Lara Terindah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Azmi Hatta, dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Nazrief Nazri. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 31 Ogos 2016 hingga 22 September 2016 menggantikan Sayangku Kapten Mukhriz.[2]

Lara Terindah
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehMohd Azmy Arif
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Seindah Mimpi" oleh Jaclyn Victor
Lagu penutup"Seindah Mimpi" oleh Jaclyn Victor
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sadupal Kaur
  • Vareen Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Penyunting
  • Azzalina Anuar
  • Raja Fattah
  • Loy Zami
SinematografiAsikin Andak
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal31 Ogos 2016 – 22 September 2016
Kronologi
MengikutiSayangku Kapten Mukhriz
Diikuti olehCinta Masam Manis

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

SinopsisSunting

Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar. Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.

Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya. Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena. Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi. Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Runut bunyiSunting

RujukanSunting

  1. ^ Loong Wai Ting (19 September 2016). "Actress Nelydia Senrose brushes off recent stumble and sashays confidently forward". New Straits Times. Dicapai pada 29 November 2016.
  2. ^ Drama Lara Terindah (TV3) My Infotaip (30 Ogos 2016). Dicapai pada 22 Mei 2017.
  3. ^ Lara Terindah (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Khamis , 6:58 petang
Sebelumnya Lara Terindah Berikutnya
Sayangku Kapten Mukhriz Cinta Masam Manis