunting

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk menyelesaikan kes tangkapan dan aduan. Ini termasuklah dari tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.[5]LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari sahaja.

RM4.66 juta terlebih bayar pencen sunting

Antara 2007 hingga September 2010, RM2.57 juta terlebih dibayar pencen kepada 1,975 pesara atau pesara telah meninggal dunia.RM2.09 juta terlebih bayarkepada 339 pesara atau penerima pencen yang masih hidup. Namun RM850,000 dapat dikutip balik daripada 985 waris. Puncanya , status kematian tidak dikemaskini.Pegawai yang cuai sepatutnya dikenakan surcaj mengikut Seksyen 18, Akta Tatacara Kewangan.[6]

Audit Kedah baik sunting

Hasil kerajaan negeri Kedah 2010 sebanyak RM456.21 juta berbanding 2009 hanya RM368.27 juta. Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun.Surplus atau lebihan 2010 berjumlah RM22.50 juta .Sedangkan 2009,defisit RM62.89 juta.Cukai Tanah 2010 ialah RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Bayaran premium hutan meningkat iaitu RM33.05 juta (2009) kepada RM48.54 juta (2010).[7]

Insentif kepada pesawah padi gagal sunting

Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) gagal membayar insentif RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.

  • Kelemahan penyelenggaraan jalan Persekutuan yang diswastakan di Sarawak, selepas RM462.46 juta dibelanjakan.
  • Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 2 di pelbagai kementerian dan jabatan terdedah kepada penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan berlaku kelemahan pengurusan.[8]

23 ekor kuda tak patut dibeli sunting

Majlis Sukan Negara (MSN) tidak sepatutnya membeli 23 ekor kuda (RM5.6 juta) untuk Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Antarabangsa (WEG) 2010 serta Sukan Asia 2010 di China.Sepatutnya hanya beli enam ekor kuda (RM1.98 juta).[9]Kuda itu diserahkan sahaja kepada PDRM,ATM, DBKL,UPM,UTM, MSN Terengganu dan Royal Terengganu Endurance Stable.18 ekor kuda (RM3.94 juta) sepatutnya tidak dibeli kerana gagal memenuhi syarat yang dikeluarkan oleh Persatuan Antarabangsa Ekuestrian kerana mengalami kecederaan dan menghadapi masalah teknikal.Perbelanjaan penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) 2008 tidak dibentang dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MSN dan Persatuan Sukan Kebangsaan. Pegawai MSN dan bukan pegawai ISN , menentukan kesemua perbelanjaan sukan bernilai RM 21.70 juta.Program WEC tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan Malaysia.

Kerajaan negeri Pahang sunting

  • Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) tidak memuaskan kerana hanya 43.2 % atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun 2010.
  • Bantuan bencana (banjir) Oktober 2010 hingga Januari 2011 di Pekan, Maran dan Rompin lemah kerana berlaku perbezaan stok fizikal di pengkalan hadapan berbanding rekod, prosedur pelupusan bekalan bantuan bencana tidak teratur, stok bekalan bantuan rosak dan tempat penyimpanan bekalan tidak sesuai.[10]

Kerajaan negeri Kelantan sunting

Laporan Ketua Audit Negara 2010 turut melaporkan kegagalan kerajaan negeri Kelantan bagi melaksanakan 7 projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR), iaitu Sungai Ketil di Gua Musang, Dalam Rhu dan Jubakar II (Tumpat), Kadok (Kota Bharu), Padang Tembak II (Pengkalan Chepa), Labok (Machang) serta Bunut Susu II (Pasir Mas) membabitkan rumah teres, kluster dan pangsapuri yang kosnya dianggarkan RM39.1 juta. [11]

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md Anizam Abd Rahman, berkata sejak beliau memegang jawatan EXCO, tidak ada peruntukan diterima bagi tujuan melaksanakan projek berkenaan. [12]

Kerajaan negeri Pulau Pinang sunting

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut bagi tempoh 2008 hingga 2010, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak melaksanakan projek perumahan kos rendah baru. Ini diakui oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri tidak pernah membina rumah kos rendah yang diperlukan penduduk Pulau Pinang sepanjang tempoh itu. Pada masa sama, bilangan pendaftaran untuk mendapatkan rumah kos rendah dan projek perumahan rakyat berjumlah 152,702. [13]

Tindakan sunting

SPRM membuka 36 fail siasatan berikutan Laporan Ketua Audit :Negara 2010 pada 24 Oktober 2011. 2 fail dibuka di Putrajaya, 7(Sabah), 6 (Terengganu), 6 (Kedah), 3 (Johor), 7 (Perak), 3 (Pulau Pinang) dan 2 (Sarawak).[14]

PAS desak Najib berundur sunting

Pada 31 Oktober 2011, PAS menganjurkan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 .Naib Presiden PAS ,Datuk Mahfuz Omar berkata pembaziran dan rasuah masih dan tetap berlaku dalam pentadbiran kerajaan.LKAN menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).Sehingga November 2011, 100,000 pengguna Facebook memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat. LKAN sengaja lewat dibentang dua minggu dari tarikh Bajet 2012 agar tidak boleh dibahaskan.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ Laporan Ketua Audit Negara dibentang di Parlimen Isnin
  2. ^ Audit: Pasar Borong Selangor belum capai matlamat
  3. ^ Harga binokular marin lebih mahal
  4. ^ "FB, kuda dan Shahrizat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-29. Dicapai pada 2011-10-30.
  5. ^ Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan
  6. ^ RM4.66 juta bayar pencen terlebih
  7. ^ Laporan Ketua Audit Negara 2010: Tahniah Kerajaan Negeri Kedah
  8. ^ Laporan audit bukti kegagalan dasar transformasi
  9. ^ 23 ekor kuda tak patut dibeli: Audit
  10. ^ SUK tunggu mesyuarat khas
  11. ^ "Rumah kos rendah:, Pengurusan di Kelantan lemah, FMT Staff | October 25, 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-29. Dicapai pada 2011-11-02.
  12. ^ "SPNB sedia bantu Kelantan laksana tujuh projek RAKR, Oleh Osman Lisut dan Norliza Wasilan, 2011/10/27". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-28. Dicapai pada 2011-11-02.
  13. ^ DAP Pulau Pinang tidak prihatin nasib rakyat miskin, 2011/10/27[pautan mati kekal]
  14. ^ SPRM buka 36 fail siasatan
  15. ^ "Laporan Audit: PAS mahu Agong minta Najib letak jawatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-11-02.