Larry Sng

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Larry Soon)

Datuk Larry Sng Wei Shien ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan Julau sejak Mei 2018. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi Pelagus dari September 2001 hingga April 2011. [1] Beliau adalah bekas pengerusi peringkat negeri Sarawak bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH). [2] Pada 28 Februari 2021, beliau meninggalkan PKR lalu menjadi ahli politik bebas sambil memberi sokongan terhadap gabungan Perikatan Nasional (PN) yang berkuasa.

Yang Berhormat Datuk

Larry Sng[a]

DPSM (Melaka); AP
孙伟瑄
Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Memegang jawatan
5 Mei 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriJohari Abdul Ghani (Disember 2023-kini)
Fadillah Yusof (Mei 2023-Disember 2023)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Julau, Sarawak
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Joseph Salang Gandum
Majoriti1,931 (2018)
1,340 (2022)
Pengerusi
Majlis Minyak Sawit Malaysia
Dalam jawatan
25 Oktober 2021 – 1 Februari 2023
Didahului olehOsman Sapian
Digantikan olehMohamad Helmy Othman Basha
Anggota Dewan Undangan Sarawak
untuk Pelagus
Dalam jawatan
27 September 2001 – 15 April 2011
Didahului olehSng Chee Hua
Digantikan olehGeorge Lagong
Majoriti6,263 (2001), 3,239 (2006)
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat
Sarawak
Dalam jawatan
13 Mac 2020 – 27 Februari 2021
PresidenAnwar Ibrahim
Didahului olehBaru Bian
Digantikan olehAbang Zulkifli Abang Engkeh (memangku)
Butiran peribadi
LahirLarry Sng Wei Shien
(1979-09-14) 14 September 1979 (umur 44)
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Bansa Dayak Sarawak
(2001–2004)
Parti Rakyat Sarawak
(2004–2007)
Bebas
(2007–2012), (2016–2018), (2021)
Parti Pekerja Sarawak
(2012–2016)
Parti Keadilan Rakyat
(2018–2021)
Parti Bangsa Malaysia
(sejak 2021)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
(allied) (2007–2012), (2022–kini)
Pakatan Harapan
(2018–2020)
Perikatan Nasional
(allied) (2020–2022)
PasanganDatin May Ting
Alma materLondon School of Economics (LSE)
PekerjaanAhli politik

Kehidupan dan pendidikan peribadi sunting

Larry dilahirkan pada 14 September tahun 1979 sebagai anak jutawan selaku ahli perniagaan serta ahli politik, Sng Chee Hua dan isteri Taiwan, Susan Sng.[3] Ayahnya ialah salah seorang bekas Ahli Parlimen (AP) Julau dari 1995 hingga 1999 serta AP bagi Pelagus dari 1991 ke 2001 dan pemain korporat terkenal. Datuknya ialah Kapitan China Sng Joo dari Kapit pada pertengahan 80-an.[4]

Larry selaku lulusan London School of Economics (LSE) berusia 27 tahun ketika berkahwin dengan May Ting, lulusan sains politik dan ekonomi dari Universiti Nasional Singapura (NUS) serta lulusan Sarjana dalam perdagangan dari Australia universiti pada 14 Oktober 2006 ketika beliau berumur 29 tahun.[5] May ialah anak perempuan sulung dari pembesar perniagaan terkenal Sarawak, Ting Pek Khiing dan isteri Chai Yu Lan. [6]

Larry diketahui mengendalikan Tabung Pendidikan Larry Sng yang telah memberikan lebih daripada RM1 juta yang memberi manfaat kepada banyak pelajar layak dari kawasan Pelagus dan Bukit Goram lalu belajar di pelbagai institusi pengajian tinggi sejak itu.[7] Larry disebut-sebut sebagai AP terkaya dari Sarawak setelah beliau menyatakan bahawa asetnya dan isterinya adalah sekitar RM11.78 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilaporkan di portal pengisytiharan asetnya pada bulan November 2018. [8]

Kerjaya politik sunting

Larry yang dilahirkan di pusat bandar Iban di pusat Sarawak, menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada tahun ketika berusia 22 tahun. Beliau pertama kali bertanding atas tiket PBDS pada pilihan raya negeri 2001, menggantikan ayahnya sebagai wakil Pelagus. Beliau telah berkhidmat selama dua penggal ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sarawak bagi pihak Barisan Nasional (BN) bagi DUN Pelagus dari 2001 hingga 2011. [9] Di bawah pemerintahan BN oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud pada 2004, beliau ialah menteri pembantu termuda di Sarawak ketika dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Perancangan Ekonomi) dan juga Menteri Muda Perindustrian (Perancangan).[4][10]

Kemudian, Larry menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang baharu pada 2004 yang diasaskan oleh Dr James Jemut Masing dan bapanya setelah pembatalan pendaftaran PBDS. Pada pilihan raya DUN 2006, beliau mempertahankan kerusi Pelagus tetapi sebagai calon PRS. Beliau pernah menjadi timbalan setiausaha agung PRS di bawah kepresidenan Menteri Pembangunan Tanah, Dr James sehingga pertikaian antara mereka menyebabkan beliau dipecat dari parti itu kerana tidak berkuasa pada 2007.[4][11] Pada tahun 2009, dia diberi portfolio tambahan selaku Pembantu Menteri Belia (Latihan) tanpa mengira statusnya yang tak parti. Beliau entah bagaimana dihalang daripada bertanding dan mempertahankan kerusi DUN Pelagus pada pilihan raya negeri 2011. [12]

Beliau juga pernah bertugas sebagai timbalan pengerusi Biro Konvensyen Sarawak dan Pusat Konvensyen Sarawak. Beliau masih dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Belia kepada kerajaan negeri pada 2012. Larry mengundurkan diri daripada jawatan itu pada 2013 untuk menjawat jawatan presiden pengasas Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang baru ditubuhkan. Pada pilihan raya 2013, dia bertanding sebagai calon SWP di kerusi Parlimen Lubok Antu tetapi kalah.[4] Pada April 2016, sementera Larry menjadi presiden parti, beliau tiba-tiba mengundurkan diri daripada SWP sehingga membatalkan pencalonannya yang telah diumumkan sebelumnya bagi DUN Bukit Goram yang baru dibentuk dalam pilihan raya DUN 2016 yang akan datang. [13] Beliau menjelaskan bahawa beliau telah meletak jawatan kerana beliau merasa tidak dapat benar-benar mentadbir kawasannya tanpa berada dalam BN dalam catatan beremosi di laman Facebook-nya. [14]

Pada pilihan raya umum 2018 (PRU14), Larry telah bertanding sebagai calon bebas dan terpilih ke Parlimen Malaysia bagi kawasan persekutuan Julau. Beliau memperoleh 10,105 daripada 18,279 undi yang dicatat[15] untuk mengalahkan penyandang empat penggal, Timbalan Presiden PRS, Joseph Salang Gandum.[16] Beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejurus selepas pilihan raya.[17] Beliau kemudiannya dipilih sebagai ketua PKR Sarawak pada 2020.[2] Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua Lembaga Lada Malaysia (MPB) di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi persekutuan dari Mei 2018 hingga April 2020 semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).[18]

Pada 21 Disember 2020, beliau mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak dan melantik seorang pemimpin Dayak sebagai penggantinya dalam jawatan itu. Namun, enam hari kemudian pada 27 Disember, beliau mengumumkan bahawa beliau menarik balik keputusannya untuk mengundurkan diri dan tetap dalam kedudukannya setelah berbincang dengan presiden partinya, Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Namun begitu, pada 28 Februari 2021, beliau tiba-tiba mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai ketua PKR negeri dan pada masa yang sama, keluar daripada parti itu. Selepas itu, beliau menjadi AP bebas sambil menyatakan sokongan penuh kepada kepemimpinan Muhyiddin Yassin.[19]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sarawak
Tahun Kawasan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2001 N48 Pelagus Larry Sng (PBDS) 7,418 76.77% Ling Kok Hong (Bebas) 1,155 11.95% 9,786 6,263 73.00%
Jeffery Nuing Ebom (Bebas) 1,011 10.46%
Chua Bee Hun (Bebas) 40 0.41%
Lee Hun Tak (Bebas) 39 0.40%
2006 N54 Pelagus Larry Sng (PRS) 5,965 64.61% Jeffery Nuing Ebom (Bebas) 2,726 29.53% 9,401 3,239 67.64%
Simon Sibat (SNAP) 541 5.86%
Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan pilihan raya Undi Peratusan Penentang Undi Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2013 P203 Lubok Antu, Sarawak Larry Sng (SWP) 4,187 27.92% William Nyallau Badak (PRS) 8,278 55.21% 15,166 4,091 78.57%
Nicholas Bawin Anggat (PKR) 2,530 16.87%
2018 P209 Julau, Sarawak Larry Sng (Bebas) 10,105 55.28% Joseph Salang Gandum (PRS) 8,174 44.72% 18,569 1,931 73.16%
2022 Larry Sng (PBM) 9,159 40.64% Joseph Salang Gandum (PRS) 7,819 34.69% 22,537 1,340 64.67%
Elly Ngalai (Bebas) 5,224 23.18%
Susan George (PBDS) 335 1.49%

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Juga dirumikan sebagai Soon.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Profile at the official portal of Parliament of Malaysia". Parliament of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2019. Dicapai pada 17 February 2019.
  2. ^ a b Sulok Tawie (13 March 2020). "Baru Bian's rival, Larry Sng, wins race to lead Sarawak PKR". Malay Mail. Dicapai pada 13 March 2020.Sulok Tawie (13 March 2020). "Baru Bian's rival, Larry Sng, wins race to lead Sarawak PKR". Malay Mail. Retrieved 13 March 2020.
  3. ^ Philip Golingai (9 May 2006). "Winning the hearts of the Ibans". www.thestar.com.my. The Star Online. Dicapai pada 9 May 2006.
  4. ^ a b c d James Alexander Ritchie (22 March 2019). "Cutting the nose to spite the face". New Sarawak Tribune. Dicapai pada 22 March 2019.
  5. ^ Tony Thien (14 October 2006). "When Larry met May..." Malaysiakini. Dicapai pada 14 October 2006.
  6. ^ "Asst minister weds tycoon's daughter – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 16 July 2019.
  7. ^ "Larry Sng holds open house on first day of Chinese New Year". Borneo Post. 10 February 2016. Dicapai pada 10 February 2016.
  8. ^ "Sarawak's richest MP: Larry Sng". Borneo Post. 24 November 2018. Dicapai pada 25 November 2018.
  9. ^ Francis Paul Siah (8 November 2018). "Larry Sng – the 'young man', his father and their Julau bastion". Malaysiakini. Dicapai pada 8 November 2018.
  10. ^ "Seven Sarawak assistant ministers sworn in – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 16 July 2019.
  11. ^ Rintos Mail (16 February 2011). "PRS adamant about not wanting sacked Sng back". The Star. Dicapai pada 16 February 2011.
  12. ^ Johnson K Saai (21 January 2016). "Masing: PRS' rejection of Sng nothing personal". Borneo Post. Dicapai pada 21 January 2016.
  13. ^ Yu Ji (20 April 2016). "Sarawak polls: SWP founder quits party". The Star. Dicapai pada 12 June 2018.
  14. ^ "I could have won, says Larry Sng, thanking Taib in painful goodbye". Malaysiakini. 20 April 2016. Dicapai pada 20 April 2016.
  15. ^ "Federal Government Gazette: Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes – Parliamentary Constituencies for the State of Sarawak" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 28 May 2018. m/s. 21. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-29. Dicapai pada 17 February 2019.
  16. ^ "Sng creates an upset, beats Joseph Salang in Julau". New Straits Times. 9 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2018. Dicapai pada 17 February 2019.
  17. ^ Lim, Ida (22 December 2018). "Report: Larry Sng claims was wooed by Dr M, Azmin, and Rafizi to join Pakatan". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2019. Dicapai pada 17 February 2019.
  18. ^ Sulok Tawie (1 April 2020). "Julau MP says removed as Malaysian Pepper Board chairman". Malay Mail. Dicapai pada 1 April 2020.
  19. ^ Zakiyah Koya (28 February 2021). "Two PKR MPs declare support for PM, Larry Sng confirms". The Star. Dicapai pada 28 February 2021.