Larian obor Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Larian obor Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah berlangsung dari 18 Oktober 2021 hingga 4 Februari 2022. Selepas obor Olimpik dinyalakan di Olympia, Yunani, obor tersebut telah dibawa secara berganti-ganti sebagai satu upacara simbolik[1] ke Athens pada 19 Oktober.[2][3] Laluan China telah berakhir di Stadium Nasional Beijing, pada penghujung upacara pembukaan. Pada 20 Oktober 2021, diumumkan bahawa laluan Cina hanya akan berlangsung selama tiga hari, bermula pada pagi 2 Februari, hari pertama Tahun Baharu Cina sebagai peringkat 3. Larian obor berbeza dengan larian obor yang sebelumnya, larian obor Sukan Olimpik 2022 hanya melalui tiga kluster tempat acara, lokasi pelancongan utama Beijing dan bandar Zhangjiakou.[4] Kawah Olimpik telah dinyalakan oleh atlet ski rentas desa Dinige'er Yilamujiang dan atlet gabungan nordic Zhao Jiawen.

Larian obor sunting

Aktivis telah mengadakan protes pada upacara penyalaan obor Olimpik di Yunani.[5]

Keputusan untuk memilih Qi Fabao, seorang komander Tentera Pembebasan Rakyat yang terkenal dengan penyertaannya dalam pertempuran China–India 2020–2021, sebagai pembawa obor telah menimbulkan kontroversi dan akibatnya, India telah melancarkan boikot diplomatik terhadap temasya itu.[6]

Laluan di Yunani sunting

Laluan di China sunting

Peringkat 1 sunting


Peringkat 2 sunting

Larian obor peringkat 2 dilakukan dalam dalian.

Peringkat 3 sunting

Penyalaan kawah Olimpik sunting

 
Kawah Olimpik di Yanqing

Larian obor tamat pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2022, apabila Kawah Olimpik telah dinyalakan oleh pemain ski merentas desa berbangsa Uyghur, Dilnigar Ilhamjan, dan gabungan nordic Zhao Jiawen.

Selepas kawah di stadium telah dinyalakan, kawah yang terletak di ketiga-tiga kluster tempat pertandingan telah dinyalakan sejurus tamatnya majlis perasmian.

  • Kluster Taizicheng - kawah yang terletak di plaza pusatnya telah dinyalakan oleh pemain ski gaya bebas/slopestyle Wang Wenzhuo (王文卓) yang berumur 19 tahun dan berasal dari Zhangjiakou.
  • Kluster Yanqing - kawah kekal yang terletak di pusat bandar Yanqing jauh dari tempat pertandingan larangan kebakaran telah dinyalakan oleh peluncur laju balapan pendek Wang Hanyi (王瀚一) yang berumur 10 tahun dan berasal dari Yanqing. Beliau telah menduduki tempat pertama dalam pertandingan 500m perbandaran Beijing.
  • Kluster Beijing - kawah yang terletak di antara Stadium Negara dan Kiub Ais dinyalakan oleh Zhang Junying (张军英), seorang arkitek dalam kalangan pereka Stadium Nasional dan sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Rujukan sunting

  1. ^ Weather, protest, cloud - Beijing flame-lighting rehearsal, washingtonpost.com, Sunday, October 17, 2021,
  2. ^ "The Olympic flame lighting ceremony for the Beijing 2022 Games will take place on 18 October 2021". Hellenic Olympic Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2021. Dicapai pada 25 September 2021.
  3. ^ "2022 Olympic flame to be lit in Greece without spectators". www.china.org.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2021. Dicapai pada 25 September 2021.
  4. ^ "北京2022年冬奥会火种欢迎仪式在京举行". Beijing2022.cn. Dicapai pada 20 October 2021.
  5. ^ O'Donnell, Noreen. "Uyghurs, Tibetans, Hong Kongers Join Together to Protest Beijing Olympics". nbcchicago.com. NBC Chicago. Dicapai pada 31 January 2022.
  6. ^ Ramachandran, Sudha. "India Joins Diplomatic Boycott of Beijing Winter Olympics". thediplomat.com. The Diplomat. Dicapai pada 3 February 2022.